Setiap anak yang baik pasti ingin membahagiakan dan membalas jasa ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan mereka. Sebagai seorang anak yang mengharapkan redha Allah dan redha ibu bapa, anda pasti berusaha agar boleh membahagiakan kedua orang tua anda. Tentu saja keinginan anda juga diinginkan oleh orang lain yang masih memiliki orang tua. Berbagai cara dilakukan agar kedua orang tua anda boleh tersenyum gembira.
Namun kadang kala, ada sesuatu perkara yang anda lakukan sama ada secara anda sedari ataupun tidak boleh membuat kedua orang tua anda tersinggung perasaan atau sedih. Anda tentu saja perlu menghindari perkara-perkara kecil yang boleh menyakiti ibu bapa anda. Berikut adalah perkara-perkara kecil yang boleh menyinggung hati ibu bapa anda.
- Ketika Mereka Meminta Tolong, Anda Menjawab “Nanti”
Ketika ibu bapa anda meminta tolong anda untuk melakukan suatu perkara, tetapi anda menjawabnya dengan kata “nanti”. Meskipun sangat ringkas dan kecil, hal ini boleh menyinggung hati orang tua anda. Mereka akan merasa tidak dihargai oleh anda. Sebagai anak yang ingin membahagiakan orang tua, selagi anda boleh melakukan apa yang orang tua anda minta, maka lakukanlah, jangan menunggu nanti.
- Jarang menelefon Orang Tua
Untuk anda yang berada jauh dari ibu bapa, sama ada disebabkan pendidikan atau pekerjaan, seberapa kerap anda menelefon ibu bapa anda? Terkadang waktu yang sibuk dan jadual anda cukup padat sehingga anda lupa menelefon orang tua. Padahal yang mereka inginkan sangatlah sederhana, mereka hanya ingin mendengar suara anda dan memastikan jika anda baik-baik sahaja. Tetapi terkadang anda lupa menelefon mereka yang hanya memerlukan beberapa minit sahaja.
- Jarang Berbicara Dengan Mereka atau Hanya Sekadar Menyapa
Terkadang rutin anda mungkin begitu padat yang membuat waktu anda habis untuk pekerjaan. Masa bertemu dengan ibu bapa hanya berlalu begitu saja, tanpa sepatah kata terucap. Walaupun tidak ada maksud dalam hati anda untuk menyakiti mereka, tapi mereka akan merasa sakit, mereka merasa tidak dianggap dan tidak dihargai sebagai orang tua. Jadi walau apapun keadaan anda, jaga komunikasi anda dengan ibu bapa, meskipun hanya untuk sekadar menyapa di pagi atau siang hari.
- Jarang Menikmati Masakan Mereka
Kembali lagi kepada masalah rutin seharian anda yang membuat anda begitu sibuk, hingga waktu anda dihabiskan untuk bekerja dan aktiviti di luar rumah. Hal ini membuat anda lebih sering makan di luar dibandingkan menikmati masakan orang tua anda di rumah. Mungkin bagi anda ini hal yang remeh, tapi anda perlu tahu jika terus seperti ini, maka akan semakin menyinggung hati orang tua anda. Sekali-sekali luangkan waktu anda untuk makan bersama dengan ibu bapa anda dan rasakan nikmatnya masakan orang tua anda.
- Tidak Sengaja Memarahi Mereka
Ini adalah salah satu perkara yang paling sering terjadi, mungkin juga sering anda lakukan. Dalam keadaan tertentu, tanpa sengaja anda berbicara dengan nada yang cukup tinggi dengan ibu bapa anda. Ini akan sangat menyakiti dan menyinggung perasaan ibu bapa anda. Sebaiknya anda cuba hindarkan jaga hal ini agar tidak terjadi lagi.
- Malas Membersihkan Rumah
Rutin yang padat kadang-kala membuat anda sedikit melupakan kepentingan rumah. Termasuk hanya sekadar untuk membersihkannya. Perkara ini tentu saja akan menjadi perkara yang menyakiti dan menyinggung perasaan ibu bapa anda. Jika terus terjadi, maka akan muncul rasa tidak dihargai di hati mereka.
- Jarang Meluangkan Waktu Bersama Mereka
Kesibukan yang anda jalani membuat anda kehabisan masa untuk meluangkan waktu bersama dengan keluarga anda. Jika terjadi dalam waktu yang cukup lama, ibu bapa akan merasa tidak dianggap penting, tentu saja perkara ini akan menyakiti dan menyinggung perasaan mereka. Jadi sesibuk mana pun anda, cubalah untuk luangkan waktu sebentar saja untuk boleh menikmati kebersamaan bersama keluarga anda.
Demikian adalah perkara-perkara kecil yang boleh menyinggung hati ibu bapa anda. Setelah anda mengetahui perkara-perkara tersebut, cubalah untuk menghindarinya dan berusaha tidak menyakiti ibu bapa anda, baik dengan sengaja ataupun tidak sengaja. Sebagai seorang anak yang soleh, anda sepatutnya melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
- Mengikut segala arahan dan perintah ibu bapa. Ibu bapa akan sejuk hati jika kata-kata mereka ditaati dan diikuti oleh anaknya.
- Berbicara menggunakan ayat lunak, tentu ibu bapa berasa senang dengan tutur kata anda. Berbanding kalau anak tinggikan suara atau bercakap kasar, ibu bapa mudah tersinggung.
- Berbakti kepada ibu bapa. “Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)
- Pandang mereka dengan penuh kasih sayang dan gembirakan hati mereka dengan selalu senyum dan bermanis muka kerana ia memberi kesan di hati ibu bapa. menurut Nabi SAW, memandang ibu bapa (dengan kasih sayang) adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)
- Hati ibu bapa terhibur jika anak mereka tahu menghormati mereka. Nabi SAW banyak memberi panduan cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk dan perlunya anak membiasakan budaya minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk ke mana-mana.
- Hargai pemberian dari ibu bapa anda. Menghargai pemberiannya sama dengan menghargai dirinya. Oleh itu mereka akan berasa senang hati.
- Jika anak tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan menjenguk mereka.
- Peka dengan apa yang ibu bapa suka atau tidak suka. Jangan buat sesuatu yang anda tahu ibu bapa anda tidak suka. Anda juga tahu apa makanan kesukaan ibu bapa, tempat yang ibu bapa suka pergi dan sebagainya. Ini akan membuatkan ibu bapa anda terhibur.
- Prihatin kesihatan ibu bapa, Belilah makanan dan minuman kesihatan terbaik supaya ibu bapa anda mendapat kesihatan yang terbaik dan beribadah dengan tenang dan selesa.
Semoga dengan menghindari dan melakukan perkara-perkara kecil di atas, anda mampu membuat ibu bapa anda berasa bahagian dan bersyukur dikurniakan anak seperti anda. Selagi anda mempunyai ibu bapa di dunia ini, manfaatkanlah masa yang ada untuk berbakti dan membahagiakan mereka.
Jangan sesekali lupa untuk mendoakan ibu bapa anda setiap hari selepas usai solat fardhu. Semoga anda tergolong sebagai anak yang soleh.
Tags: #adab dengan orang tua #perkara kecil yang melukakan hati orang tua #Perkara Patut Anak Lakukan Agar Hati Ibu Bapa Tidak Tersinggung! #perkara yang membuat ibu bapa gembira #perkara yang menyakitkan hati ibu bapa #perkara yang menyinggung perasaan ibu bapa #tanggungjawab anak kepada ibubapa #tanggungjawab anak terhadap ibu bapa