Terdapat perbezaan menggunakan enjin sangkut atau outboard 4 lejang dan 2 lejang. Perbezaan tersebut boleh dilihat dijadual dibawah :
Maklumat Tambahan :
- Dari segi harga, enjin sangkut empat lejang (4S) lebih mahal berbanding dengan enjin sangkut dua lejang (2S).
- Kadar penggunaan enjin sangkut empat lejang (4S) sangat jimat dan menguntungkan berbanding enjin sangkut dua lejang (2S) terutama dari segi penggunaan bahan api dan tempoh penggunaan yang lama. Kos untuk membeli petrol mungkin dapat dikurangkan.
- Dari segi berat enjin, enjin empat lejang (4S) biasanya lebih berat berbanding enjin 2 lejang (2S), tetapi mungkin terdapat juga model enjin 4S yang lebih ringan.
- Dari segi kuasa, enjin empat lejang boleh mencapai kuasa pecutan yang baik dengan kadar penjimatan bahan api yang ketara jika dipandu dengan konsisten. Manakala enjin dua lejang memberikan pecutan yang kuat tetapi ia akan memakan lebih banyak bahan api.
*Bagi anda yang ingin membeli enjin sangkut baru, jika ada budget lebih baik ambil yang empat lejang.
Tags: #beza dua jenis enjin sangkut #beza enjin bot 2 stroke dengan 4 stroke #mana untung enjin empat lejang atau dua lejang #memilih enjin sangkut