Amalan Utama Ketika Berada Di Tanah Haram, Makkah & Madinah

Panduan Jemaah Amalan Utama Di Mekah Dan Madinah

Kadangkala kita sering tertanya-tanya apakah amalan utama atau ibadah yang sewajarnya jika kita berada di Tanah Haram? Di sini penulis akan menyenaraikan beberapa amalan terbaik yang boleh dijadikan panduan kepada Jemaah supaya kehadiran kita sebagai tetamu Allah tidak disia-siakan begitu sahaja.

Antara amalan utama yang disyorkan kepada Jemaah jika berada di Tanah Suci (Mekah dan Madinah) adalah seperti berikut :

  1. Mengerjakan solat fardu berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
  2. Mengerjakan solat jenazah (fadilah solat ini sangat besar sehingga pahala diberikan setinggi gunung)
  3. Mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid (2 rakaat) dan solat sunat rawatid (sebelum dan selepas solat fardu)
  4. Mengerjakan solat-solat sunat seperti Solat Duha (dua-dua rakaat satu salam, sekurang-kurangnya 8 rakaat dan maksimumnya 12 rakaat sehari), Solat Taubat, Solat Istiharah dan sebagainya pada siang hari dan Solat Tahajjud pada malam hari, Solat Tasbih, boleh malam atau siang Solat Istiharah, Solat Hajat pada bila-bila masa sahaja.
  5. Membaca al-Quran
  6. Berzikir dan berwirid (jika boleh 1,000 kali sehari setiap satu)
  7. Beristighfar (seboleh-bolehnya sebanyak yang mungkin)
  8. Berdoa (untuk diri sendiri dan untuk orang lain)
  9. Mengerjakan Tawaf Sunat (tujuh keliling dan disudahi dengan solat sunat dua rakaat seboleh-bolehnya di belakang Makam Ibrahim)
  10. Menghabiskan masa di Masjidil Haram (tapi jangan tidur dalam masjid)
  11. Mengambil berkat meminum air zam zam sambil mengadap Kaabah dengan niat yang betul.
  12. Mengerjakan umrah sebanyak mungkin untuk diri sendiri atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia selagi terdaya (Jemaah boleh bermiqat di Tanaim, kerana jaraknya paling dekat dengan Masjidil Haram)
  13. Melakukan kebaikan seperti membantu Jemaah lain yang memerlukan pertolongan, menderma dan banyakkan amalan serta lebih mengimarahkan masjid daripada berada di tempat penginapan atau hotel.
  14. Mengambil peluang berada di kawasan yang mustajab seperti di Raudah Taman Syurga (Masjid Nabawi), kawasan Hijr Ismail (Masjidil Haram), Multazam (Masjidil Haram), Hajarul Aswad (Masjidil Haram), Rukun Yamani dan Makam Ibrahim (Masjidil Haram)
  15. Ketika berada di Masjid Quba’, disunatkan bersolat sunat dua rakaat. Setiap solat sunat dalam Masjid Quba’ beroleh ganjaran pahala seumpama mengerjakan satu umrah. Masjid Quba’ adalah masjid yang pertama didirikan oleh Rasulullah (s.a.w) ketika berhijrah ke Madinah
Loading...

Tags: #aktiviti semasa umrah #amalan di tanah suci #Amalan Di Tanah Suci Membantu Haji Dan Umrah Anda Lebih Produktif #Amalan sedekah di tanah suci #Amalan Yang Lebih Utama Semasa di Makkah #apakah amalan utama di tanah suci #berada di madinah #berada di masjidil haram #Checklist Amalan Di Tanah Suci #ganjaran pahala di tanah suci #Kembara Tanah Suci #Keutamaan dan Adab-adab Saat di Tanah Suci #madinah #makkah #mekah #panduan amalan terbaik di tanah suci #panduan menjadi tetamu Allah #sedekah kepada pekerja mencuci di makkah #solat fardu di masjid nabawi #solat sunat di tanah suci #Tanah Suci Makkah #umrah #umrah dan ziarah

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Leave a reply "Amalan Utama Ketika Berada Di Tanah Haram, Makkah & Madinah"