Kipas Berhabuk? Ini Tips Menarik Elakkan Habuk Melekat Pada Kipas Rumah Anda. Jom Cuba!

Tips Menarik Elakkan Habuk Melekat Pada Kipas Rumah Anda. Jom Cuba!

Habuk yang melekat pada bilah kipas bukan sahaja mengurangkan kelajuan kipas berputar, malah bagi yang mementingkan kebersihan, melihat habuk yang melekat pada bilah kipas pasti akan menyakitkan mata. Berikut adalah tips menarik untuk mengelakkan habuk melekat pada bilah kipas rumah anda. Tips ini bukan hanya mudah untuk dilakukan, tetapi kosnya juga murah.

Tips Elak Habuk Melekat Pada Kipas Rumah Anda

Kipas siling

Boleh dikatakanĀ cara ini mudah dan senang bagi memastikan habuk tidak melekat pada bilah kipas. Bertahan dalam tempoh 2 bulan (bergantung infrastruktur rumah).

Sediakan barang-barang yang diperlukan iaitu tangga 4 tingkat / 5 tingkat, pemutar skru (pemutar skru Philips @ Bunga), span lembut danĀ  pelembut kain (softener) contohnya Softlan, Downy, Ava atau lain-lain.

  • Buka dahulu bilah kipas. Gunakan pemutar skru untuk membuka skru pada bilah-bilah kipas.
  • Apabila anda telah membuka kesemua bilah, basuh bilah kipas sehingga bersih dari habuk yang melekat di situ. Lap sehingga kering dahulu.
  • Kemudian, tuangkan sedikit softener ke dalam bekas tanpa dicampuri air. Celupkan span atau kain ke dalam cecair softener dan sapukan pada permukaan bilah kipas.
  • Biarkan selama 5 minit atau anda agak sudah hampir kering. Terus bilas dengan air dan keringkan bilah kipas tersebut. Ingat, jangan dilap, nanti hilang kesan softener pada bilah itu.
  • Pasang semula bilah-bilah kipas tersebut.

Kipas angin (kipas meja, kipas dinding dan lain-lain)

Barang-barang yang diperlukan ialah botol penyembur, pelembut pakaian, cuka makan dan kain.

  • Buka jaring kipas dan tanggalkan semua komponen (jaring, bilah). Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
  • Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
  • Kacau sebati dan masukkan ke dalam botol penyembur supaya lebih senang untuk digunakan. Sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
  • Biarkan selama 5 minit dan jangan lupa dilap semula dengan kain lembab. Keringkan dan pasang semula kipas.
Loading...

Tags: #buang habuk pada kipas #kipas banyak habuk #kipas rumah berhabuk #kipas siling #masalah kipas berhabuk #tips membersihkan kipas angin #tips membersihkan kipas dinding #tips membersihkan kipas meja #tips membersihkan kipas siling #Tips menarik elakkan habuk melekat pada kipas rumah anda #tips mengelakkan kipas cepat berhabuk #tips menghilangkan habuk di kipas

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Kipas Berhabuk? Ini Tips Menarik Elakkan Habuk Melekat Pada Kipas Rumah Anda. Jom Cuba!"