Ingin ke mana-mana tanpa kenderaan sendiri atau pengangkutan awam? Kini, semuanya mudah dan di di hujung jari sahaja dengan adanya Grab dan Uber pada masa kini. Setiap penumpang Grabcar mesti mempunyai aplikasi Grab untuk menempah kereta.
Aplikasi ini boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan boleh dimuat turun ke telefon pintar anda. bagi anda yang tidak pernah atau belum tahu bagaimana untuk menggunakan aplikasi Grab, berikut adalah panduan ringkas untuk anda.
Cara Menggunakan Aplikasi Grab Malaysia
Muat turun aplikasi Grab dari Google Play Store secara percuma. Pastikan logo grab adalah seperti di bawah untuk rakyat Malaysia kerana Grab beroperasi di banyak negara.
Apabila muat turun sudah berjaya, buka aplikasi. Aplikasi Grab akan meminta anda supaya mengaktifkan GPS anda supaya aplikasi ini boleh menyemak lokasi tepat anda berada.
Daftar untuk menggunakan aplikasi penumpang Grab ini. Anda boleh pilih untuk log in menggunakan akaun Facebook anda, akaun Google anda ataupun nombor telefon anda. Isikan maklumat yang diminta dan klik next. Sekiranya anda mendaftar / login ‘with Mobile Number, mesej pengesahan akan dihantar ke telefon pintar anda. Isikan nombor yang dikirim dan tekan Next. Selesai.
Anda telah berjaya log in ke aplikasi Grab untuk penumpang. Seterusnya, lokasi anda akan dikesan secara automatik. Gambar kereta menunjukkan bilangan kereta grab yang sedia mengambil anda di tempat anda berada.
Anda hanya perlu memasukkan destinasi ke mana anda hendak pergi. Setelah itu akan dipaparkan tambang (tidak termasuk tol) yang perlu anda bayar dari pick up point ke drop off point. Setelah selesai, sila tekan butang “book” untuk memangil kereta Grabcar ke lokasi di mana anda berada. Biasanya driver GrabCar akan memberi respond kurang dari seminit untuk menerima tempahan.
Untuk pembayaran pula, anda juga boleh pilih untuk bayar menggunakan kredit kad ataupun tunai.
Tags: #aplikasi Grab #bagaimana menggunakan Grab #booking grab car #cara menempah Grab #cara menempah Grabcar #Cara menggunakan aplikasi Grab Malaysia #cara setting aplikasi grab #grab app #grab car #grab car malaysia #grab download #grab driver malaysia #Grab Malaysia #grab taxi #GrabCar #panduan guna kereta grab #sewa kereta