Tidak hanya bersandarkan pada bakat semata-mata, rupa paras yang kacak bergaya dan cantik jelita menjadi salah satu bonus buat pelaku seni untuk melonjakkan nama masing-masing di arena seni hiburan negara.
Sedar atau tidak, selebriti Malaysia sama ada penyanyi, pelakon, pengacara atau model yang berwajah kacukan atau Pan Asia kelihatan lebih mudah untuk mendaki tangga populariti dan mendapat tempat dihati para peminat tempatan.
Untuk kali ini, penulis senarai 6 selebriti wanita Malaysia yang memiliki darah kacukan. Here the are!
1. Neelofa
Selepas menjuarai program Dewi Remaja 2009/2010, jenama bintang bernama Neelofa ini semakin gah di persada seni hiburan tanah air. Bukan sahaja cantik bak bidadari, anak jati Kelantan ini juga merupakan salah satu selebriti wanita yang versatil dan mempunyai karisma tersendiri.
Seperti yang anda semua tahu, aktres drama bersiri Suri Hati Mr Pilot dan Red Velvet ini berdarah kacukan Melayu di sebelah ayah manakala Arab dan Pakistan di sebelah ibu tercinta. Selain aktif di bidang lakonan dan pengacaraan, hos Meletop ini turut memiliki empayar perniagaan yang tersendiri dan sukses.
2. Janna Nick
Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik yang semakin meningkat naik iaitu Nurul Jannah Muner atau nama komersilnya Janna Nick. Namanya mula meledak selepas membintangi drama berantai popular, Syurga Nur bergandingan Azrel Ismail dan Erwin Dawson.
Di samping Syurga Nur, figura berdarah kacukan Melayu, Thailand, Cina dan Pakistan ini turut berlakon dalam My Coffee Prince, Dia, Biar Aku Jadi Penunggu dan Kau Aku Kita. Anak jati Kedah ini turut melebarkan sayapnya ke dunia seni suara di mana merakamkan dua buah single berjudul Mungkin Saja dan Akan Bercinta.
3. Maya Karin
Pontianak Harum Sundal Malam, Ombak Rindu, 1957: Hati Malaya, Cun dan Waris Jari Hantu. Itu merupakan antara filem yang telah dibintangi pelakon hebat tanah air, Maya Karin. Wanita berusia 38 tahun ini mula mencipta nama menerusi filem sulung lakonannya berjudul Seri Dewi Malam sekitar 2001.
Sepanjang 16 tahun bergelar anak seni, ‘Ratu Filem Seram’ yang mewarisi darah kacukan Melayu (ibu) dan Jerman (ayah) ini pernah dianugerahkan Pelakon Filem Terbaik Filem di Anugerah Skrin (ASK) 2006 dan Pelakon Komedi Wanita Filem Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2014. Untuk 2018, penyanyi lagu Teka-Teki akan muncul dengan filem seram terbaharunya iaitu Munafik 2.
4. Izara Aishah
Sejak dikenali menerusi drama bersiri terkenal, Vanila Coklat, nama pelakon Izara Aishah mula menjadi sebutan dan digilai ramai peminat. Memilih jalan seni sebagai periuk nasi, wanita berusia 25 tahun ini sudah tujuh tahun berkelana dalam industri seni hiburan Malaysia. Beri apa sahaja watak, anak jati Johor Bahru, Johor ini akan cuba membawanya dengan cara tersendiri.
Sebelum mencipta sebagai sebagai anak wayang, bakat wanita berdarah kacukan Melayu di sebelah ayah dan Pakistan di sebelah ibunya ini dicungkit menerusi program pencarian Dewi Remaja 2009/2010 yang menobatkan dirinya sebagai naib johan pertandingan tersebut.
Meskipun masih hijau dalam bidang lakonan, figura cantik molek bernama Sarah Hildebrand kini giat menerpa namanya di arena seni hiburan tempatan. Kelibat wanita berdarah campuran Melayu, Jerman dan Amerika Syarikat ini mula mendapat perhatian para peminat tanah air selepas membintangi drama berantai popular, Suami Tanpa Cinta.
Kekasih hati Nabil Mahir ini juga tidak mensia-siakan bakat terpendam dalam dunia pengacaraan di mana telah mengendalikan beberapa program televisyen seperti Tumit Tinggi (RTM) dan #OhMyGee (HyppTV). Bakat wanita tinggi lampai ini digilap menerusi program pencarian selebriti iaitu Gadis Muka Dua.
Sasqia Dahuri atau nama lengkapnya Norlisasqia Ahmad Dahuri merupakan antara salah seorang pelakon wanita popular yang sinonim dengan watak-watak antagonis. Seringkali disogok dengan karakter yang jahat, kejam dan penuh kebencian, aktres drama Abang Bomba I Love U, Misteri Wan Peah dan Jurnal Suraya ini tetap positif serta menganggapnya sebagai rezeki yang tertulis buat dirinya sebagai anak seni.
Berdarah campuran Melayu, Pakistan dan Thailand, anak sulung daripada tiga beradik ini turut menjalan perniagaan berasaskan tudung dan minyak wangi di bawah jenama Sadona by Sasqia sebagai punca pendapatan keduanya.
Tags: #Artis Kacukan Malaysia Yang Cun Melecun #artis malaysia darah campuran #artis melayu mix #Artis Popular Malaysia Berdarah Kacukan #Artis Wanita Malaysia Berdarah Campuran #Images for selebriti wanita Malaysia yang memiliki darah campuran #izara aishah #Izara Aisyah #janna nick #maya karim #maya karin #neelofa #Sarah Hildebrand #Sasqia Dahuri #Selebriti Malaysia Yang Berdarah Kacukan #Selebriti Wanita Malaysia Berdarah Campuran #Selebriti Wanita Malaysia Berdarah Kacukan #selebriti wanita Malaysia yang memiliki darah kacukan