Tips Menidurkan Anak Supaya Tidak Berjaga Malam

Tips Supaya Anak Tidak Berjaga Malam

Ramai bayi terutamanya bayi yang baru lahir, kerap berjaga malam. ‘Burung hantu’ kecil ini tidak faham bahawa mereka sepatutnya aktif pada waktu siang dan tidur pada waktu malam. Pada waktu siang, keadaan lebih mudah diuruskan. Anak kecil anda tidur lama, bangun untuk menyusu, bermain sebentar dan tidur semula. Namun pada waktu malam, segala-galanya berubah. Dia bangun dan tidak mahu tidur semula. Apa yang membuatkannya lebih teruk ialah dia juga mungkin asyik menangis pada waktu malam.

Tidak dinafikan, sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malamseawal usia lapan minggu. Namun, kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari itu.

Apabila tempoh berpantang sudah habis dan si ibu sudah kembali bekerja, pasti ‘stress’ kerana anak susah untuk tidur pada waktu malam atau berjaga malam. Tidur yang mencukupi memang penting untuk bayi dan anak kecil yang membesar. Jikalau anak tidak cukup tidur, pasti akan menjejaskan perkembangan minda dan fizikal.

Kenapa sesetengah anak kecil ada masalah tidur malam? 

  • Sudah jadi ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur

Sekiranya anda selalu buaikan anak masa tidur, anak tidak akan belajar untuk tidur sendirian. Jikalau dia terjaga ataupun anda di sisinya, dia akan menangis dan mengamuk untuk mendapatkan perhatian anda.

  • Terlalu penat atau tidak dapat waktu ‘nap time’ yang mencukupi

Anak-anak kecil dan budak umur prasekolah memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya 1-2 kali. Jikalau mereka rasa penat kerana tidak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka kelihatan mengantuk pada waktu petang, bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam. Tetapi, jangan bagi mereka ‘nap’ jikalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.

  • Gelisah berpisah dengan ibu bapa (separation anxiety)

Anak-anak takut berpisah dengan ibu bapa untuk tidur berasingan di katil/bilik yang berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena dan asyik bangun malam.

  • Anak tidak ada rutin tidur yang tetap

Waktu tidur yang bertukar-tukar dan berlainan pada hari cuti akan membuat amalan tidur anak lebih susah. Ibu bapa dan ahli keluarga yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur yang tertentu boleh juga menjejaskan amalan tidur si anak.

  • Obstructive Sleep Apnea

Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid (bahagian belakang hidung dan tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga dan tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Jikalau anak-anak ada situasi seperti ini, perlulah berjumpa dengan doktor.

  • Alahan dan asma

Hidung sumbat/berlendir ataupun resdung kerana alahan, sakit flu ataupun penyakit asma, boleh menyebabkan anak-anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Untuk bayi kecil, perut kembung, acid reflux, sakit telinga atau sakit kerana tumbuh gigi juga boleh menyebabkan anak-anak susah tidur malam.

  • Ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menjejaskan kualiti tidur.

Tips supaya anak kecil tidak berjaga malam

Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Malangnya, tidak banyak yang boleh dilakukan terutamanya semasa waktu-waktu awal selepas lahir. Anda sendiri mungkin terpaksa menjadi ‘ibu burung hantu’, tetapi yakinlah bahawa keadaan akan jadi lebih baik.

Jika selepas beberapa minggu masalah ini masih berterusan, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengubah rutin tidur anak kecil anda seperti berikut :

