Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang tinggi, berjimat cermat dalam menguruskan perbelanjaan sangat penting. Salah satu cara nak berjimat adalah dengan masak dan makan di rumah. Tapi yang menjadi masalah, kos belanja barang dapur juga tinggi. Barang basah untuk dibeli seperti ayam, ikan, daging, udang dan sotong juga menelan belanja yang besar jumlahnya.
Cara Uruskan Belanja Dapur Supaya Kekal Jimat
Pernah tak anda terfikir sebenarnya ada teknik dan cara yang boleh diaplikasikan oleh anda supaya dapat jimatkan barang basah, berbaloi jika anda ikut cara ini, dapat jimat banyak. Anak-anak pun dapat makan makanan yang sihat, berbanding beli di luar.
- Merancang Jumlah Belanja Bulanan
Peruntukkan belanja yang tetap untuk membeli barang basah dan barang untuk sebulan. Sebagai contoh, RM200 untuk sebulan ataupun RM50 untuk seminggu. Cukupkah RM50 untuk seminggu? Jawapannya, pasti cukup jika anda tahu caranya.
- Beli barang basah untuk tempoh seminggu
Membeli barang dapur dalam kuantiti yang banyak untuk tempoh seminggu. Barang-barang basah seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya disimpan dengan cara yang betul di dalam peti ais agar tahan. Cara menyimpan yang betul adalah penting. Rujuk artikel berikut untuk tips menyimpan makanan di dalam peti ais :
http://www.encikshino.com/cara-menyimpan-ikan-supaya-kekal-segar-dan-tahan-lama/
http://www.encikshino.com/panduan-simpan-bahan-makanan-di-dalam-peti-sejuk/
- Senaraikan barang yang ingin dibeli
anda boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan barangan dapur yang ingin dibeli setiap bulan atau setiap minggu. Dengan cara ini, anda dapat mengawal perbelanjaan mengikut keperluan dan membeli barangan yang disenaraikan sahaja. Ini juga dapat mengelak anda membeli barangan yang tidak diperlukan dan mengelakkan pembaziran.
- Beli barang dapur secara borong
Belilah sesuatu barang yang selalu digunakan secara borong. Sebagai contoh, belilah minyak masak dalam botol bersaiz besar atau dalam plastik yang boleh diisi semula ke dalam botol kerana lebih menjimatkan berbanding membelinya secara berulang kali dalam botol yang bersaiz kecil. Beli sos, makanan dalam tin, gula, garam secara borong bila harga barangan murah dan ada promosi.
- Membeli di pasar tani atau pasar malam
Membeli barangan dapur di pasar tani atau pasar malam adalah lebih menjimatkan. Contohnya, sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan adalah jauh lebih murah jika dibeli di pasar tani. Sebagai contoh, lada benggala hanya dijual dengan harga RM1 dalam satu pinggan yang mengandungi sebiji dua berbanding harga di pasar raya yang dijual berdasarkan kiraan gram. Dengan itu, anda boleh berjimat sehingga RM2 hingga RM3 untuk barangan yang sama.
- Menanam sendiri sayuran
Bercucuk tanam di halaman rumah dengan menanam sayuran dan tanaman yang sering digunakan dalam masakan ternyata dapat menjimatkan belanja dapur anda. anda boleh rujuk artikel berikut untuk bacaan yang lanjut :
http://www.encikshino.com/jenis-sayuran-terbaik-di-halaman-rumah-jimatkan-belanja-dapur-anda/
- Kreatif dalam masakan
anda juga perlu kreatif dalam masakan dan merancang untuk menyediakan masakan. Dalam masa yang sama, ini dapat mengelak pembaziran. Praktikkan menyimpan lebihan lauk masakan di dalam peti ais. Misalnya, lebihan gulai untuk makan hari ini boleh disimpan dan dimakan untuk kemudian hari.
Oleh itu, anda tidak perlu lagi memasak gulai, hanya perlu beberapa tambahan lauk lain. Nasi yang lebih juga boleh disimpan dan dibuat nasi goreng untuk sarapan pagi. Pasti lebih menjimatkan jika dibuang begitu sahaja.
Tags: #bijak mengurus belanja dapur #cara mengurus belanja dapur #Cara mudah menguruskan belanja dapur supaya anda kekal jimat #jimat belanja dapur dengan bijak #jimat beli barang dapur #jimatkan belanja dapur #tips berjimat beli barang dapur #tips berjimat cermat #tips elak pembaziran belanja dapur #tips jimat belanja dapur