Baca Tips Ini Kalau Nak Kurus Dan Sihat

Teh halia lemon madu plus

Pada permulaan hari, amalkan dengan meminum segelas teh halia lemon. Minuman ini amat baik diamalkan pada setiap pagi kerana ia dapat mendorong badan anda meningkatkan metabolisme dan sistem imunisasi. Penyediaannya adalah sangat mudah.

Bahan-bahan :

  • Halia
  • Lemon
  • Teh hijau
  • Madu

Cara-caranya :

  • Dapatkan 1 inci halia dan bersihkan.
  • Ketukkan halia tadi, kemudian rendamkannya ke dalam 1 gelas air panas yang telah direndam uncang teh hijau.
  • Biarkan sehingga 5 minit.
  • Selepas itu, dapatkan sebiji lemon dan potong (cukup untuk segelas minuman).
  • Perahkan lemon tadi ke dalam gelas tadi dan tambahkan madu sebagai pemanis.

Tips dan cara pengambilan makanan seharian

Bagi mereka yang ingin memiliki tubuh yang kekal sihat dan kurus, beberapa tips ringkas cara pengambilan makanan seharian dapat membantu anda. Antaranya ialah seperti berikut;

  • Kurangkan pengambilan makanan bergula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, fast food (KFC, McD, Pizza) dan makanan proses (daging burger, nugget, kentang goreng).
  • Makan daripada sumber semulajadi sahaja. Seperti ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Makan dengan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit. Kurangkan pengambilan karbohidrat. Lebihkan sayur-sayuran.
  • Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik.
  • Perlu faham bahawa diet itu bukan berlapar. Tetapi cara menguruskan makanan anda.
  • Lupakan terus minuman bergas atau berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.
Loading...

Tags: #cara nak kurus dalam masa seminggu #cara nak kurus tanpa senaman #cara nak kurus tanpa ubat #cara nak kuruskan badan bagi remaja #cara nak sihat dan kurus #cara pemakanan harian #cara untuk kurus dalam masa 3 hari #kuruskan badan cara tradisional #macam mana nak kurus? #makanan untuk kurus #minuman untuk sihat #resepi teh halia lemon #Tips dan cara pengambilan makanan seharian

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Baca Tips Ini Kalau Nak Kurus Dan Sihat"