Tips Pemakanan Lelaki Untuk Menambah Air Mani & Memperbanyakkan Sperma

Tips Pemakanan Lelaki Untuk Menambah Air Mani & Memperbanyakkan Sperma

Bilangan sperma merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari bilangan sperma yang kurang dari tahap normal. Menurut data penelitian untuk lelaki yang normal dan subur, dalam sekali ejakulasi mampu mengeluarkan cairan mani yang banyak iaitu sejumlah setengah sampai satu sudu makan ukuran besar, bahkan mungkin lebih. Jumlah sperma normal dalam 1 ml air mani mengandung 100 juta sel sperma.

Jika dalam sekali ejakulasi jumlah air mani yang keluar kurang dari setengah sudu makan atau hanya sedikit, maka ia disebut menderita hypospermia (sperma kurang). Penderita hypospermia kebiasaannya ketika ejakulasi, sperma yang keluar tidak banyak dan kering, sperma tidak subur dan mudah mati sebelum sampai ke ovum, sel sperma lemah dan tidak aktif. Sperma yang tidak subur hanya mengandung kurang dari 20 juta sel sperma dalam 1 ml cairan mani.

Faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma

Dipetik dari lelakisihat.com, terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti faktor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Antaranya :

  1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
  2. Pengambilan alkohol
  3. Penggunaan laptop di atas riba dalam jangka masa yang panjang
  4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
  5. Merokok
  6. Tekanan
  7. Obesiti
  8. Faktor medikal seperti ‘varicocele’, keradangan pada buah zakar dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidakseimbangan homon, gluten intolerance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

Makanan penambah sperma

Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Berikut adalah beberapa tips pemakanan untuk menambahkan air mani dan memperbanyakkan sperma.

  1. Pisang

Terdapat beberapa buah-buahan yang bermanfaat bagi masalah kejantanan lelaki terutama untuk memperbaiki dan memperbanyak sperma. Salah satunya ialah pisang. Buah pisang dapat membantu memperbanyak produksi sperma selain dapat meningkatkan stamina dan juga tenaga lelaki. Pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma kerana mengandungi Bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzim anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron. Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

  1. Salad Buah

Buah-buahan seperti oren, strawberi dan ceri yang tinggi kandungan anti-oksida sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrien yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-buahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Lelaki yang mengambil sehingga 1000mg Vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan.

  1. Sayuran

Ada beberapa sayuran yang juga bermanfaat bagi menambahkan air mani, terutama sayuran yang banyak mengandungi asid folik seperti bayam, brokoli, asparagus, taugeh, dan labu. Asid folik selain bermanfaat dalam kehamilan isteri juga bermanfaat untuk menambah jumlah sperma lelaki. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dah tinggi motilitinya.

  1. Coklat (Dark Chocolate)

Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis asid amino yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Menurut satu kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.

  1. Jagung

Jagung juga bagus untuk menambahkan kuantiti sperma. Jagung memiliki kandungan asid folik yang mampu membantu meningkatkan produksi sperma.

  1. Buah Delima

Buah delima mengandungi bahan anti-oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti. Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma.

  1. Badam

Selain mengandungi arginine, badam juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, buah badam mengandungi ant-oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain. Badam dapat menguatkan tenaga batin lelaki dan memekatkan air mani. Air mani yang pekat juga akan menguatkan organ zakar. Buah badam sangat baik untuk menguatkan syahwat. Boleh dimakan mentah-mentah atau digoreng, dimakan sebanyak 7 biji setiap hari. Selain itu, ambil 7 biji buah badam,ditumbuk dan dicampurkan ke dalam susu lembu atau susu kambing lalu diminum setiap pagi.

  1. Kismis dan susu haiwan

Selain badam, kismis dan susu haiwan sama ada susu kambing, susu lembu atau susu kerbau juga dapat menambahkan sel sperma dan memekatkan air mani. 7 biji kismis dicampurkan ke dalam susu kambing atau susu lembu dan diminum setiap pagi.

  1. Bawang merah dan bawang putih

Kedua-dua bawang ini elok dimasukkan ke dalam setiap jenis masakan, terutamanya masakan sup atau masakan berebus. Semua jenis bawang boleh memecahkan kolestrol dan membanyakkan air mani. Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

  1. Daging Biri-biri

Makan daging biri-biri dapat memekatkan dan menambahkan air mani. Sekaligus ia dapat menguatkan organ kelakian dan membantu bertahan lama. Daging biri-biri mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan penurunan nafsu syahwat. Pengambilan sebanyak 66mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

  1. Telur

Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar. Kesan anti-oksida vitamin E juga dapat menghalang kesan negatif radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, Vitamin E ini dianggap antara nutrien yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.

  1. Air Kosong

Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.

 

Rujukan :
Zul Faqor, S.U (2009), “99 Keajaiban Khazanah Lelaki”.Cetakan Kedua. Johor Bharu : Pustaka Azhar, lelakisihat.com
IMG_20171206_114610-150x150 Tips Pemakanan Lelaki Untuk Menambah Air Mani & Memperbanyakkan Sperma

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #air mani lelaki #air mani lelaki cair #air mani lelaki keluar sendiri #air mani lelaki najis atau tidak #air mani lelaki yang subur #faktor penyumbang kekurangan sperma #kekurangan air mani #kekurangan sperma #kesan buruk telan air mani #khasiat air mani lelaki untuk muka #makanan penambah air mani #tips pemakanan untuk memperbanyak sperma #tips pemakanan untuk menambah air mani #tips pemakanan untuk menambah air mani dan memperbanyak sperma #warna air mani lelaki

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.