Cencalok adalah makanan tradisi yang sinonim dengan masyarakat Melaka. Bahan utama membuat cencalok adalah udang baring. Di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia, cencalok biasanya dimakan bersama ulam-ulaman bagi menambah selera masakan. Penangkapan udang baring di pantai barat adalah penyumbang utama industri makanan tradisi ini.
Ini ialah perusahaan membuat cencalok yang diusahakan oleh nelayan di sekitar Johor (Tak mahu mendedahkan di mana areanya). Musykil juga sebenarnya, bukankah cencalok berasal dari Melaka? Mungkin pengeluaran cencalok di Melaka tidak dapat menampung permintaan yang meningkat. Nak tahu tak kenapa cencalok sedap dimakan? Jom saksikan resepi rahsia sebenar cencalok.
Tags: #cara buat cencalok melaka #cara peram udang untuk cencalok #rahsia cencalok sedap #resepi membuat cencalok #resepi rahsia cencalok #udang baring dibuat cencalok