Menghadapi bencana banjir
- Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
- Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
- Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
- Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
- Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
- Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
Semasa bencana banjir
- Dengar pengumuman radio, televisyen, whatsup atau dari pihak-pihak tertentu.
- Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air. Beg kalis air boleh didapati di kedai-kedai berdekatan.
- Bersedia untuk menutup semua suis elektrik, main suis utama, injap utama bekalan air dan gas.
- Beritahu jiran dan bahawa anda bersedia untuk berpindah.
Sewaktu proses berpindah
- Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang telah disediakan di kawasan anda. Dapatkan maklumat pusat pemindahan terlebih dahulu.
- Berpindah awal sebelum air mula meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
- Ikut laluan yang ditentukan supaya ia terjamin dan tiada halangan.
Semasa membawa kenderaan di kawasan dilanda banjir
- Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
- Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
- Jika anda ingin meninggalkan kenderaan anda. Pastikan bekalan bateri kenderaan anda dimatikan (buang sambungan bateri) kerana bekalan bateri yang masih hidup boleh merosakkan komponen elektronik kenderaan anda jika ia ditenggelami air.
Jika anda berada di luar rumah semasa air mulai naik
- Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
- Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
- Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
- Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar elektik yang jatuh.
- Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
- Jangan minum air banjir kerana ia membawa banyak penyakit.
Pemeriksaan perlu sebelum memasuki rumah yang telah dilanda banjir
- Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak berkuasa sebelum dibenarkan pulang atau keadaan benar-benar selamat.
- Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
- Jangan terus memasukki rumah yang dibanjiri air. Sebaiknya, periksa keadaan rumah anda terlebih dahulu (dinding, lantai, pintu dan tingkap), lihat tanda-tanda rekahan pada struktur rumah atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat. Atau mungkin di diami hidupan berbisa seperti ular dan sebagainya.
- Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
Pemeriksaan peralatan dan keperluan rumah serta bahan makanan
- Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
- Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
- Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
- Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
- Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
- Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
- Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Tags: #Apa perlu buat bila air mulai naik #Garis Panduan Persediaan Menghadapi Banjir #langkah menghadapi banjir #langkah semasa Bencana Banjir #Menghadapi Banjir #Panduan dan Langkah Menghadapi Banjir #panduan hadapi banjir #Panduan Ketika Banjir #pemeriksaan selepas banjir #persediaan banjir #tindakan perlu semasa banjir