Soal jodoh selalunya menjadi persoalan dan hal yang penting bagi mereka yang masih bujang dan menunggu siapakah yang bakal menjadi teman sejiwa yang akan hidup bersama. Walaupun jodoh seseorang telah ditetapkan, namun setiap insan perlu berusaha dan memilih yang terbaik, bukannya hanya berserah dan menunggu sahaja.
Persoalannya, apabila anda menemui seseorang, apakah petanda bahawa dialah insan yang ditakdirkan sebagai belahan jiwa anda, sebagai teman sehidup semati anda? Berikut adalah 8 petanda seseorang itu adalah jodoh anda.
Petanda Jika Seseorang Itu Adalah Jodoh Anda
Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya keserasian dan kerjasama. Anda dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah anda berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah anda sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup anda.
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh anda adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan anda. Cuba perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya adalah secara bersahaja dan telus?Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda.
Petanda 3
Adanya deria batin dan naluri membuat hati anda berdua dapat selalu saling tahu dan saling memahami. Anda atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan satu sama lainnya pada situasi tertentu. Jika ya, kemungkinan besar dialah destinasi kebahagian anda.
Petanda 4
Bila bersamanya dapat membuat perasaan anda menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat anda merasa bosan. Inilah petanda bahawa anda berdua kelak akan saling terikat.
Petanda 5
Dia selalu ada untuk anda dalam situasi apapun dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati anda baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tidak takut mengalami pasang surut dan suka duka saat bersama. Sekarang, cuba anda ingat kembali, apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala anda dirundung musibah? Adakah dia selalu faham saat emosi anda terganggu? Adakah dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tidak salah lagi, dialah orangnya.
Petanda 6
Dia tidak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga anda, dia tidak peduli dengan masa lalu anda saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tidak malu-malu menceritakan masa lalunya. Nah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima anda seaadanya.
Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan anda tidak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat anda tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat anda bangun tidur atau saat anda sakit dan tidak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada anda tentang kelemahan dan kekurangannya. Jika begitu, anda dan dia memangnya ditakdirkan untuk bersama.
Petanda 8
Bila anda merasakan rahsia anda lebih selamat di tangannya daripada sahabat-sahabat anda yang lain. Atau anda merasa sudah tidak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah, kerana ini bererti pasangan sejati telah anda temukan.
Adakah kelapan-lapan petanda di atas pernah ditemui oleh anda?
Tags: #8 petanda jika seseorang itu adakah jodoh anda #adakah dia jodoh anda? #cari jodoh #cir-ciri jodoh anda #ciri-ciri jika dia adalah bakal pasangan anda #jodoh #mengenal bakal jodoh anda #petanda jika seseorang itu adakah jodoh anda #petanda jodoh #petanda jodoh anda #petanda jodoh semakin hampir #Portal Cari Mencari Jodoh #Siapakah jodoh anda? #tanda dia bukan jodoh kita #tanda dia jodoh kita #tanda dia jodoh kita melalui mimpi #tanda jodoh #tanda jodoh kita semakin dekat #tanda tanda dia jodoh kita #tips mengenal jodoh anda