  • Belajar mengenal tanda-tanda yang menunjukkan anak kecil sudah letih dan memahami pola cara tidurnya. Pada usia enam hingga lapan minggu, kebiasaannya bayi tidak boleh berjaga lebih dari dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia mungkin terllau letih dan tidak dapat tidur dengan mudah.
  • Lihat tanda-tanda menunjukkan bayi anda sudah mengantuk, seperti menggosol matanya atau menarik telinganya. Jika anada mengesan tanda-tanda ini, berkemungkinan besar si kecil anda telah mengantuk dan segeralah letakkannya ke atas tilam tempat tidur. Secara perlahan-lahan anda akan belajar rentak masa tidurnya dan tahu masa bayi anda akan sedia untuk tidur.
  • Mengajar bayi tentang perbezaan siang dan malam. Bayi yang sudah berusia kira-kira empat minggu dan ke atas dapat diajar membezakan waktu malam daripada waktu siang.
  • Bermainlah dengannya sebanyak mana yang boleh sepanjang hari. Walaupun dia sedang tidur nyenyak, bangunkan dia untuk menyusu mengikut jadual.
  • Buka langsir dalam biliknya dan buatlah kerja-kerja biasa anda. Jangan senyapkan telefon dan jangan cuba mengelak daripada membuka TV. Dengan cara ini, anda dapat melatih anak anda tidur nyenyak dan tidak mudah terjaga apabila terdengar sedikit bunyi.
  • Jangan bermain dengannya pada waktu malam. Tutup lampu dan hanya pasang lampu malam atau sedikit sahaja cahaya untuk tujuan menyusukan dan menukar lampin. Anda sendiri haruslah senyap dan bersikap menenangkan. Bergerak dan bercakap perlahan-lahan. Dalam erti kata lain, jadilah sebosan yang boleh. Lama-kelamaan dia akan tahu waktu malam ialah waktu untuk tidur.
  • Berikan peluang untuk anak kecil belajar tidur dengan sendiri apabila berusia enam hingga lapan minggu. Cara terbaik adalah dengan meletakkannya di katil semasa dia mengantuk, walaupun masih berjaga. Mengajar bayi tentang corak tidur adalah penting. Ada ibu bapa yang mendodoikan anak mereka sebelum tidur. Jika anda dodoikan bayi anda untuk tidur setiap malam pada usia lapan minggu, berkemungkinan bayi anda akan mahu didodoi setiap kali mahu tidur. Untuk mendpatkan tabiat dan corak tidur yang sama setiap malam, ibu bapa harus menggunakan cara yang sama setiap malam.
  • Bangunkan bayi anda pada waktu anda biasanya terjaga pada waktu pagi. Jangan biarkan dia bangun lambat untuk menggantikan waktu yang dia tidak tidur pada waktu malam. Anda mungkin terdorong untuk membiarkan anak tidur supaya anda sendiri boleh tidur lagi, atau untuk mencuri masa beberapa minit menguruskan diri, tetapi ini akan lebih menyukarkan anda pada waktu malam nanti.
  • Mandikan bayi anda dan pakaikan pakaian siang.

 

Sumber :
https://www.babycenter.com.my
http://www.doktorbudak.com
http://drzubaidi.com

Loading...

Tags: #anak kecil ada masalah tidur malam? #Anak Sering Berjaga Malam #Bagaimana hendak memastikan bayi tidur sepanjang malam #Bayi Asyik Berjaga Tengah Malam #Bayi saya berjaga sepanjang malam #bayi sukar tidur malam #bayi susah tidur #bayi tidur dalam buaian #cara melatih anak kecil tidur sepanjang malam #cara tidurkan bayi dengan mudah #cara tidurkan bayi tanpa buaian #cara untuk elak bayi berjaga malam #faktor anak-anak susah tidur malam #faktor penyebab bayi berjaga malam #panduan ibu bapa #panduan ibu baru #punca anak berjaga malam #punca anak-anak susah tidur malam #Sebab Mengapa Bayi Tidak Tidur Lena Pada Waktu Malam #tips elak anak berjaga malam #tips elak bayi berjaga malam #Tips supaya anak kecil tidak berjaga malam #tips supaya anak mudah tidur malam #Tips supaya anak tidak berjaga malam

Masalah dan Punca Wanita Sukar Hamil
Ketidakupayaan untuk hamil atau sukar hamil disebut sebagai masalah kesuburan atau ketidaksuburan. Kemandulan
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
Punca Badan Gemuk, Obesiti dan Berat Berlebihan
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh disebabkan oleh beberapa faktor kompleks, termasuk gabungan
Apabila Usia Tua : Apa Kegiatan Sesuai Untuk Anda?
Kita pasti akan menghadapi usia tua jika diberikan umur yang panjang. Berikut merupakan

Leave a reply "Tips Menidurkan Anak Supaya Tidak Berjaga Malam"