Perbezaan Motosikal Yamaha Y15ZR V1 Dengan V2

Beza Y15zr V1 Dan V2

Sejak Yamaha Motor Vietnam melancarkan Yamaha Exciter (Y15ZR) versi facelift V2 ke pasaran pada Ogos tahun lepas, ramai yang teruja bilakan model Y15ZR ini akan dilancarkan di Malaysia? Kini ia telahpun berada di pasaran. Seperti yang Anda ketahui sebelum ini, Model V2 ini menerima perubahan utama pada bahagian lampu hadapannya, di mana ia menggunakan bentuk baru dan merupakan nyalaan LED. Manakala pada bahagian meter, ia kini menggunakan paparan LCD.

Jika mengikutkan versi yang sudah pun dilancarkan di beberapa negara luar, Y15ZR V2 direka dengan dimensi sedikit berbeza dari model sebelum ini, di mana panjang dan tingginya bertambah masing-masing 15 mm dan 20 mm, tinggi tempat duduk bertambah 15 mm, manakala berat juga bertambah 2 kg.

Berkemungkinan besar ini adalah kerana ia menggunakan tayar hadapan lebih besar (bersaiz 90/80), dan suspensi belakang juga telah ditala semula. Kelengkapan lain pada motosikal ini adalah termasuk fender lebih besar untuk memuatkan tayar yang kini lebih besar, butang lampu tinggi (passing light) dan butang mematikan enjin (kill switch)

Untuk aspek mekanikal, Y15ZR V2 masih lagi menampilkan spesifikasi sama termasuk enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150 cc berkuasa 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm, digandingkan dengan kotak gear lima kelajuan. Tangki bahan api masih 4.2 liter dan tayar belakang menggunakan saiz 120/70R17.

Ikuti petikan artikel model Yamaha Y15ZR model V1 pada pautan ini;
http://www.encikshino.com/perbezaan-yamaha-y15zr-gp-edition-movistar-dengan-model-y15zr-biasa/
http://www.encikshino.com/jom-lihat-perbezaan-model-yamaha-y15zr-motogp-movistar-terbaru/

Gambar ciri-ciri penambahbaikan pada Yamaha Y15ZR model V2

lampu-depan-Y15ZR-V2-2019 Perbezaan Motosikal Yamaha Y15ZR V1 Dengan V2

variasi-warna-Y15ZR-2019-v2 Perbezaan Motosikal Yamaha Y15ZR V1 Dengan V2

Y15ZR-2019-v2-meter Perbezaan Motosikal Yamaha Y15ZR V1 Dengan V2

Y15ZR-2019-v2 Perbezaan Motosikal Yamaha Y15ZR V1 Dengan V2

Loading...

Tags: #apa beza y15 lama dengan baru #beza y15zr v1 dengan v2 #Gambar ciri-ciri penambahbaikan pada Yamaha Y15ZR model V2 #y suku lama dengan y suku baru #yamaha y15 v1 dan v2 #yamaha y15zr v2

Membeli Kereta Baru atau Kereta Terpakai, Mana Lebih Untung?
Keputusan antara membeli kereta baharu atau kereta terpakai bergantung pada pelbagai faktor, termasuk
Kelebihan Kenderaan Jenama Toyota
Jenama Toyota mempunyai beberapa kelebihan yang menjadikannya popular di pasaran automotif. Berikut adalah
Kelebihan Kenderaan Jenama Honda
Kenderaan jenama Honda seperti kereta dan motosikal mempunyai beberapa kelebihan yang telah memenangi
Cara Menyemak Kos Penyelenggaraan Kenderaan Anda
Untuk menyemak kos penyelenggaraan kenderaan, anda boleh mengikuti langkah berikut: Baca Buku Panduan

Comments are closed.