Cara Menghilangkan Sunburn Pada Kulit & Badan

Cara Menghilangkan Sunburn Pada Kulit & Badan

Melakukan aktiviti dan bekerja dalam masa yang lama di bawah terik panas matahari boleh menyebabkan kulit terbakar atau dikenali dengan suntan dan sunburn. Sunburn biasanya terjadi apabila kita terdedah secara terus di bawah cahaya matahari. Bagi mereka yang kulitnya tidak tahan panas, memang sangat mudah untuk terjadi sunburn.

Apakah itu suntan dan sunburn

Sunburn ialah penembusan cahaya UV ke dalam lapisan kulit yang akan menyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak dari biasa. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Keadaan ini dikenali sebagai suntan.

Suntan ialah petanda bahawa kulit menjadi tidak sihat yang disebabkan oleh tindak balas kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit anda. Sunburn pula ialah proses apabila kulit menjadi terbakar kerana tidak tahan dengan cahaya matahari yang mengenainya. Sunburn selalunya tidak nampak dengan jelas secara serta merta. Sebab kadangkala mengambil masa sehingga 24 jam untuk melihat kesan yang sebenarnya pada kulit.

Jenis-jenis Sunburn

  • Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit menjadi kemerah-merahan disertai dengan rasa sakit.
  • Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan dan disertai rasa sakit.
  • Sunburn tahap ketiga atau berat – Rasa sakit yang kuat pada muka. Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Cara hilangkan sunburn dengan cepat

  1. Sapu lendir dauh lidah buaya (aloe vera)

Daun lidah buaya akan melembapkan kulit anda dan membantu untuk meredakan keradangan akibat sunburn. Ambil daun lidah buaya dan potong untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya ni secara kerap. Bila sudah kering dan sudah meresap ke dalam kulit, ulangi dengan sapu semula lendir ke kulit anda.

  1. Gunakan losyen aloe vera

Gunakan losyen yang mengandungi lidah buaya atau aloe vera. Lidah buaya atau aloe vera ni akan membantu meringankan rasa perit di samping membantu tubuh menghasilkan kulit baru. Losyen aloe vera boleh didapati di farmasi atau mana-mana kedai.

  1. Gunakan tomato

Tomato juga boleh membantu meningkatkan kelembapan kulit yang kering akibat terkena cahaya matahari. Caranya amat mudah. Belah tomato menjadi dua bahagian, kemudian lumurkan pada kulit anda. selain itu, anda juga boleh mengisar tomato dan melumurkan kisaran tomato pada kulit anda yang terkesan oleh sunburn. Biarkan kering dan ulang dengan kerap.

  1. Sapukan krim Hydrocortisone

Krim ini akan membantu mengurangkan keradangan dan rasa gatal pada kulit. Krim ini boleh didapati di farmasi.

  1. Gunakan yogurt asli

Dengan menggunakan yogurt asli dapat membantu melembapkan kulit sekaligus mengurangkan rasa pedih akibat kulit yang menggelupas. Anda boleh jadikan yogurt sebagai masker pada kulit anda.

  1. Gunakan timun dan kentang

Penggunaan timun dan kentang akan membantu meredakan rasa perit, pedih, sakit serta gatal-gatal pada kulit. Kisar isi timun dan kentang. Kemudian lumurkan pada kulit dan biarkan sehingga kering. Kulit anda akan terasa semakin segar dan berseri.

  1. Minum teh hitam atau teh hijau.

Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannin dan komponen lain yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit akibat sunburn.

Loading...

Tags: #Bagaimana Mahu Hilangkan Sunburn Di Muka #Cara Cepat Hilangkan Sunburn Secara Semulajadi #cara hilangkan sunburn pada wajah #cara hilangkan sunburn secara tradisional #cara memutihkan kulit yang terbakar sinar matahari #cara memutihkan wajah belang dengan cepat #cara mengatasi sunburn #cara menghilangkan belang di wajah akibat sinar matahari #cara menghilangkan sunburn #cara merawat kulit akibat sunburn #cara meredakan sunburn #cara nak putihkan muka dalam masa 3 hari #jenis-jenis sunburn #kulit terbakar akibat cahaya matahari #kulit terbakar matahari bagaimana cara memulihkannya #produk hilangkan sunburn #sunburn #Suntan #tahap sunburn #Tips Menghilangkan Sunburn

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.