Pendang – Seorang kontraktor binaan nekad meninggalkan kerjayanya dengan mengusahakan tanaman kacang bendi dan kacang panjang sehingga mampu memperoleh pendapatan bulanan RM120,000 sebulan.
Zulkifli Abu Hassan, 53, berkata tanaman itu diusahakan di atas tanah milik seorang peladang kelapa sawit yang disewa seluas kira-kira tujuh hektar di Kampung Paya Palas, di sini, sejak dua tahun lalu.
Beliau berkata, tempoh tanaman yang singkat serta harga pasaran yang stabil menyebabkan beliau tekad meninggalkan kariernya sebagai kontraktor yang sering dihambat dengan peningkatan kos bahan binaan sejak mutakhir ini.(Bernama, 24 April 2017)
Keratan berita di atas membuktikan dengan pertanian, seseorang mampu mendapat hasil lumayan, malah lebih tinggi dari golongan yang bekerja. Sektor pertanian adalah antara penyumbang hasil pendapatan negara sejak sebelum merdeka. Sektor ini juga adalah penyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia.
Hal ini demikian, majoriti penduduk pada era selepas merdeka lebih tertumpu kepada aktiviti yang berasaskan pertanian dan perlombongan. Permintaan untuk perkhidmatan konsultasi dan latihan kemahiran untuk memulakan perniagaan asas tani semakin hari semakin meningkat berikutan dengan masalah kegawatan ekonomi.
Penanaman secara komersil dan projek tanaman dengan volume yang besar mampu memberikan hasil yang lumayan. Berikut adalah idea projek tanaman dengan hasil lumayan boleh anda cuba.
Projek Pertanian Boleh Menjana Pulangan Lumayan
Tanaman Jangka Masa Pendek
- Projek tanaman Cili
Cili merah tempatan dan cili padi mempunyai harga tinggi di pasaran. Dengan harga ladang sekitar RM7 hingga mencecah RM13 sekilogram mengikut gred, penanaman cili mampu memberikan hasil yang lumayan. Tempoh penanaman pula adalah sekitar lima hingga enam bulan semusim. Proses penyemaian sehingga matang mengambil masa kira-kira 3 bulan manakala masa penuaian sebanyak tiga peringkat pula selama 3 bulan.
- Projek tanaman Cendawan tiram
Penanaman cendawan tiram di dalam bongkah dengan kuantiti yang banyak mempu memberikan pendapatan yang lumayan. Bahan yang diperlukan hanya habuk kayu, dedak, kapur dan benih. Pada masa sama, pengusaha tidak perlu membanting tulang dan berpanas terik kerana diusahakan di dalam rumah pelindung hujan (RPH). Saiz tanaman sebanyak 4000 bongkah mampu menghasilkan 100 kilogram cendawan tiram sebulan yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran iaitu lebih dari RM10 sekilogram.
- Projek tanaman Rock melon
Walaupun proses menanam dan penjagaan rock melon atau tembikai wangi dikatakan agak sukar serta membabitkan kos tinggi, ia mampu meraih pendapatan lumayan. Tanaman rock melon memerlukan tahap kesabaran dan pengawasan tinggi serta rumit, namun ia mampu mengeluarkan hasil tiga kali setahun selepas setiap 75 hari penuaian dengan kaeadah fertigasi. Sebiji rock melon matang mempunyai berat anggaran satu hingga dua setengah kilogram (kg) dan dijual selepas mencapai bacaan kemanisan yang ditetapkan iaitu tahap 11 dengan menggunakan meter Brix. Harga ladang bagi rock melon adalah sekitar RM4 hingga RM5 sekilogram manakala harga pasaran pula agak mahal iaitu mencecah RM10 sekilogram.
- Projek tanaman Kacang bendi
Harga pasaran terkini bagi timun mencecah RM500 hingga per 100 kilogram (harga ladang) pada 20 Julai 2018 seperti mana yang dikeluarkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA). Manakala harga pasaran pula mencecah RM8.50 sekilogram.
