Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!

Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan Bahan Dan Cara Menyediakannya!

Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda herbs kini menjadi pilihan peniaga lebih-lebih di bulan puasa ini. Di sesetengah restoran dan kedai makan, air ini dijual dengan harga mencecah RM7 segelas. Jadi, apa kata jika anda membuat sendiri air soda herbs ini?

Cara Menyediakan Air Soda Herbs Yang Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 botol besar air bikarbonat aiskrim soda
  • 1 tin laici atau longan – ambil buahnya sahaja
  • 2 batang serai – dititik
  • Beberaoa helai daun pudina
  • 1 biji lemon – dihiris nipis
  • 5 biji asam boi putih
  • Ketulan ais yang mencukupi

Cara-cara menyediakannya :

  1. Cuci semua bahan sehingga bersih. potong serai dan bersihkan. Kemudian titikkan serai.
  2. Hiriskan lemon bersama kulit nipis-nipis.
  3. Sediakan bekas yang bersesuaian.
  4. Masukkan daun pudina ke dalam bekas.
  5. Masukkan lemon yang telah dihiris.
  6. Masukkan asam boi putih diikuti buah laici atau longan.
  7. Tuangkan air aiskrim soda ke dalam bekas.
  8. Masukkan ais secukupnya.
  9. Akhir sekali, masukkan serai yang telah dititik dan kacau air.
  10. Air soda herbs siap untuk dinikmati seisi keluarga!
Loading...

Tags: #air soda herbs #air untuk berbuka puasa #cara buat air soda herbs #Cara Buat Air Soda Herbs Sedap #Resepi air soda herbs #Resepi Air Soda Herbs Yang Sedap #Resepi Air Viral Soda Herbs #resipi air soda sedap #soda

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular

Leave a reply "Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!"