5 Manfaat Kecantikan Di Sebalik Masker Putih Telur!

Masker Putih Telur

Selain produk masker segera, masker dari bahan-bahan semula jadi turut diamalkan sebagai rutin kecantikan wanita masa kini.

Salah satunya masker semula jadi yang popular di kalangan golongan Hawa adalah masker putih telur.

Di samping sangat mudah untuk menyediakannya, masker ini boleh dipakai oleh sesiapa sahaja yang inginkan kulit bersih, cantik dan berseri-seri.

Buat tatapan para pembaca, penulis senaraikan 5 manfaat kecantikan disebalik masker putih telur. Take a look!

1. Kecilkan Liang Pori Kulit Wajah

Tahukah anda, Asid Amino dan Enzim yang terdapat dalam putih telur boleh membantu proses peremajaan kulit kita semua. Ini kerana kedua-dua kandungan berkenaan boleh memasuki liang pori serta mengecilkan saiz folikel bagi memperbaiki tekstur dan kualiti kulit wajah jika anda mengamalkan pemakaian masker putih telur.

2. Boleh Bersihkan Kulit

Seperti masker wajah yang lain, masker putih telur secara umumnya boleh membersihkan wajah anda. Kandungan Bio-enzim yang terdapat pada putih telur seperti Lysosim dapat meningkatkan kualiti pembersihan kulit secara mendalam dan semula jadi. Bahkan, enzim ini boleh membasmi kotoran dan minyak pada raut wajah anda.

3. Menegangkan Kulit Wajah

Manfaat ketiga masker putih telur adalah dapat menegangkan kulit wajah anda. Masker putih telur mampu mempercepatkan proses penjanaan semula sel kulit serta membantu dalam mengurangkan penampilan garis halus, kedutan dan tanda-tanda penuaan yang lain.

4. Hilangkan Minyak Berlebihan Di Raut Wajah

Buat yang memiliki masalah kulit berminyak, masker putih minyak boleh menjadi solusi terbaik bagi anda. Untuk info, masker putih telur merupakan salah satu masker kecantikan paling berkesan untuk mengatasi kulit berminyak. Bukan itu sahaja, masker ini juga membantu anda untuk merawat masalah kulit berjerawat sekaligus menghilangkan parut-parut jerawat dan luka di wajah.

5. Menghapuskan Bintik-Bintik Hitam

Manfaat terakhir yang pastinya menjadi salah satu tarikan utama masker putih telur adalah keupayaan dalam menghapuskan bintik-bintik hitam. Seperti yang anda ketahui, gejala bintik hitam terhasil dari liang pori yang terbuka dan kulit berminyak. Jika rajin mengamalkan memakai masker putih telur secara rutin, maka minyak pada kulit wajah semakin terkawal dan bintik hitam secara automatik akan hilang dengan perlahan-lahan. Hebat bukan!

azlan-150x150 5 Manfaat Kecantikan Di Sebalik Masker Putih Telur!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Guna Masker Putih Telur #cara memakai masker putih telur yang benar #kegunaan putih telur #manfaat masker putih telur dan kopi #Manfaat Masker Putih Telur Untuk Kecantikan Diri #masker putih telur ayam negeri #masker putih telur dan jeruk nipis #masker putih telur dan lemon #masker putih telur dan madu #masker putih telur setiap hari #masker putih telur untuk komedo #Petua Cantik Guna Masker Putih Telur

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.