Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Cara Membina Meja Kopi DIY Paling Ringkas

Apa yang anda perlukan?

buat-meja-diy-1-1 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

  • 3 Kayu pallet
  • Gergaji kayu
  • Tukul dan pahat
  • Paku
  • Kertas pasir
  • Playar kacip
  • 4 Caster wheel
  • Bolt (carriage bolt), ring dan nat
  • Pemutar skru dan skru
  • Wood stain dan berus
  • Hand drill

Cara membuat meja kopi DIY

Saiz biasa kayu pallet terlalu besar untuk ruang tamu. Jadi, kita perlu memotongnya menjadi separuh. Kita namakan bahagian yang ditandai seperti gambar di bawah sebagai bahagian A iaitu bahagian permukaan atas meja kopi dan dengan menggunakan kayu pallet kedua, potong dengan cara yang sama dan ditandai sebagai bahagian B.

buat-meja-diy-2-1 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Gariskan bahagian yang hendak dipotong dengan pembaris dan pensel. Kemudian, gunakan gergaji.

buat-meja-diy-3 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Setelah kedua-dua bahagian dipisahkan, slats dari bahagian B yang ditandai seperti gambar di bawah diperlukan untuk permukaan atas meja kopi di bahagian A.

buat-meja-diy-4-1 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Jadi, gunakan tukul dan pahat untuk memisahkan slats dari bahagian B.

buat-meja-diy-5 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Setelah slats ditanggalkan dari bahagian B, tanggalkan paku-paku pada bahagian slats dengan menggunakan playar kacip.

buat-meja-diy-6 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Letakkan empat slats yang ditanggalkan pada bahagian B tadi di antara celahan slats di bahagian A.

Cantumkan slats ke permukaan bahagian A dengan menggunakan tukul dan paku. Pastikan semuanya dipaku dengan kemas dan tiada yang longgar.

buat-meja-diy-8-5 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Untuk membuat kaki meja, gunakan kayu pallet ketiga. Bahagian kaki meja ditandai sebagai bahagian C, seperti dalam gambar di bawah. Kita memerlukan 2 bahagian seperti ini sebagai kaki meja. Potong bahagian ini dengan gergaji.

buat-meja-diy-9-1 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Slats pada pallet ketiga diperlukan untuk menguatkan struktur meja dan juga berfungsi untuk mengikat. Dua slats dari pallet ketiga ini ditandai sebagai bahagian D seperti ditunjukkkan dalam gambar di bawah.

buat-meja-diy-10-3-1 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Ukur bahagian D menyamai panjang bahagian A. Potong dengan gergaji. Apabila semua bahagian telah disiapkan, dengan menggunakan kertas pasir, ratakan dan halusi permukaan atas meja kopi (bahagian A). Apabila selesai, dengan menggunakan berus, sapukan wood stain dengan pilihan warna anda pada semua bahagian A, B, C dan D.

buat-meja-diy-11-1 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

buat-meja-diy-12 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Tebuk lubang menggunakan drill pada bahagian yang akan dicantumkan dengan bolt dan nat seperti dalam gambar di bawah.

buat-meja-diy-13 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

buat-meja-diy-14 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Pada permukaan bawah kaki meja, pasangkan caster wheel dengan menggunakan skru dan pemutar skru.

buat-meja-diy-15-1 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Dan meja kopi yang unik sudahpun siap!

buat-meja-diy-16-3 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

buat-meja-diy-17 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

logo-150x150 Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet

Loading...

Tags: #buat sendiri meja #buat sendiri perabot #DIY coffee table #how to make coffee table #kayu pallet #meja diy #Meja kopi buatan sendiri #meja kopi DIY #meja kopi homemade #meja kopi kayu pallet #meja kopi kreatif DIY #pallet coffee table DIY #perabot kayu pallet

Cara Bancuh Simen dan Nisbah Bancuhan Simen Yang Sesuai Untuk Projek DIY Anda
Berikut adalah langkah-langkah umum untuk membancuh simen: Bahan yang diperlukan: simen Pasir (pilihan,
Bagaimana Untuk Mengesan Kebocoran Paip Air Di Dinding?
Kesan kebocoran paip di dinding boleh berlaku berbeza-beza bergantung pada beberapa faktor, termasuk
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan
Cara Hilangkan Bau Tandas Yang Tidak Menyenangkan
Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di dalam tandas boleh melibatkan beberapa langkah pengurusan

Leave a reply "Cara Membuat Meja Kopi DIY Ringkas Menggunakan Kayu Pallet"