Cara Memohon RUMAWIP, Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Cara Memohon RUMAWIP, Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Anda warga Wilayah Persekutuan dan ingin memiliki rumah mampu milik? Berita baik buat anda di mana permohonan RUMAWIP kini boleh dimohon secara atas talian. RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan. RUMAWIP hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja.

Dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang dijangka sebanyak lebih kurang 80,000 unit RUMAWIP dirancang untuk pembinaan di Wilayah Persekutuan. 3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik dan adalah dalam bentuk rumah berstrata.

Syarat-syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat
  • Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon individu (bujang/tidak berkeluarga) hendaklah tidak lebih daripada RM10,000 sebulan manakala berkeluarga (suami dan isteri) tidak lebih daripada RM15,000 sebulan
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan
  • Keutamaan permohonan diberikan kepada pemohon yang dilahirkan atau bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan semasa permohonan dibuat
  • Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja
  • Suami atau isteri boleh memohon RUMAWIP di Wilayah Persekutuan namun hanya satu tawaran sahaja diberikan kepada setiap isi rumah
  • Pemohon hendaklah berdaftar di Portal RUMAWIP.

Klik link di bawah untuk ke portal RUMAWIP.

https://rumawip.kwp.gov.my/

Cara Memohon RUMAWIP

  1. Sila klik link ini untuk daftar permohonan : https://rumawip.kwp.gov.my/user/register
  2. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka. Sila klik menu Profil Pemohon.
  3. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, semua pemohon yang telah mendaftar akan dimaklumkan melalui emel. Sila daftar masuk ke portal RUMAWIP menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan pemohon, kemudian klik menu Permohonan. Sila klik di link ini untuk login sistem pendaftaran :

https://rumawip.kwp.gov.my/user/login

  1. Sekiranya permohonan tersebut layak diproses, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :

  • Borang permohonan(dicetak dari portal RUMAWIP)
  • Surat Akuan Sumpah (salinan asal)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad)
  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan
  • Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian
  • ​Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP
  • Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)
  • Sijil Kelahiran (MyKid) Anak
  • Salinan Kad OKU Pemohon / Pasangan / Anak (jika berkaitan)
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki (jika berkaitan)
  1. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada pemaju yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pemohon akan berurusan dengan pemaju sehingga pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.
  2. Pemohon juga boleh log masuk ke Portal RUMAWIP untuk menyemak status permohonan semasa.
  3. Pemohon perlu mengemukakan hardcopy Surat Akuan Sumpah (original) bagi setiap projek RUMAWIP yang dimohon. Surat Akuan Sumpah fotokopi hitam putih atau berwarna dan imbasan Surat Akuan Sumpah hitam putih atau berwarna tidak boleh diterima.

Jenis Dan Harga Rumah Yang Ditawarkan

jadual-harga-rumawip Cara Memohon RUMAWIP, Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada :

Urus Setia RUMAWIP KWP
Unit Rumah Wilayah Persekutuan,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah,
Presint 2, Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.
Tel: 03-8892 3633/ 03-8892 3634/ 03-8889 7637

Atau

Urus Setia RUMAWIP DBKL
Anjung RUMAWIP Kuala Lumpur,
Aras G, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2617 9925

Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

Talian

03 8892 3633 / 03 8892 3634

Faks

03-8889 7640

Emel

urusetiarumawip@kwp.gov.my

IMG_20171206_114610-150x150 Cara Memohon RUMAWIP, Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara memohon RUMAWIP #cara memohon RUMAWIP online #harga RUMAWIP #jenis RUMAWIP #kelayakan mohon rumawip #panduan memohon RUMAWIP #portal RUMAWIP #rumah mampu milik kuala lumpur 2017 #rumah mampu milik wilayah persekutuan #rumahwip cheras #rumawip bandar tun razak #rumawip desa satumas #rumawip gombak #rumawip jalan gombak #rumawip kepongmas #rumawip malaysia #rumawip taman melati #syarat kelayakan memohon rumah wilayah persekutuan

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Cara Memohon RUMAWIP, Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan"