Durian adalah buah yang sangat dinanti-nantikan kemunculan musimnya. Apabila tiba musimnya pasti membuatkan pengemar tegar durian tersenyum lebar. Durian juga dikenali sebagai raja segala buah telah mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia walaupun harganya yang mencecah puluhan ringgit. Tahukah anda, bilakah musim durian?
Musim Durian di Malaysia
Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu timur Malaysia seperti Sabah dan Sarawak dan juga Barat Malaysia yang termasuk seluruh Semanjung Malaysia. Musim durian di Barat Malaysia dipengaruhi oleh angin monsun tahunan. Dengan kata lain, perubahan cuaca yang susah dianggar akan menentukan bila masanya musim durian.
Barat Malaysia dibahagi kepada tiga kawasan iaitu :
- Bahagian utara yang melingkungi negeri Perlis, Kedah, Penang dan utara Perak. Musim berbuah durian dikatakan bermula dari Jun atau Julai.
- Bahagian tengah dan selatan yang termasuk negeri selatan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor. Musim berbuah durian akan bermula dari Jun sehingga Ogos. Kadang-kadang, ada juga musim durian yang datang sekitar bulan Disember atau Januari.
- Bahagian perantauan Timur. Kawasan ini bermula dari utara Kelantan menerusi Terengganu hingga kawasan perantauan Pahang. Musim durian hanya berlaku dalam bulan Julai hingga September.
Sekarang anda sudah jelas dengan musim-musim durian untuk kawasan tertentu, bolehlah agak-agak masa yang betul untuk makan durian kegemaran anda. Ada pelancong luar negara yang gemar datang ke Malaysia semata-mata untuk mencari buah durian, disamping menikmati pengembaraan di negara kita yang unik ini.
Bagi penggemar yang suka memakan buah ini,harga bukanlah menjadi masalah,yang sering diambil kira semasa membeli buah ini adalah jenis durian tersebut. Tahukah anda semua buah durian mempunyai pelbagai jenis di pasaran? Terdapat pelbagai jenis buah durian dari pelbagai baka yang dijual di seluruh negara. Setiap jenis buah durian ini mempunyai rasanya yang berbeza-beza dan tersendiri. Tidak hairan juga sekiranya anda singgah digerai-gerai jualan buah durian, anda akan mendapati harga buah durian ini adalah berbeza-beza.
Jenis-Jenis Durian Di Malaysia
Dengan banyaknya jenis durian yang dijual di pasaran, sering kali banyak orang awam yang tertipu dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab sehingga mereka perlu membayar dengan harga yang tinggi. Jadi, kenali jenis-jenis durian yang biasanya terdapat di pasaran Malaysia.
- Musang King (Mao Shan Wang)
Musang King ialah jenis durian yang paling digemari ramai dan dikatakan sebagai durian paling berkualiti. Harganya cukup mahal dan boleh mencecah harga setinggi RM 100 sekilogram. Walaupun mahal, itu tidak menghalang peminat durian menikmatinya. Isi durian Musang King berwarna kuning terang dan mempunyai rasa manis pahit serta memiliki tekstur berkrim.
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Tanah Merah, Kelantan
Rasa: Manis dan Pahit, teksttur berkrim.
Ciri : Warna isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg, Besar (2-2.5 kg)
- Golden Phoenix
Jenis durian seterusnya ialah durian Golden Phoenix. Durian ini diberi namanya kerana isi durian yang berwarna kuning pucat dan keputihan seperti bulu burung lagenda, Garuda atau Phoenix. Durian ini banyak ditanam di negeri Pahang dan Johor. Durian ini diminati oleh golongan yang tidak menyukai durian yang terlalu manis. Isi durian Golden Phoenix adalah pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam.
Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam
- XO
Durian XO merupakan antara durian yang terbesar antara kesemua durian. Lazimnya, durian XO ini mencapai berat sebanyak 3.3 kilogram sebiji dan dijual pada harga RM40. Durian XO ini boleh didapati di Johor, Genting dan Cameron Highlands. Durian XO menjadi kegemaran ramai walaupun rasanya agak pahit dan lembut kerana isinya yang tebal.
Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma kuat
Ciri : Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tidak serata
- D24
Durian ini merupakan Sultan bagi segala durian. Warna isinya ialah kuning pucat dan mempunyai rasa lemak tetapi pahit. Meskipun begitu, ramai masih menyukai durian ini kerana isinya yang lebih tebal berbanding durian-durian yang lain.
Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands
Ciri : Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tidak serata
- D13
Durian D13 mempunyai warna isi yang unik iaitu berwarna oren. Kebanyakan orang yang baru mula mencuba durian menyukai durian jenis ini kerana tidak mempunyai rasa dan aroma yang berbau. Namun begitu, peminat tegar durian kurang meminati durian D13 ini kerana isinya kurang dan mempunyai biji yang besar.
Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat
- D1
Durian D1 mempunyai isi berwarna kuning pucat. Isinya rasa berlemak seperti susu dan isinya mudah terpisah daripada biji serta mempunyai tekstur rangup di permukaan isi buah.
Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor
- D101
Durian D101 merupakan durian yang mempunyai kualiti sedikit rendah berbanding Musang King. Walaupun rasa dan tekstur durian ini hampir sama dengan Musang King tetapi warna isinya kurang menarik kerana berwarna kuning kusam. Meskipun begitu, isi durian ini lebih manis berbanding jenis-jenis durian yang lain.
Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor
- Red Prawn (Udang Merah)
Durian Udang Merah mempunyai warna isi yang cukup menarik. Durian yang ditanam di negeri Pahang dan Johor ini mempunyai isi berwarna jingga kemerahan. Selain itu, ia mempunyai tekstur yang sedikit melekit. Walaupun begitu, isinya tetap rasa manis dan sedap dimakan bersama pulut.
Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor
- Green Bamboo
Durian Green Bamboo diberi nama atas warna isinya yang kuning kusam dan ada kalanya, kehijauan sedikit. Seperti buluh juga, isinya berserat-serat dan berasa manis. Hati-hati apabila makan durian ini.
Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor
- Black Pearl
Jenis durian kesepuluh ialah durian Black Pearl. Walaupun kulitnya hijau gelap kehitaman, ini tidak bermakna buahnya sudah busuk. Isi buah ini adalah berwarna kuning pucat. Kulit luarannya menggambarkan rasa buah yang sedikit pahit dan berlemak. Selain itu, durian Black Pearl juga mempunyai biji yang kecil.
Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor
- Little Red
Durian Little Red merupakan jenis durian yang jarang dikenali oleh kebanyakan orang mahupun rakyat Malaysia. Durian ini berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai isi kemerahan. Saiznya tidak besar, iaitu dalam anggaran saiz sepak takraw.
Warna: Kemerah-merahan
Rasa: Kadang kala pahit dan kadang kala manis, sedikit rasa masam yang agak unik dirasai selepas makan.
Asal: Balik Pulau, Penang
Tags: #bilakah musim durian #durian #durian black pearl #durian D1 #Durian D101 #durian D13 #durian D24 #durian golden phoenix #durian green bamboo #durian kegemaran #durian little red #durian merah #durian paling best #durian paling sedap #Durian red prawn #durian XO #jenis durian malaysia #jenis durian terbaik #jenis-jenis durian malaysia #musang king #musim durian #musim durian malaysia #musim durian semenanjung malaysia