Pertandingan Miss Grand International 2017 melabuhkan tirai apabila menobatkan Maria Jose Lora sebagai juara program tersebut.
Figura cun melecun ini telah menewaskan 76 peserta dari pelbagai negara di pentas akhir yang diadakan di Phu Quoc, Vietnam pada 25 Oktober 2017 lalu.
Selain dikurniakan rupa paras yang cantik jelita, kebijaksanaan dan tutur bicaranya sedikit sebanyak membawa sinar kemenangan menjadi miliknya.
Sesi penyampaian mahkota telah disempurnakan oleh juara tahun lalu iaitu Ariska Putri Pertiwi yang berasal dari Indonesia.
Anak jati Lima, Peru ini bakal bekerja dengan Miss Grand International Organization yang beroperasi di Bangkok, Thailand selama setahun.
Untuk tatapan para pembaca, penulis senaraikan 6 trivia menarik tentang figura berbintang Leo ini. Selamat membaca!
1. Pemenang Miss Grand Peru 2017
Sebelum berentap di pentas Miss Grand International 2017, Maria baharu sahaja memenangi Miss Grand Peru yang telah diadakan pada September lalu. Atas kemenangan tersebut, beliau dipilih untuk mewakili negara kelahirannya di pertandingan ratu cantik berkenaan.
2. Bergelar Model Sejak Usia Belasan Tahun
Ketika berusia 10 tahun, Maria telah berpindah dari Peru ke Florida, Amerika Syarikat. Kemudian, pada usia 17 tahun, beliau pergi ke New York untuk mencuba nasib di arena modeling selama dua tahun. Kerjayanya semakin berkembang ketika berada di Thailand. Setelah tiga bulan menetap di negara gajah putih, Maria kembali ke Los Angeles dan bermastautin di sana selama enam tahun. Selepas itu, si cantik ini pulang ke negara asalnya untuk mengejarkan mimpinya sebagai ratu cantik.
3. Fasih Tiga Bahasa
Tahukah anda, wanita tinggi lampai ini boleh berbicara dalam tiga bahasa. Selain bahasa Sepanyol sebagai bahasa ibunya, Maria juga fasih dalam bahasa Inggeris dan Portugal. Bukan setakat itu sahaja, figura ini kini sedang mempelajari dan menguasai bahasa Itali.
4. Pemilik Agensi Pengurusan Modeling
Wanita ini adalah pengasas bersama agensi pengurusan modeling yang dikenali sebagai La’ Belle Model Management yang berpengkalan di Los Angeles. Bersama rakan kongsinya iaitu Susy Diab, agensi yang dibuka dua tahun lalu ini membantu mengembangkan bakat peragawati dan peragawan untuk mencipta nama di dunia modeling.
5. Suka Membaca Dan Meneroka Cara Hidup Masyarakat Dunia
Dipetik dari laman web Miss Grand International 2017, Maria berkongsi tentang dirinya yang suka membaca dimana buku-buku seperti motivasi dan kemajuan diri adalah kegemarannya. Malah, figura ini mahu mengelilingi dunia serta mengenali cara hidup dan kebudayaan di seluruh negara di muka bumi.
6. Gemar Melakukan Aktiviti Lasak
Demi mengekalkan bentuk badan dan kesihatannya, Maria suka melakukan aktiviti lasak seperti berlatih Muay Thai dan meluncur (surfing) di pantai. Bahkan, wanita ini juga memiliki bakat menari tarian salsa.
Biodata Ringkas Maria Jose Lora
Nama Penuh: Maria Jose Lora
Umur: 27 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1990
Zodiak: Leo
Asal: Lima, Peru
Kerjaya: Model & Ahli Perniagaan
Ketinggian: 180.0 cm
Berat: 55 kg
Laman Media Sosial Maria Jose Lora
- Facebook: www.facebook.com/mjlora111
- Instagram: www.instagram.com/mariajoseloral
Foto Menarik Maria Jose Lora
Tags: #Biodata Maria Jose Lora #Biodata Miss Grand Internasional 2017 #Fakta Disebalik Maria Jose Lora #Kenali Maria Jose Lora #Maria Jose Lora #maria jose lora instagram #Maria Jose Lora Miss Grand Internasional 2017 #maria jose lora miss peru #maria jose lora wikipedia #Miss Grand Internasional 2017 #miss peru 2017 #Trivia Menarik Maria Jose Lora