Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai SPA8i merupakan portal kerja terbesar Malaysia untuk memohon pekerjaan bagi perkhidmatan dalam sektor kerajaan. Inilah satu laman web yang anda boleh memohon kerja sektor awam mengikut kelayakan dan bidang masing-masing. Bagi yang masih belum ada akaun SPA8i, di sini dikongsikan cara daftar akaun SPA8i secara online.
Membuat Pendaftaran Baru Akaun SPA8i Online
Untuk anda yang pertama kali membuat pendaftaran akaun SPA8i, anda perlu layari ke portal rasmi di pautan http://www.spa.gov.my atau terus ke login SPA putra2.spa.gov.my/spa8i.
Bagi mengisi borang pendaftaran SPA secara online, anda perlu mendapatkan MyID dengan cara klik “DAFTAR MYID BARU” seperti tertera di bawah.
Kemudian, anda akan melihat paparan seperti dalam gambar di bawah. Isikan maklumat asas dan soalan keselamatan yang bertanda * dengan lengkap. Nombor kad pengenalan dan nama penuh pastikan sama seperti di dalam kad pengenalan anda. Nombor telefon bimbit dan alamat emel yang dimasukkan mestilah aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui kedua-dua aplikasi ini.
Selepas itu, klik ‘Daftar’ untuk penghantaran maklumat SPA8i anda.
Permohonan Jawatan Kosong SPA8i Online
Sesudah daftar akaun baru, login SPA8i semula. Pemohon yang telah berjaya log masuk boleh mengisi borang SPA8i.
Antaranya maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :
- Maklumat Pemohon
- Maklumat Akademik (PT3, SPM, STPM, STAM dan sebagainya)
- Matlumat Kokurikulum (Sukan/ Persatuan, Rekacipta/ Pencapaian)
- Matlumat Tambahan (Bakat/ Kebolehan Bahasa, Bekas Tentera/ Polis, Penerima Bantuan/ Kurang Upaya)
Setelah itu, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong terkini mengikut kelayakan maing-masing. Ia dibahagikan kepada 2 iaitu Jawatan SPA dan Jawatan PDRM/ LAIN.
Selepas mengisi jawatan kosong, anda perlu membuat perakuan untuk disahkan permohonan. Jumlah keseluruhan JAWATAN SPA yang dipilih mestilah tidak melebihi 15 jawatan. Selepas permohonan anda dihantar, anda akan melihat paparan skrin yang memaparkan Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA seperti dalam gambar di bawah.
Info tentang permohonan SPA8i
- Pelajar-pelajar Tahun Akhir di Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta adalah tidak dibenarkan membuat sebarang permohonan jawatan dalam Borang Permohonan Online SPA (SPA8i) kecuali bagi jawatan-jawatan seperti berikut : Pegawai Optometri Gred U41 dan Pegawai Veterinar Gred GV41.
- Tempoh sah laku pendaftaran calon adalah satu (1) tahun.
- Permohonan jawatan adalah sebanyak lima belas (15) jawatan sahaja.
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
i. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
ii. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM.
iii. Calon yang memiliki Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Semakan Status Permohonan SPA8i Online
Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dalam kalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Tags: #borang kerja selepas grad #cara isi borang spa online #cara isi borang SPA8i online #cara login SPA8i #cara memohon jawatan kosong kerajaan #cara mendaftar akaun SPA8i #Cara mengisi borang SPA8 memohon jawatan kerajaan #cara menyemak permohonan SPA8i #cara mohon kerja dengan kerajaan #daftar online SPA81 #Info tentang permohonan SPA8i #jawata kosong kerajaan #jawatan kosong SPA8i #kerja lepasan universiti #panduan isi borang spa8i online #panduan memohon jawatan SPA #panduan mendaftar jawatan SPA #Permohonan Jawatan Kosong SPA8i Online #Semakan Status Permohonan SPA8i Online #SPA8i #Suruhanjaya Perkhidmatan Awam #Tatacara Mengisi Borang SPA8i Online Memohon Jawatan Dalam Kerajaan