Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Urutan memberi banyak kelebihan kepada tubuh badan kita diantaranya ialah ia dapat melancarkan peredaran darah, melangsingkan badan dan menyegarkan badan yang kelesuan.

Urutan merupakan salah satu rawatan yang digunakan secara meluas untuk melegakan sakit pada badan kerana cara ini telah terbukti berkesan sejak turun temurun lagi.

Sehingga kini rawatan melalui kaedah urutan ini masih lagi digunakan walaupun telah banyak rawatan cara moden diperkenalkan.

Urutan juga terbukti boleh menghilangkan stress akibat dari tekanan kerja ataupun masalah peribadi. Kuasa dan keajaiban sentuhan urutan memang tidak dinafikan mempunyai banyak manfaat serta memberi kesan yang begitu mendalam, bukan saja pada fizikal tetapi juga minda dan jiwa individu.

Sentuhan semasa mengurut juga penting untuk semua hidupan yang bernafas tak kiralah sama ada sentuhan seorang ibu kepada bayinya, isteri kepada suami, nenek kepada cucu dan sebagainya.

Jadi tidak hairan jika pengarang buku The Power of Touch, Dr Phyllis K Davis, ada berkata bahawa disentuh dan menyentuh adalah sebahagian daripada asas manusia.

Pengasas Tim Body Care Training Centre, Tim Low Chee, berkata apabila seseorang mendapat sentuhan urutan, jiwa meraka akan kembali tenang dan bebas dari tekanan.

Selain itu, urutan juga mampu menimbulkan perasaan harmoni yang menyeluruh apabila tubuh dimanjakan.

Melalui kaedah urutan, ia turut merangsang pengeluaran hormon endorfin yang membangkitkan rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

Dengan melakukan cara menyentuh, membelai dan melakukan gerakan tertentu seperti meramas, memicit, mengusap dan memberikan tekanan pada bahagian tertentu tubuh, kesan seumpama itu boleh dicapai dan dinikmati.

Cara mengurut adalah tindakan menggunakan tekanan terhadap tisu lembut tubuh seperti otot, ligamen dan sendi yang boleh mendatangkan kesan positif kepada tubuh. Ia boleh dilakukan pada bahagian tertentu atau seluruh tubuh.

Berikut adalah beberapa cara urutan yang boleh diamalkan ;

cara-urutan-bahu-menggunakan-tapak-tangan-e1505778264706 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bahu Menggunakan Tapak Tangan

cara-urutan-belakang-e1505778286827 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Belakang

cara-urutan-bawah-bahu-150x150 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bawah Bahu

cara-urutan-awal-bahu-e1505777872667 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Awal Bahu

Cara-mengurut-belikat-e1505777891540 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Mengurut Belikat

cara-urutan-bahagian-bahu-menggunakan-siku-dan-hujung-ibu-jari-e1505777909304 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bahagian Bahu Menggunakan Siku Dan Hujung Ibu Jari

cara-urutan-bahu-e1505777927978 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bahu

cara-urutan-bahagian-pingang-menggunakan-siku-dan-buku-lima-e1505777946855 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bahagian Pinggang Menggunakan Siku Dan Buku Lima

cara-urutan-pada-bahagian-otot-atas-punggung-e1505777964167 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Pada Bahagian Otot Atas Punggung

Cara-mengurut-betis-e1505777992499 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Mengurut Betis

Cara-urutan-tapak-kaki-300x300 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Tapak Kaki

Cara-urutan-bahagian-belakang-leher-e1505778026473 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bahagian Belakang Leher

cara-urutan-bahagian-kepada-dan-sisi-muka-e1505778082315 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bahagian Kepada Dan Sisi Muka

Cara-urutan-sisi-leher-e1505778101701 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Sisi Leher

cara-urutan-bahagian-leher-e1505778115427 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Bahagian Leher

Cara-urutan-pada-bahagian-bahu-300x300 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Pada Bahagian Bahu

cara-urutan-betis-hingga-ke-lutut Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Cara Urutan Betis Hingga Ke Lutut

Sehingga kini, perkhidmatan urut tradisional masih mendapat tempat walaupun mempunyai beberapa kelemahan seperti suasana tempat yang tidak berapa bersih dan kurang selesa.

Ditambah lagi, ada terdapat juruurut “bidan terjun” yang tidak mempunyai kemahiran mengenai rawatan urutan.

Kebiasaannya amalan mengurut adalah menggunakan minyak. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan ke atas tubuh pesakit.

Tanpa minyak, urutan akan menyebabkan tubuh berasa sakit akibat geseran pada kulit. Namun, terdapat juga kaedah urutan yang tidak menggunakan minyak seperti Thai Massage.

Urutan cara Thai tidak melibatkan geseran pada bahagian kulit, tetapi menggunakan picitan dan tekanan pada bahagian tubuh.

Penggunaan minyak dalam amalan urutan aromaterapi boleh mengubah perasaan pesakit dengan penggunaan beberapa jenis pewangi.

Aroma ini boleh meredakan tekanan, ketidakselesaan dan kebimbangan yang dialami oleh pesakit semasa rawatan, seterusnya mengwujudkan keadaan sangat tenang.

Harus diketahui, bahawa orang yang hendak berurut tidak boleh berada dalam keadaan perut yang kenyang.

Antara beberapa faedah urut badan ialah seperti di bawah;

  • Menyingkirkan lebihan toksin dalam badan.
  • Melancarkan peredaran darah dan mengelakkan kebas pada anggota badan.
  • Mengurangkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
  • Merehatkan dan mengendurkan otot-otot tegang.
  • Melicinkan tekstur kulit melalui urutan.
  • Melancarkan kembali sistem pencernaan.
  • Mengembalikan keseimbangan minda, rohani dan jasmani.
  • Mengurangkan tekanan mental dan stress.
logo-150x150 Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan

Loading...

Tags: #cara mengurut badan yang betul #cara nak urut #Cara Urutan Badan #hilang stress dengan urutan #kaedah urut badan #kesan urut badan #khasiat urut badan #lelaki urut wanita #manja tubuh dengan urutan #massage #spa massage #teknik urut badan #urut #urut badan #urut badan lelaki #urut badan perempuan #urut badan wanita oleh lelaki

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Ketahui Faedah Urut Badan Dan Cara Urutan Badan"