Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya

Buah Mulberry

Tujuan asal penanaman pokok mulberi

Pokok mulberi memang terkenal sebagai pokok yang digunakan bagi perusahaan sutera. Ia ditanam bagi tujuan untuk membiakan ulat sutera. Pokok amat mudah ditanam di halaman rumah. Warna buahnya adalah merah dan menjadi kehitaman apabila masak. Rasa buah Mulberry di tempatan adalah masam manis seakan-akan buah strawberry.

Nama Saintifik : Morus nigra. L.

Khasiat : Mengandungi dua bahan antioxidant penting iaitu :

  • Resveretrol dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.
  • Anthocynin dapat mengurangkan risiko kanser.

Teknik menanam pokok mulberi

Terdapat dua kaedah penanam pokok Mulberry ini iaitu melalui kaedah tut dan kaedah keratan batang.

Cara menanam menggunakan kaedah keratan batang adalah dengan memacak keratan batang tersebut ke dalam polibag yang disiram dengan air. Manakala cara tanaman menggunakan kaedah tut ialah mengambil keratan yang telah ditut pada pokok asal (apabila tempoh tut selesai, tumbuh akar), dan terus menanamnya ke dalam pasu besar atau terus ke atas tanah.

Harus diingatkan bahawa penanaman pada peringkat semaian harus diletakkan anak semaian ini dikawasan teduh dan terlindung daripada sinaran matahari secara terus. Pastikan anak semaian disiram dengan secukupnya.

Buah mulberi yang masak boleh juga dijadikan sebagai pembuka juadah waktu pagi dengan menjadikannya sebagai jem roti juga sebagai tambahan pemanis dan perasa dalam kek dan kuih.

Khasiat daun pokok mulberi adalah seperti berikut :

  • Mencegah penyakit kencing manis atau Diabetes.
  • Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam darah.
  • Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi dan menghindarkan penyakit Stroke.
  • Membantu mengelakkan serangan jantung.
  • Membantu dalam kehilangan berat badan.
  • Mengurangkan keadaan asma yang teruk.
  • Melambatkan proses penuaan kulit dan mencantikkan wajah.
  • Mengandungi kalsium yang tinggi dan menjaga kekuatan tulang.
  • Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan.
  • Mengurangkan sakit sengugut pada wanita ketika kedatangan haid.
  • Mencegah penyakit sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi.
  • Memiliki semua asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh tubuh badan.
  • Sebagai antioksidan dan membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser.

Buah-Mulberry-e1481657995754-300x300 Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya

Pokok-Mulberry-di-Malaysia-300x300 Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya buah-mulberi-yang-dipetik-300x300 Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya buah-mulberi-masak-300x300 Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya   Jem-mulberi-300x300 Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya masak-buah-mulberi-300x300 Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya

Loading...

Tags: #cara buat sajian dengan buah mulberi #cara tanam pokok mulberi #gambar buah mulberi #gambar pokok mulberi #kandungan mulberi #khasiat mulberi #melberi di malaysia #rasa buah mulberi #teknik tanam mulberi

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Tanam Pokok Mulberi Di Malaysia Dan Khasiatnya"