Sesekali berpeluang bercuti atau melancong ke destinasi pilihan dapat merehatkan diri dan menenangkan jiwa.
Namun, percutian yang dirancangkan bertukar menjadi tragedi apabila diserang pelbagai penyakit seperti deman, selsema atau cirit-birit yang sedikit sebanyak menyulitkan perjalanan aktiviti pelancongan anda saat bercuti.
Bagi mengatasinya, inilah 5 ubat-ubatan yang perlu anda bawa saat bercuti ke lokasi pelancongan pilihan. Take a look!
1. Ubat Cirit Birit
Tidak dinafikan, cirit-birit merupakan penyakit yang seringkali dialami oleh para pelancong tanpa mengira jantina, bangsa atau usia. Salah satu punca berlakunya gejala ini adalah masalah percernaan seseorang pelancong yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan yang dinikmati di destinasi pelancongan.
Penulis mengesyorkan agar anda membawa beberapa pakej ubat cirit-cirit iaitu pil Chi Kit Teck Aun yang boleh dimanfaat sekiranya berlakunya masalah cirit-birit saat bercuti. Walaubagaimanapun, jika cirit-birit masih berterusan dalam masa sehari atau dua hari tanpa sebarang penyembuhan, segeralah mendapat rawatan lanjut di klinik-klinik berdekatan lokasi pelancongan anda.
2. Minyak Kayu Putih
Minyak kayu putih sangat baik untuk mengurangkan rasa pening, masuk angin dan mual yang akan menyebabkan mabuk perjalanan. Anda hanya perlu sapukan dibahagian leher, dada dan perut.
Di samping pening dan mual, minyak kayu putih juga boleh digunakan untuk mengubati masalah kembung perut dan gigitan serangga. Meskipun serba boleh, kebanyakan orang tidak menyukai aroma minyak berkenaan. Paling penting, jangan lupa pastikan travel mates anda tidak alah pada bau minyak kayu putih tersebut.
3. Ubat Demam & Selsema
Tidak hanya cirit-birit, masuk angin dan mual, penyakit seperti demam dan selsema juga boleh dijangkiti oleh anda sewaktu melancong. Kebiasaannya, demam dan selsema ini terjadi apabila perubahan suhu dan cuaca persekitaran sama ada sejuk atau panas yang melampau turut menjejaskan tahap kesihatan para pelancong. Oleh itu, jangan lupa untuk membawa ubat demam dan selsema anda. Lazimnya, ubat demam dan selsema yang menjadi pilihan pengguna adalah panadol atau paracetamol. Selain itu, anda boleh juga membawa ubat seperti Antihistamine dan Loratadine.
4. Ubat Luka
Malang tidak berbau! Peribahasa berkenaan acapkali terjadi oleh kita semua lebih-lebih lagi ketika melancong. Sedang seronok bermain di tepi pantai tiba-tiba kaki berdarah dek kerana terpijak kulit cengkerang atau batu tajam. Dengan adanya ubat luka seperti ubat gamat bersama plaster, luka anda boleh diubati dengan segera tanpa perlu mendapat rawatan klinik.
5. Ubat Peribadi
Selain keempat-empat ubat di atas, anda juga diingatkan tidak lupa untuk membawa ubat peribadi seperti vitamin dan supplement tablet yang berkaitan. Maksud ubat peribadi di sini adalah ubat-ubat yang seringkali digunakan anda setiap hari bagi merawat dan mencegah penyakit daripada berulang meskipun tidak pergi bercuti seperti ubat penyakit asma, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Tags: #barang penting semasa travel #Barang Wajib Bawa Semasa Melancong #Checklist Ubat Yang Anda Patut Bawa Semasa Travel #pergi melancong #ubat semasa pergi umrah #Ubat Yang Kau Wajib Bawa Semasa Travel #Ubat Yang Perlu Dibawa Ketika Travel #Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa Ketika Bercuti #Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa Saat Melancong