Petua Melegakan Sakit Tekak

Melegakan Sakit Tekak

Hampir setiap orang, kanak-kanak dan orang dewasa, pernah merasakan sakit tekak. Dalam dunia perubatan, sakit tekak dikenali sebagai faringitis. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus seperti pada kes selsema.

Pesakit sakit tekak kebanyakan kanak-kanak dan remaja. Hal demikian kerana kekebalan terhadap sakit tekak baru tercipta pada usia dewasa. Ketika sakit tekak, ada beberapa gejala selain rasa sakit tatkala menelan makanan, iaitu :

  • Sakit kepala
  • Tonsil yang bengkak akibat radang
  • Kelenjar yang membesar pada leher
  • Selsema
  • Kesakitan otot

Petua Hilangkan Sakit Tekak

Terdapat banyak petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan sakit tekak. Jika anda menghadapi masalah sakit tekak, anda bolehlah mencuba mana-mana petua di bawah ini.

  1. Madu

Sakit tekak boleh dihilangkan dengan mengambil madu. Pada madu yang berasa manis ini terkandung sifat anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak. Cukup sekadar sesudu madu untuk melegakan dan melembabkan kembali rongga tekak anda. Anda juga boleh cuba petua dengan melarutkan sesudu madu, setengah biji lemon ke dalam air suam dan minum.

  1. Air asam jawa

Larutkan asam jawa ke dalam air tanpa campuran gula dan minum. Minum dan insyaAllah anda akan rasa tekak anda kembali segar. Ada juga petua lain iaitu dengan anda bakar sedikit asam jawa hingga hangus, kemudian tumbuk halus-halus dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Selepas siap, anda hanya perlu sapukan di bahagian tekak anda yang sakit.

  1. Air kosong

Perbanyakkan pengambilan air kosong. Tetapi ingat, jangan minum air sejuk atau ais kerana ia boleh memburukkan sakit tekak anda. Air kosong adalah bahan semulajadi yang paling murah dan mudah. Cuba minum air dengan serta-merta apabila anda baru bangun tidur atau sebelum anda makan apa-apa. Selain  mengurangkan rasa sakit di tekak, air kosong juga membantu proses metabolisme tubuh. Oleh itu, kecergasan dan ketahanan badan anda akan menjadi lebih berjaga.

  1. Garam

Mengikut kajian, garam mengandung antiseptik semulajadi yang boleh membunuh bakteria penyebab jangkitan atau keradangan. Petua hilangkan sakit tekak dengan garam adalah sangat mudah. Anda hanya perlu mencampurkan 2 sudu besar garam dengan air suam. Setelah sebati, gunakan penyelesaian untuk berkumur. Lakukan dua kali sehari, selepas bangun pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

  1. Halia

Halia mengandung pelbagai zat untuk melawan jangkitan. Panggang halia dahulu sebelum merebusnya dengan air panas. Untuk hasil yang maksimum, tambah air rebusan halia dengan jus lemon. Ini adalah merupakan ubat semulajadi yang sangat kuat untuk merawat sakit tekak yang disertai dengan batuk dan selsema. Dengan serta-merta, minum apabila herba yang masih hangat. Untuk memberi rasa manis, anda boleh menambah satu sudu besar madu. Elakkan penggunaan gula hingga keadaan anda benar-benar pulih.

  1. Bawang putih

Bawang putih mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-bakteria semulajadi dan mujarab untuk menghilangkan sakit tekak. Caranya, ambil seulas bawang putih segar, potong menjadi dua dan hisap bahagian yang berair. Sebagai alternatif, anda juga boleh minum air bawang putih. Hanya letakkan beberapa ulas bawang putih dalam setengah cawan air dan biarkan semalaman. Minum pada waktu pagi keesokannya.

  1. Air cengkih

Sediakan 1 hingga 3 sudu teh serbuk cengkih. Masukkan ke dalam satu gelas air, kacau hingga sebati. Gunakan air cengkih ini untuk berkumur beberapa kali. Cengkih bersifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi keadaan kurang menyenangkan pada saluran tekak.

  1. Kulit kayu manis

Anda hanya perlu bancuh secawan teh dengan sedikit gula, kemudian campurkan kulit kayu manis ke dalamnya. Mungkin rasanya agak sedikit payau tapi boleh memulihkan kembali sakit tekak, juga untuk penyakit batuk.

  1. Teh hijau

Caranya sangat mudah. Jika pada waktu pagi anda sudah biasa minum teh manis, gantikan minuman anda dengan secawan teh hijau yang ditambah dengan satu sudu madu. Teh hijau sangat berkesan dalam merawat keradangan atau sakit di tekak.

  1. Sup ayam

Sup ayam adalah makanan yang disyorkan untuk mengubati batuk. Malah, sup ayam juga sesuai buat pesakit sakit tekak. Pada bahagian kuah sup ayam terkandung natrium yang boleh melegakan radang tekak.

  1. Air limau atau air lemon

Ambil air masak sebanyak satu gelas. Perah buah limau atau lemon, lalu ambil air perahan sebanyak satu sudu makan. Minum air tersebut sehingga keadaan radang pada tekak anda reda. Limau dan lemon mampu memberi kesegaran pada tekak. Di dalamnya terdapat kandungan astringen yang mampu memulihkan masalah sakit tekak dan hilang suara semulajadi.

Langkah Pemulihan dan Penjagaan Diri Semasa Sakit Tekak

Apabila anda menghadapi masalah sakit tekak, anda disarankan untuk :

  • Jangan banyak bergerak, berehat dan kurangkan aktiviti.
  • Elakkan makanan bergoreng dan berminyak. Anda perlu mengambil makanan yang direbus atau panas sup.
  • Tinggalkan tabiat merokok.
  • Mengurangkan pengambilan kafein. Kandungan kafein dalam kopi atau coklat akan membuatkan tekak anda menjadi kering dan gatal.
  • Elakkan minuman keras dan soda.
IMG_20171206_114610-150x150 Petua Melegakan Sakit Tekak

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #aiskrim vanila ubat sakit tekak #cara hilangkan sakit tekak perit #melegakan sakit tekak #pemulihan dari sakit tekak #penjagaan diri ketika sakit tekak #petua hilangkan sakit tekak #petua hilangkan sakit tekak dan kahak #petua legakan sakit tekak #sakit tekak #sakit tekak berpanjangan #sakit tekak bila menelan #sakit tekak tonsil #tekak kering #tekak luka

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.