- Projek tanaman Bunga kantan
Pokok kantan merupakan sejenis tanaman yang mula dikomersilkan untuk pasaran segar dan juga diproses. Serumpun pokok kantan mampu menghasilakn 4 hingga 7 kuntum bunga kantan yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran iaitu RM1.00 hingga RM1.50 setangkai. Harga pasaran bunga kantan boleh meningkat 2 hingga 3 kali ganda terutamanya pada musim perayaan. Jadi, penanaman pokok kantan secara komersil dan kuantiti yang banyak mampu memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha.
- Projek tanaman Daun sup/ sadri
Pokok daun sup merupakan sejenis tanaman yang sangat mudah untuk ditanam. Malah, penanaman dengan kuantiti yang banyak mampu memberi pulangan yang lumayan memandangkan harganya yang tinggi di pasaran. Harga pasaran bafi daun sup atau sadri mencecah RM8 sekilogram.
- Projek tanaman Tembikai susu (honeydew)
Tanaman ini mampu menghasilkan dua atau tiga biji buah seberat 900 gram hingga ke 2.5 kg sebiji dengan purata harga ladang sekitar RM2 hingga RM3 sekilogram. Tempoh penanaman juga agak singkat dengan 3 musim setahun. 1 ekar tanah mampu menempatkan 4000 pokok tembikai susu dan pastinya hasilnya pasti menguntungkan.
- Projek tanaman Apollo melon
kaedah penanaman dan penjagaan tanaman ini adalah sama seperti tembikai susu namun mampu memberikan hasil yang lebih lumayan kerana dijual dengan harga yang lebih tinggi.
- Projek tanaman Nanas
Tanaman Jangka Masa Panjang
- Projek tanaman Durian
Tanaman durian memang terkenal mampu memberikan pulangan yang lumayan dalam tempoh minimum 2 hingga tiga tahun untuk berbuah bagi durian hybrid manakala sekitar 5 tahun untuk jenis baka durian yang mahal seperti Musang King, D24 dan sebagainya.
- Projek tanaman Pisang
Penanaman pisang dalam kuantiti yang banyak mampu memberi hasil yang lumayan dengan kadar tuaian hasil dalam purata 2 kali setahun bagi setiap pohon. Harga runcit pisang berangan dan pisang emas mampu mencapai RM6 sekilogram.
- Projek tanaman Kelapa
Permintaan yang tidak pernah putus terhadap santan kelapa untuk digunakan untuk memasak dan juga perniagaan menyebabkan harga santan kelapa sangat tinggi. Hal ini pastinya memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusaha ladang kelapa kerana harga santan di pasaran pada masa kini sekitar RM9 hingga RM16 sekilogram bagi santan pekat. Manakala harga bagi kelapa parut pula sekitar RM7 hingga RM9 sekilogram dna harga sebiji kelapa (dikupas) ialah RM3 sebiji.
- Projek tanaman Nangka
Harga borong nangka segar di kawasan utama pengeluaran adalah purata sekitar RM2.50 sekilogram (Jenis Tekam Yellow, Crystal dan Mantin). Purata berat nangka J33 adalah sekitar 15kg/biji apabila cukup masak. Ada buah yang mencecah sehingga 30 kg sebiji (untuk jenis tertentu atau buah yang hanya sebiji dua sahaja sepokok). Lazimnya bagi setiap 1 biji nangka boleh menghasilkan sekitar purata 16 pek yang mana lazimnya setiap pek mengandungi purata 5-7 ulas isi nangka. Kajian menunjukkan purata harga jualan runcit sekitar RM5.00 bagi satu pek. Jika sebiji nangka menghasilkan 16 pek maka jumlah anggaran purata jualan kasar adalah sebanyak RM80.
Jadi, cuba anda kira jika seorang pengusaha tanaman nangka berjaya menjual 5 biji nangka sehari, pasti pendapatan mereka leboh dari RM10,000 sebulan, kan?
Tags: #idea projek pertanian #Idea projek tanaman dengan hasil lumayan boleh anda cuba #pertanian satu perniagaan #projek lumayan #projek pertanian #projek pertanian jangka panjang #projek pertanian jangka pendek #projek pertanian yang untung besar #projek tanaman lumayan #projek tanaman paling lumayan #projek tanaman untung lumayan #tanaman dengan harga jualan tinggi #tanaman dengan harga pasaran tinggi #tanaman dengan hasil lumayan #tanaman jangka masa panjang yang menguntungkan #tanaman jangka masa pendek dengan hasil yang lumayan