Orville Wright dan Wilbur Wright atau sering disebut dengan Wright Bersaudara adalah dua orang adik-beradik yang merupakan pencipta pesawat terbang pertama pada tahun 1903. Ciptaan Wright Bersaudara ini berjaya diterbangkan di Amerika Syarikat dengan nama Flyer dan hanya dapat membawa satu orang sahaja. Namun seiring dengan perkembangan teknologi aviasi, pesawat terbang pada hari ini telah dapat membawa lebih dari 800 penumpang dengan kelajuan hingga 900km/jam.
Ketika ini, dua pengeluar pesawat penumpang terkemuka dunia melopori pengeluaran kapal terbang untuk sektor penerbanagan seluruh dunia. Persaingan antara Syarikat Boeing dan Airbus sudah bermula sejak lama.
Boeing pernah memegang rekod selama lebih sedekad lamanya dengan pesawat Boeing 747-400 sebagai pesawat penumpang terbesar sejak tahun 1988 sebelum rekod itu dirampas oleh syarikat perusahaan Perancis, Airbus dengan pesawat penumpang terbesar di dunia pada masa kini iaitu Airbus A380-800 yang dapat memuatkan sekitar 853 penumpang jika konfigurasi tempat duduknya hanya kelas ekonomi.
Namun apabila konfigurasinya dibahagi menjadi tiga kelas seperti pesawat penumpang pada umumnya iaitu kelas utama, kelas bisnes dan kelas ekonomi, maka pesawat Airbus A380-800 hanya dapat memuatkan sebanyak 525 penumpang.
Persaingan kedua-dua syarikat ini tidak tamat di situ apabila Boeing ingin melancarkan projek terbaru mereka untuk mengatasi rekod pesawat A380-800 dengan membina semula pesawat 747 baharu dengan saiz yang lebih besar. Namun, atas sebab dan alasan tertentu, mereka membatalkan rancangan itu dan hanya membina model pesawat 747 terbaru dengan saiz yang tidak melebihi saiz A380-800. Pada Mac 2011, Boeing melancarkan pesawat Boeing 747-8i, pesawat penumpang kedua terbesar di dunia.
Berikut adalah senarai lengkap 10 pesawat terbesar di dunia mengikut turutan.
- Airbus A380-800
Panjang : 72.73 meter
Lebar : 79.75 meter
Tinggi : 24.45 meter
Berat : 276 800kg (berat kosong)
Kapasiti : 525 (3 kelas), 853 (1 kelas)
Kelajuan : 945km/jam
Penerbangan pertama : 27 April 2005
Buatan : Airbus (Perancis)
- Boeing 747-8i
Panjang : 76.3 meter
Lebar : 68.5 meter
Tinggi : 19.4 meter
Berat : 213 000kg (berat kosong)
Kapasiti : 467 (3 kelas), 605 (1 kelas)
Kelajuan : 917km/jam
Penerbangan pertama : 20 Mac 2011
Buatan : Boeing (Amerika Syarikat)
- Boeing 747-400
Panjang : 70.6 meter
Lebar : 64.4 meter
Tinggi : 19.4 meter
Berat : 178 800kg (berat kosong)
Kapasiti : 416 (3 kelas), 660 (1 kelas)
Kelajuan : 912km/jam
Penerbangan pertama : 29 April 1988
Buatan : Boeing (Amerika Syarikat)
- Boeing 777-300
Panjang : 73.9 meter
Lebar : 60.9 meter
Tinggi : 18.5 meter
Berat : 160 500kg (berat kosong)
Kapasiti : 386 (3 kelas), 550 (1 kelas)
Kelajuan : 905km/jam
Penerbangan pertama : 12 Jun 1994
Buatan : Boeing (Amerika Syarikat)
- Airbus A340-600
Panjang : 75.3 meter
Lebar : 63.45 meter
Tinggi : 17.3 meter
Berat : 177 800kg (berat kosong)
Kapasiti : 380 (3 kelas), 440 (1 kelas)
Kelajuan : 881km/jam
Penerbangan pertama : 25 Oktober 1991
Buatan : Airbus (Perancis)
- Boeing 777-200
Panjang : 63.7 meter
Lebar : 60.9 meter
Tinggi : 18.5 meter
Berat : 134 800kg (berat kosong)
Kapasiti : 314 (3 kelas), 440 (1 kelas)
Kelajuan : 905km/jam
Penerbangan pertama : 12 Jun 1994
Buatan : Boeing (Amerika Syarikat)
- Airbus A350-900
Panjang : 66.89 meter
Lebar : 64.8 meter
Tinggi : 17.05 meter
Berat : 134 800kg (berat kosong)
Kapasiti : 314 (3 kelas), 440 (1 kelas)
Kelajuan : 903km/jam
Penerbangan pertama : 14 Jun 2013
Buatan : Airbus (Perancis)
- Airbus A340-500
Panjang : 67.9 meter
Lebar : 63.45 meter
Tinggi : 17.10 meter
Berat : 170 900kg (berat kosong)
Kapasiti : 313 (3 kelas), 375 (1 kelas)
Kelajuan : 881km/jam
Penerbangan pertama : 11 Februari 2002
Buatan : Airbus (Perancis)
- Airbus A340-300
Panjang : 63.6 meter
Lebar : 60.3 meter
Tinggi : 16.85 meter
Berat : 130 200kg (berat kosong)
Kapasiti : 313 (3 kelas), 375 (1 kelas)
Kelajuan : 871km/jam
Penerbangan pertama : 25 Oktober 1991
Buatan : Airbus (Perancis)
- Airbus A330-300 (333)
Panjang : 63.69 meter
Lebar : 60.3 meter
Tinggi : 16.83 meter
Berat : 124 500kg (berat kosong)
Kapasiti : 295 (3 kelas), 440 (1 kelas)
Kelajuan : 871km/jam
Penerbangan pertama : 02 November 1992
Buatan : Airbus (Perancis)
Tags: #10 pesawat penumpang terbesar di dunia #A350-WXB #A380 #A380-800 #airbus #airbus A330 #Airbus A330-300 (333) #airbus A340 #Airbus A340-300 #Airbus A340-500 #Airbus A340-600 #airbus A350 #Airbus A350-900 #airbus A380 #Airbus A380-800 #Aviation #B747 #B777 #boeing #Boeing 747-400 #Boeing 747-81 #Boeing 747-8i #Boeing 777 #Boeing 777-200 #Boeing 777-300 #Boeng 747-400 #daftar pesawat terbesar di dunia #kapal terbang penumpang terbesar di dunia #kapal terbang terbesar di dunia #kapal terbang terbesar MAS #Malaysian Airlines #MAS #MH #MH4 #pesawat penumpang terbesar di dunia #Senarai Lengkap 10 Pesawat Penumpang Terbesar Di Dunia #senarai pesawat terbesar #top 10 #top 10 world’s biggest passenger aircraft