5 Rahsia Peribadi Wanita Berhijab Yang Jarang Diketahui Ramai!

5 Rahsia Peribadi Wanita Berhijab Yang Jarang Diketahui Ramai!

Dalam Islam, kita diwajibkan menutup aurat masing-masing tanpa mengira jantina sama ada lelaki atau wanita.

Bagi golongan muslimah, mengenakan hijab atau tudung merupakan salah satu cara untuk menutup aura mereka daripada pandangan ajnabi.

Paling menarik, pelbagai jenis, rekaan dan warna tudung di pasaran pada masa kini yang boleh didapati di butik, kedai pakaian atau di atas talian (online) dari harga puluhan hingga ratusan ringgit.

Rahsia Peribadi Wanita Berhijab Yang Jarang Diketahui

Disebalik pemakaian tudung, terdapat 5 rahsia wanita berhijab yang jarang diketahui oleh orang ramai. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila semak artikel dibawah!

1. Jarang Mencuci Rambut

Apabila sudah berhijab, kebanyakkan wanita jarang mencucikan rambutnya secara konsisten. Kebiasaannya, mereka akan mencuci rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali. Malah, ada sesetengah wanita mencuci rambutnya selepas lima hari.

Hal ini kerana rambut yang dilitupi tudung atau hijab membuatkan mereka tidak takut pada Bad Hair Day. Lain pula ketika sebelum memakai tudung. Mereka seringkali mencuci rambut setiap hari agar sentiasa segar, wangi dan kemas.

2. Seringkali Alami Situasi Bad Hijab Day

Jika wanita yang free hair mengalami Bad Hair Day, wanita berhijab pula berdepan dengan masalah Bad Hijab Day. Situasi buruk ini akan dialami oleh wanita apabila memakai tudung daripada material berbeza, tudung berkedut-kedut atau terlalu banyak menggunakan pin/jarum peniti. Penangan Bad Hair Day juga boleh menyebabkan mereka menjadi tidak selesa dan gelisah sepanjang hari.

3. Hanya Pakai Beberapa Warna Sahaja

Setiap wanita berhijab memiliki pelbagai variasi warna tudung di dalam almari mereka. Sayangnya, sesetengah daripada mereka hanya memakai beberapa warna tudung sahaja seperti hitam, biru gelap dan coklat. Bahkan, ada yang hanya memakai tudung dengan warna kesukaan masing-masing biarpun terpaksa mencucikannya setiap hari demi mendapatkan keselesaan diri.

4. Hadapi Situasi Pekak Buat Seketika Waktu

Akibat memakai hijab yang tebal atau inner (anak tudung) yang ketat, boleh menyebabkan si pemakai berasa panas, tidak selesa dan menjadi pekak secara tiba-tiba. Pekak di sini tidak bermaksud pekak yang sebenarnya cuma tidak mendengar tutur kata orang di sekeliling. Pendengaran menjadi kurang jelas dek kerana telinga tertutup rapat oleh inner atau tudung yang dipakai.

5. Miliki Rambut Yang Cantik & Sihat Disebalik Hijab

Biarpun jarang sekali mencuci rambut, hampir semua wanita bertudung di luar sana memiliki rambut yang cantik, sihat dan hitam bersinar disebalik hijab mereka. Ianya mungkin disebabkan tidak terdedah dengan sinaran cahaya matahari dan terlindung daripada debu-debu jahat yang boleh menjejaskan kesihatan rambut.

azlan-150x150 5 Rahsia Peribadi Wanita Berhijab Yang Jarang Diketahui Ramai!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Fakta Disebalik Wanita Berhijab #Fakta Disebalik Wanita Bertudung #Fakta Tentang Wanita Berhijab Yang Jarang Diketahui Orang Ramai #Fakta Wanita Berhijab #memakai tudung #muslimah beauty instagram #muslimah berhijab #muslimah fashion tips #Rahsia Disebalik Wanita Berhijab #Rahsia Disebalik Wanita Bertudung #Rahsia Wanita Berhijab #Rahsia Wanita Berhijab Yang Jarang Diketahui Orang Ramai #style muslimah simple #stylish muslimah fashion #trendy muslimah fashion #wanita berhijab #wanita bertudung

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.