Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan

Tanda Tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan

Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor haiwan pemburu yang cekap dan setia. Kini, haiwan ini sering kali dijadikan haiwan kesayangan mahupun teman di waktu lapang. Dengan karektor haiwan ini, tidak hairanlah kucing juga merupakan haiwan yang disayangi oleh Rasulullah SAW.

Sering kali haiwan ini dijumpai di kedai-kedai makan, restoran, sekolah, taman, pasar malah di kawasan pejabat-pejabat kerajaan. Atas sebab demikian, kadangkala kehadiran haiwan ini dianggap sebagai gangguan sehingga ia terpaksa diusir.

Tatkala ketika anda sedang menjamu selera di sesebuah gerai mahupun restoran, kehadiran haiwan ini meminta makanan kadangkala akan merimaskan anda. Ada yang datang dengan cara lembut dan ada pula yang agresif.

Tetapi pernahkah anda terfikir? Dalam ramai-ramai pelanggan di dalam restoran itu, kenapa kucing tersebut datang kepada anda? Kenapa kucing tersebut tidak pergi kepada kawan anda mahupun meja lain yang bersebelahan? Apakah makna yang tersirat jika kucing datang kepada kita? Apakah yang cuba disampaikan Tuhan kepada kita? Mari kita renungkan bersama.

Jika anda mengalami keadaan ini, janganlah tergesa-gesa mengusir haiwan tersebut. Setiap kejadian alam mempunyai dua makna, yang tersurat dan tersirat.

Beruntunglah mereka yang boleh memahami kedua-dua maknanya. Ini termasuklah dalam perkara mengenai kucing.

Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan

1. Berkongsi Rezeki

Sering terjadi apabila kita sedang duduk makan di restoran, pasti akan ada kucing jalanan yang menagih simpati dan meminta makanan dari kita. Perutnya yang lapar siapalah yang sudi memberi. Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas dari Tuhan.

Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat Tuhan. Maka kerana itu Allah SWT menghantar kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu bukanlah hak mutlak kita. Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain. Maka kali ini, milik sang kucing jalanan. Oleh itu, berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

2. Ganjaran Kebaikan Berlipat Ganda

Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya, maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya. Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati kepada makhluk yang lain.

Tersenyumlah kita dengan kehadiran kucing pada ketika itu yang membawa maksud bahawa Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang bakal diberikan kepada kucing.

3. Pemberian Yang Ikhlas

Allah SWT membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing ini kerana melaluinya manusia boleh belajar tentang keikhlasan. Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan? Tentu sekali tidak.

Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi ini dan ikhlas untuk terus istiqamah mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.

4. Sikap Belas Kasihan dan Ikhsan

Kadangkala kucing yang mendekati kita itu mungkin comot dan kotor. Boleh jadi naik geram kita dibuatnya. Apabila situasi ini yang terjadi maka beringatlah bahawa Allah SWT menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita. Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain?

Jangan pernah terlupa tentang amanah sebagai khalifah terpilih yang ditugaskan melaksanakannya kepada yang hak. Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Sedarlah apabila kucing datang meminta makanan misalnya, kucing itu tidak minta ikan yang baru digoreng. Kucing itu tidak minta pinggan yang cantik untuk dihidang makanannya. Kucing itu tidak diminta mulutnya dilap cermat dengan tisu selepas makan.

Kucing itu tidak mengharap layanan 5 bintang. Cuma yang diminta adalah sisa makanan yang sedikit sebanyak yang tidak habis untuk menjadi makannya. Apabila nakal perangainya dan rimas rayuannya, sabarkah kita melayannya? Ingatkah kita bahawa Tuhan sentiasa melihat dan mengawasi setiap tindak tanduk mahupun lintasan hati kita terhadap kejadian yang berlaku.

5. Kurniaan Rezeki yang Berpanjangan
Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Tanpa segan silu kucing itu mengisytiharkan dirinya sebagai sebahagian daripada keluarga kita. Lalu dia turut bertindak seperti penghuni tetap di rumah itu. Disuruh pergi namun tetap tegar kembali. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan.

Dari manakah datangnya rezeki ini? Apabila kucing itu tinggal tetap, ini bermakna peluang bersedekah melalui asbab kucing itu telah dibuka setiap hari untuk kita. Sedekah yang berterusan mengundang rahmat Allah SWT yang menjadikan rezeki melimpah ruah seperti hadith berikut:

Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” Hadis Riwayat al-Daruquthni dari Anas ra

Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah SWT untuk kita. Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini lewat keikhlasan kita dan doa dari kucing itu untuk tuan rumahnya.

Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kerana agenda rezeki kita dari Allah SWT itu adalah lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.

Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tetapi turut datang dalam pelbagai bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat. Jika pintu rezeki ini di hadapan kita, terimalah dengan redha akan kehadirannya.

Semoga kita semuanya termasuk dalam golongan yang bijak membaca ‘tanda-tanda’ itu serta dapat menarik hikmah dari kedatangan seekor kucing di waktu kita tengah menyantap makanan.

Keistimewaan Bakal Diperolehi Memelihara Kucing

  • Sebagai Terapi Mental dan Emosi yang Baik
    Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya. Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing. Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau. Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu melupakan kepenatan seharian.
  • Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda. Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri. Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar tentang hormat- menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap IQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya. Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.

Menjaga Kesihatan Fizikal Badan
Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan otot? Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok. Bagaimana ini boleh terjadi? Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan.

Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah. Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung. Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.

Keistimewaan Memelihara Kucing
Perlu kita ketahui kucing selalu berdoa kepada kita di setiap anda memberi kebaikan kepadanya terkadang kita tidak tahu apa yang dirasakan oleh kucing, tetapi perlu diketahui di dalam hatinya dia berdoa kepada anda meskipun anda tidak dapat mendengarnya. Bilakah Kucing Berdoa Kepada Kita? Ikuti bacaan seterusnya;

1. Ketika Anda Memberi makan kepadanya

Kucing adalah haiwan yang sopan ketika anda makan, apakah kucing selalu ikut makan di atas meja anda? Perlu diketahui bahawa kucing selalu mendoakan anda ketika anda memberi makan kepadanya.

2. Ketika Membelainya

Kucing adalah haiwan yang suka dibelai dan disayangi. Kasihanilah dan belai kucing kerana dia selulu akan mendoakan kebaikan kepada anda.

3. Ketika Memberinya Makanan

Ketika anda memberi makan kepada seekor kucing yang kelaparan Ingatlah bahawa kucing akan mendoakan kebaikan kepada anda. Sangat beruntunglah kepada anda sebagai peminat kucing. Anda telah mendapat pelbagai keistimewaan dengan menjaga haiwan ini.

Loading...

Tags: #amalan baik memelihara kucing #amalan membuka pintu rezeki #Didampingi Kucing Jalanan #doa kucing kepada manusia #Keistimewaan Bakal Diperolehi Memelihara Kucing #Keistimewaan Memelihara Kucing #kucing #kucing buangan #kucing kurap #kucing minta makanan sebab apa #kucing minta makanan tanda apa #membela kucing #memberi makan kucing jalanan #mudah rezeki #petua rezeki berganda #sebab kucing mintak makanan #Sebagai Terapi Mental dan Emosi yang Baik #tanda rezeki datang #tanda tanda kucing

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah

Leave a reply "Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan"