10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Jika berbicara tentang perfume atau minyak wangi, ada banyak sekali pilihan yang bagus dan trend terus berganti sesuai zaman. Tapi daripada kesemua perfume tersebut, ada perfume yang masih terus bertahan dan tetap popular dalam kalangan wanita. Tidak tenggelam meskipun mungkin banyak perfume baru dikeluarkan sesuai dengan berkembangnya trend. Bahkan beberapa perfume tersebut mempunyai penggemar fanatik yang tetap memilih perfume itu antara banyak perfume yang lain.

Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Senarai perfume wanita terbaik sepanjang masa di bawah akan sangat berguna untuk anda dalam memilih perfume. Jika anda hanya ingin memiliki 1 atau sedikit perfume sahaja, pastikan untuk membaca senarai ini dahulu supaya anda dapat memilih yang terbaik daripada banyaknya pilihan yang ada.

  1. Chanel No.5

Chanel-No.5 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Chanel No.5 pertama kali dilancarkan pada tahun 1921. Coco Chanel menciptakan perfume yang abadi ini dengan paduan aroma vanilla, may rose dan jasmine. Sehingga perfume ini menimbulkan aroma yang begitu feminin. Tidak diragukan lagi Chanel No.5 adalah perfume dengan aroma feminin yang paling terkenal sepanjang masa. Jadi sangat wajar kalau perfume ini berada di urutan pertama senarai ini.

  1. Shalimar by Guerlain

Shalimar-by-Guerlain 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Shalimar pertama kali dibuat oleh Jacques Guerlain pada tahun 1925. Shalimar termasuk dalam koleksi perfume yang klasik. Perfume yang menimbulkan nuansa ringan, santai dan romantis dengan paduan aroma iris, jasmine, rose dan vanilla. Penciptaan perfume ini terinspirasi oleh kisah klasik seorang kaisar yang pertama kali bertemu cinta sejatinya di Gardens of Shalimar.

  1. Poison by Christian Dior

Poison-by-Christian-Dior 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Poison mempunyai aroma yang khas dan mudah dikenali, dengan aromanya yang hangat dan ‘pedas’. Poison diformulakan dengan coriander dan tuberose, menghasilkan aroma yang tidak tertandingi di pasaran. Menjadi pembezaa antara yang lain, perfume ini dilancarkan pada tahun 1985 dan didefinisikan sebagai simbol kesenangan dari era perfume ini dicipta.

  1. Nina Ricci Women

Nina-Ricci-Women 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Perfume dengan aroma yang lembut dan feminin dari Nina Ricci ini pertama kali dilancarkan pada tahun 1948 dan masih popular hingga sekarang. Paduan dari gardenia, musk, rose dan sandalwood menghasilkan aroma yang disebut sebagai salah satu aroma yang paling murni dan autentik yang pernah dibuat.

  1. Classique by Jean Paul Gaultier

Classique-by-Jean-Paul-Gaultier 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Terkenal dengan botolnya yang berbentuk korset dan beraroma sensual. Paduan rose, pear, orchid dan orange blossom menghasilkan aroma yang manis dan menggoda. Perfume ini masih terus bertahan popularitinya dari zaman ke zaman sebagai salah satu perfume wanita terbaik.

  1. Coco Mademoiselle by Chanel

Coco-Mademoiselle-by-Chanel 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Dibuat pada tahun 2001, Coco Mademoiselle mempunyai aroma yang menakjubkan, ringan dan elegant. Dicipta sebagai penghormatan kepada Chanel sendiri, sekarang perfume ini menjadi salah satu yang terlaris dalam koleksi perfume Chanel. Perfume ini mempunyai aroma paduan dari aroma mawar di pagi hari, melati dan vanilla.

  1. Opium by Yves Saint Laurent

Opium-by-Yves-Saint-Laurent 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 1977, perfume dengan aroma yang menakjubkan ini mencatatkan diri sebagai salah satu perfume paling berjaya di dunia. Yves Saint Laurent mendefinisikan aroma sensual sebagai padanan dengan sensasi atau nuansa jatuh cinta. Sebuah definisi yang tetap relevan hingga ke hari ini.

  1. Youth Dew by Estee Lauder

Youth-Dew-by-Estee-Lauder 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Perfume pertama dari ikon dan lagenda dunia kecantikan, Estee Lauder. Perfume dengan aroma yang mewah ini telah terjual lebih dari 250 juta botol sehingga ke masa kini. Dari tahun ke tahun perfume ini terus memantapkan diri di dalam senarai perfume wanita terbaik yang harus dimiliki oleh setiap wanita.

  1. Calvin Klein Euphoria

Calvin-Klein-Euphoria 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Meskipun sulit jika harus memilih satu sahaja dari kesemua koleksi perfume Calvin Klein, Euphoria benar-benar istimewa. Sebuah paduan aroma yang tidak terduga, moden dan menggoda dari black orchid, pomegranate, violet, amber dan mahogany wood. Ini adalah perfume yang tidak seperti perfume yang lain. Sebagai perfume untuk wanita, aroma dari perfume ini memperkuat kehadiran dan daya tarikan seorang wanita dengan kecantikan dan daya tariknya.

  1. Eau Dynamisante by Clarins

Eau-Dynamisante-by-Clarins 10 Perfume Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Perfume wanita yang simple dan cantik ini pertama kali dilancar pada tahun 1987 dan merupakan konsep yang revolusioner dalam dunia perfume. Perfume ini paduan dari aroma segar lemon dan orange dengan rosemary. Ini adalah perfume pertama yang tidak hanya berfungsi sebagai minyak wangi yang mengeluarkan aroma tapi sekaligus memberikan manfaat untuk perawatan kulit.

Loading...

Tags: #best women perfume all the time #Calvin Klein Euphoria #Chanel No.5 #Classique by Jean Paul Gaultier #Coco Mademoiselle by Chanel #Eau Dynamisante by Clarins #Ini dia 10 perfume wanita terbaik sepanjang masa #minyak wangi wanita terbaik sepanjang masa #minyak wangi wanita terbaik sepanjang zaman #Nina Ricci Women #Opium by Yves Saint Laurent #parfum wanita terbaik #Perfume wanita terbaik #Poison by Christian Dior #senarai perfume terbaik wanita sepanjang masa #senarai perfume wanita terbaik #Shalimar by Guerlain #top 10 best women perfume all the time #top 10 minyak wangi terbaik wanita #top 10 perfume terbaik wanita sepanjang masa #Youth Dew by Estee Lauder

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.