Kandungan toksin yang tinggi dalam badan akan mengurangkan kemampuan anggota badan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolestrol. Ia sangat penting untuk mengurangkan berat badan. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu. Badan kita bergantung kepada empat organ untuk mengeluarkan toksin. Antaranya ialah melalui ;
Membuang air kecik atau besar
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air. Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar dengan mudah.
Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.
Mengeluarkan peluh
Kulit kita merupakan organ yang terbesar dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan. Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita. Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Pakar juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.
Tags: #badan bebas toksin #buang toksin #detox #kenapa perlu detox #Kenapa Perlu membuang toksin dalam badan