#Checklist Tanggungjawab Suami Kepada Isteri, Kehidupan Rumah Tangga Dalam Islam

#Checklist Tanggungjawab Suami Kepada Isteri, Kehidupan Rumah Tangga Dalam Islam

Sebaik saja akad nikah dilafazkan, maka seorang lelaki ini serta-merta telah menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai suami kepada wanita pilihannya.

Tetapi sejauh mana anda tahu tentang tanggungjawab ini di dalam rumah tangga Islam ini?

Walaupun pada zaman moden kini, ramai wanita yang turut sama bekerja untuk membantu keluarga, namun nafkah suami terhadap isteri tidak boleh dipandang lewa.

Ramai juga suami terlepas pandang tentang tanggungjawabnya kepada isteri, apa yang perlu disediakan untuk isteri?

Selain daripada nafkah zahir dan batin, para suami harus tahu apa yang perlu disediakan kepada isteri supaya perhubungan anda mendapat keberkatan.

Berikut merupakan tanggungjawab suami yang perlu dilunaskan kepada isteri:

1. Menyediakan tempat tinggal

Sebaiknya, suami perlu menyediakan tempat tinggal kepada isteri untuk menginap sebaik sahaja diijabkabulkan.

Tempat tinggal yang disediakan tidaklah perlu besar dan mewah, namun cukuplah hanya sekadar selesa dan bersih untuk anda berdua mengikut kemampuan suami.

[Surah AT TALAQ ayat 7]

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Allah SWT tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah SWT berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”

2. Menyediakan makan dan minum

Maksud menyediakan makan minum seorang isteri ini termasuklah dengan menyediakan wang kepada isteri untuk berbelanja membeli bahan basahan di dapur. Suami perlu memberikan wang berasingan untuk tujuan tersebut mengikut kemampuan suami.

Namun, tidak salah sekiranya isteri menggunakan wang sendiri asalkan dia redha, dengan niat tidak mahu membebankan suami.

[Surah AL BAQARAH ayat 233]

“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.”

3. Menyediakan pakaian dan perhiasan

Suami wajib menyediakan pakaian yang elok dan bersih kepada isterinya. Sebaiknya yang manis dipandang dan menutup aurat.

Dalam hal ini, isteri wajib mendapat dua (2) persalinan setahun, ini merangkumi pakaian dalam dan pakaian luar dari kepala ke kaki.

Walaupun difahami sifat wanita yang suka berhias, namun demikian, perhiasan itu tidaklah terlalu berlebih-lebih dan memenuhi keperluan syarak.

[Surah AN-NISA ayat 5]

وَ لَا تُؤۡتُوا السُّفَہَآءَ اَمۡوَالَکُمُ الَّتِیۡ جَعَلَ اللّٰہُ لَکُمۡ قِیٰمًا وَّ ارۡزُقُوۡہُمۡ فِیۡہَا وَ اکۡسُوۡہُمۡ وَ قُوۡلُوۡا لَہُمۡ قَوۡلًا مَّعۡرُوۡفًا

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan.

Berilah mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik.”

4. Membiayai perubatan isteri

Suami perlu menyediakan duit untuk menampung perubatan isteri, sekiranya isteri ditimpa sakit secara tiba-tiba.

Kita tidak boleh menjangka sekiranya sesiapapun di dalam keluarga yang akan jatuh sakit jadi sebaiknya disediakan tabung kecemasan sepanjang masa.

5. Menyediakan pembantu kepada isteri

Perlulah suami ketahui yang isteri bukannya orang gaji yang dikahwini semata-mata untuk melunaskan kerja rumah semata-mata.

Namun demikian, sekiranya isteri melakukan pekerjaan tersebut dengan penuh ikhlas akan mendapat pahala. Buat para suami, sekiranya mampu, sediakan pembantu untuk isteri anda terutamanya semasa isteri dalam keadaan berpantang atau selepas melahirkan anak.

[Surah AN-NISA ayat 19]

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لاَ يَحِلًّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوْا النِّسَاءَ كَرْهًا وَلاَ تَعْضُلُوْهُنَّ لِتَذْهَبُوْا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوْهُنَّ إِلاَّ أَنْ يَأْتِيْنَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوْهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوْا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْراً

“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kalian mempusakai wanita dengan jalan paksa. Janganlah kalian menghalangi mereka kawin dan menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kalian berikan kepada mereka, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Bergaullah kalian dengan mereka secara patut. Kemudian jika kalian tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu, padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Secara amnya, tanggungjawab suami (hak isteri) dalam Islam adalah seperti berikut;

  • Memberi nafkah zahir dan batin
  • Membayar mas kahwin kepada isteri
  • Memberi isteri layanan yang baik
  • Menjaga maruah isteri
  • Memberi didikan agama
  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
  • Menjaga dari sebarang ancaman
  • Adil terhadap semua isteri

Semoga perkongsian ini memberikan gambaran sebenar tentang tanggungjawab suami kepada isteri di alam rumah tangga.

Loading...

Tags: #checklist tanggungjawab suami #hadis tanggungjawab suami #pengenalan tanggungjawab suami isteri #rumah tangga suami #tanggungjawab suami dalam al quran #tanggungjawab suami terhadap isteri yang bekerja #tanggungjawab suami terhadap keluarga #turutan tanggungjawab suami dalam islam

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Masalah dan Punca Wanita Sukar Hamil
Ketidakupayaan untuk hamil atau sukar hamil disebut sebagai masalah kesuburan atau ketidaksuburan. Kemandulan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.