Tips Menghilangkan Bau Hancing Tandas. Jom Cuba Teknik Mudah Ini!

Tips Menghilangkan Bau Hancing Tandas. Jom Cuba Teknik Mudah Ini!

Tandas yang berbau hancing akan membuat kita berasa tidak selesa apabila masuk ke dalam tandas tersebut. Ini juga akan menjejaskan sekiranya ada tetamu yang datang ke rumah kita. Selain tempat tidur, tandas juga haruslah bersih dan berbau wangi. Bau yang hancing dari tandas

Tips Menghilangkan Bau Hancing Tandas

Jom ikut tips berikut untuk menghilangkan bau hancing tandas dengan mudah.

  • Pastikan anda sentiasa flush setiap kali menggunakan tandas supaya diganti dengan air yang bersih dan baru.
  • Tuangkan satu cawan cecair peluntur di kawasan mangkuk tandas anda. Dengan menggunakan span dan sarung tangan, lakukan proses skrub atau menyental. Penggunaan cecair peluntur tidak hanya membantu anda membersihkan kamar mandi dan tandas dengan baik, ia juga ternyata efektif menyingkirkan bau hancing dengan sangat cepat!
  • Periksa bahagian tangki mangkuk tandas sama ada ia juga berbau atau tidak. Sekiranya bau dikesan, anda boleh menggunakan cuka putih. Sekali gus cuka putih boleh digunakan untuk membersihkan permukaan mangkuk tandas.
  • Bersihkan ruang bawah mangkuk tandas. Kerana bahagian tersebut mudah memerangkap cecair dan menyebabkan bau hancing melekat pada kamar mandi anda.
  • Jika anda anda menggunakan alas kaki, karpet dan sebagainya, bahagian ini harus sentiasa ditukar dan dibasuh kerap. Kemungkinan besar percikan air kencing ataupun situasi anak-anak terkencing di atasnya boleh sahaja berlaku.
  • Cuci bahagian dinding, molding dan terutama sekali dinding bahagian belakang tandas anda. Kerana adakalanya air kencing boleh terpercik dan melekat pada dinding ketika anda flush.
  • Jika anda rasa kamar mandi dan tandas telah dibersihkan dengan baik dan anda berjaya menyingkirkan bau hancing, tambahkan sedikit haruman yang menarik seperti gunakan pewangi tandas.
  • Sekiranya anda peminum kopi, selalunya anda akan terus membuang hampas kopi tersebut.
    Hampas kopi boleh menghilangkan bau tandas rumah anda. Caranya sediakan hampas kopi yang telah dipakai dan masukkan ke dalam lubang tandas. Biarkannya seberapa lama yang mungkin dan setelah itu siramkan dengan air.
  • Semburkan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya. Jika ingin lebih wangi, tambahkan sedikit tea tree oil atau perahan lemon. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, bilas seperti biasa.
  • Jangan lupa sembur juga pada tempat duduk tanda, penutupnya, serta bahagian-bahagian yang terlindung pada tandas sebelum memberusnya.
  • Selain cuka, anda juga boleh menggunakan lemon dan garam sebagai agen pencuci yang berkesan. Taburkan garam dan scrub bahagian kotoran dengan menggunakan lemon yang dibelah dua.

Bagaimana? Mudah bukan? Semoga tips ini dapat membantu anda menyingkirkan bau hancing dan sekali gus tandas anda segar dan wangi.

Loading...

Tags: #cara membersih lubang tandas #cara membersih mangkuk tandas agar tidak hancing #cara membersih tandas #cara menghilangkan bau hancing tandas #petua menghilangkan bau hancing tandas #Tips menghilangkan bau hancing tandas

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Tips Menghilangkan Bau Hancing Tandas. Jom Cuba Teknik Mudah Ini!"