Pengenalan
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara penyakit paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Ada penghidap kencing manis yang mendapat kencing manis dari sejak lahir lagi. Namun, secara kebiasaanya, penyakit ini menyerang mereka yang berusia 40 an ke atas. Tetapi kini, jika kita sering mengambil gula dengan kadar yang tidak sihat, kita mungkin berisiko mengidap penyakit ini.
Khasiat Buah Peria Katak
Pengenalan Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan. Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan.
Peria yang merupakan sejenis sayuran pahit dan kurang digemari ini sebenarnya mengandungi Insulin yang juga dihasilkan oleh organ pankreas di dalam tubuh manusia. Insulin membantu menukarkan glukosa dalam makanan kepada tenaga untuk tubuh badan. Apabila tubuh badan dipenuhi dengan lemak yang berlebihan atau pankreas tidak mampu mengeluarkan insulin, tenaga tidak dapat dihasilkan dan menyebabkan kandungan gula dalam darah semakin tinggi.
Peria yang mengandungi insulin semulajadi boleh digunakan untuk merawat diabetes. Cara yang paling mudah, jadikan ia jus, kisar peria bersama epal dan minum setiap hari. Pesakit diabetis disarankan mengambil peria sebagai menu harian kerana peria dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah. Kalau anda tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan mentah, boleh juga dapatkan herba peria ini dalam bentuk capsule. Mudah dan cepat. Yang penting, kita kenalah konsisten dan jangan lupa berpantang.
Tags: #cara peria katak ubati kencing manis #herba ubati kencing manis #khasiat peria katak #Momordica charantia #nama saintifik peria katak #peria katak #ubat kencing manis