Terapi lendir siput babi sangat popular di Thailand, Korea dan Jepun. Terdapat spa di Chiang Mai, Thailand menyediakan perkhidmatan kecantikan yang menggunakan siput babi secara eksklusif. Mereka berpendapat, lendir siput babi mempunyai kebaikan semulajadi dan kandungan antioksidan yang tinggi mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan oleh siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Selain daripada itu, anatomi serangga itu sendiri yang mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia.
Di Jepun juga, spa kecantikan menawarkan rawatan kepada wanita yang ingin menghilangkan sel kulit mati, membersihkan liang pori muka dengan meletakkan siput hidup di muka mereka. Lendir dari siput ini membantu membuang sel kulit mati, menyembuhkan kulit akibat cahaya matahari dan rawatan ini juga mampu melembabkan kulit.Tempoh rawatan menggunakan siput ini mengambil masa 1 jam dengan menggunakan 3 ekor siput.
Tags: #cara rawat wajah luar biasa #gambar rawatan guna siput #guna siput rawat wajah #kaedah kecantikan wanita #kesan rawatan siput #rawat kulit guna siput hidup #rawat muka guna siput #rawat wajah guna siput #siput untuk wajah