Sejarah Jenama Sugarscarf
Jenama tudung dan pakaian muslimah Sugarscarf diasaskan oleh Puan Nur Atiqah binti Sulaiman atau nama lain Eyqa Sulaiman. Beliau berasal daripada Muar, Johor dan kini menetap di Cyberjaya. Hadir daripada keluarga yang susah mendorongnya mencari pendapatan tambahan ketika belajar di Universiti Multimedia (MMU) pada tahun 2006.
Pada peringkat awalnya, Puan Nur Atiqah binti Sulaiman hanya menjalankan perniagaan secara sambilan sahaja, tetapi di atas sambutan yang diterima ke atas jualannya, beliau telah memperkembangkan lagi perniagaannya secara atas talian dengan modal permulaan RM800 bagi membuka butik jualan di laman internet.
Usaha berterusan Puan Nur Atiqah binti Sulaiman bagi meluaskan perniagaannya berhasil apabila jenama Sugarscarf miliknya semakin mendapat perhatian umum pada tahun 2008. Ini telah mendorong beliau untuk lebih fokus dalam perniagaan produk pakaian wanita muslim ini. Walaupun pada peringkat awal perniagaan ini kurang mendapat sokongan daripada kedua ibubapanya, namun berkat kesungguhan Puan Nur Atiqah binti Sulaiman telah membuahkan hasil. Kini perniagaan ini dikongsi bersama adiknya Amirah Sulaiman, juga merupakan pengasas jenama Shawl by V Snow.
Pada 2012, jenama tudung Sugarscarf telah mula mendapat tempat dalam kalangan peminat fesyen muslimah apabila signatur jenamanya yang dinamakan sebagai Madison menjadi fenomena. Gabungan tudung dalam (inner) dan selendang menjadi pilihan wanita muslim kerana ia memudahkan pengayaan tudung dan seterusnya memperindahkan gaya pemakaian hijab. Bagi menampung permintaan pelanggan yang mahu melihat barangan yang dijual atas talian, Puan Nur Atiqah binti Sulaiman telah membuka lagi empat butik Sugarscarf bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Jenama tudung Sugarscarf bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah jenama ini turut menjadi pilihan penggemar hijab daripada luar negara. Kini, Sugarscarf telah terlibat dalam pertunjukan fesyen peragaan tudung di United Kingdom secara eksklusif khusus untuk pelanggannya dan blogger antarabangsa.
Pada tahun 2016, jenama Sugarscarf telah melancarkan dua label tudung barunya iaitu Hope by Sugarscarf dan Amoris Scarf khas bagi pengayaan wanita canggih dan yakin. Selain tudung, Sugarscarf juga mempunyai produk pakaian muslimah dikenali sebagai Pretty Please by Sugarscarf.
Biodata Pengasas Sugarscarf
Nama Penuh Pemilik / Pengasas: Puan Nur Atiqah binti Sulaiman
Nama Mesra : Eyqa Sulaiman
Umur : 31 tahun (2016)
Asal : Muar, Johor
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Pendidikan : Berkelulusan daripada Universiti Multimedia (MMU)
Kerjaya : Usahawan
Nama Syarikat : Sugarscarf International Sdn. Bhd. (1159313-K)
Logo :
Misi syarikat : “To celebrate amazing women who wears scarves around the globe”
Tagline : Iconic headscarves
Jenama Produk : Sugarscarf
Jenis Produk : Semi Instant Scarves, Long scarves, Clothes
Anugerah : Top 10 Google Most Trending Online Shopping 2015
Biodata Pengasas ShawlbyVS
Nama Penuh Pengasas Shawl by V Snow : Nur Amirah binti Sulaiman
Nama Mesra : Amirah Sulaiman
Asal : Muar, Johor
Kerjaya : Usahawan
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Cawangan Selangor
12A, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
03-55233149
Cawangan Kuala Lumpur
No 48, Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
03-41317425
Cawangan Johor Bharu
No 12 Jln Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 82100 Johor Bahru (di kawasan Jakel bahagian belakang)
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
07-2445707
Cawangan Bangi
No 3A-51-1 (Lot 38, Ground Floor) Jalan Medan Pusat Bandar 8, 43650 Bandar Baru Bangi.
Masa Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin (10.00 AM – 8.00 PM)
010-5332454
Cawangan lain
Modvier, Fashion Valet, Zalora Malaysia, Maleeqa Exclusive dan Gondola 31
Laman Sugarcraft
- Laman Rasmi : http://www.sugarscarf.com
- Laman Rasmi : http://www.sugarscarfbyriqa.com
- Facebook : https://www.facebook.com/sugarscarf
- Instagram : https://www.instagram.com/sugarscarf
- Instagram Pengasas Sugarscaft : https://www.instagram.com/eyqasulaiman
- Instagram Pengasas Shawl by V Snow : https://www.instagram.com/nuramirahsulaiman
- Twitter : https://twitter.com/sugarscarf
- Email Jualan / Tempahan : sales@sugarscarf.com
- Email Pertanyaan Lanjut : inquiry@sugarscarf.com
Gambar Menarik Jenama Sugarscarf
Tags: #biodata amirah sulaiman #biodata eyqa sulaiman #biodata usahawan wanita #cawangan sugarscaft #gambar pengasas shawlbyVSnow #gambar pengasas sugarscaft #gambar tudung sugarscaft #gaya tudung sugarscaft baru #jenama tudung sugarscaft #madison by sugarscaft #model tudung sugarscaft #pemilik sugarscaft malaysia #pengasas Shawl by V Snow #pengasas tudung muslimah terkenal #profil tudung sugarscaft #usahawan tudung berjaya #watak utama dalam syarikat sugarscaft