Anak-anak perlu diterapkan dengan tabiat menggosok gigi kerana ia adalah perkara yang sihat untuk menjaga kebersihan mulut dan giginya. Apabila usia anak semakin bertambah dan sudah mula memakan berbagai jenis makanan, maka menggosok gigi menjadi satu keperluan harian.
Makanan manis dan makanan ringan yang dimakan si kecil akan dapat merosakkan kesihatan gigi mereka dan dapat menimbulkan masalah gigi berlubang, gigi berwarna hitam dan mulut berbau. Oleh itu, memujuk dan mendisiplinkan anak-anak menggosok gigi secara teratur adalah perkara yang penting.
Menggosok gigi adalah sesuatu yang menyenangkan. Tetapi tidak bagi anak-anak yang enggan jika gigi mereka diusik. Ada si kecil yang takut dan mula meragam apabila anda ingin menggosok gigi mereka. Mengajar anak menggosok gigi bukanlah perkara yang mudah dan anda harus pandai dan sabar dalam proses ini. Berikut adalah beberapa tips dan cara memujuk anak menggosok gigi.
- Ajar anak sejak usia awal
Membiasakan menggosok gigi pada anak akan lebih mudah jika anda melakukannya sejak usia awal. Anda boleh melakukannya sejak anak masih bayi dan ketika anak belum memiliki gigi. Anda boleh mulai membasuh gusi-gusi lembutnya dengan tisu basah atau kain lembut setelah anak selesai menyusu atau makan. Di usia ini anak belum disyorkan untuk menggunakan ubat gigi. Setelah anak berusia dua tahun, barulah anda mula memberikan ubat gigi dan mengajarnya menggosok gigi secara rutin.
- Bercerita dan menjelaskan tentang pentingnya menggosok gigi
Berulanglah bercerita atau memberi contoh kepada mereka akibat tidak menggosok gigi. Jelaskan pada anak pentingnya menggosok gigi untuk membasmi bakteri atau kumpulan plak yang bersarang pada gigi yang dapat mengakibatkan kerosakan gigi. Anda perlu kreatif dan berceritalah dengan sebaik-baiknya agar anak-anak sedikit faham pentingnya bagi mereka menjaga kesihatan gigi. Dengan cara ini, si kecil akan tertarik untuk menggosok gigi dan merawat kebersihan giginya.
- Biarkan anak memilih berus gigi dan ubat giginya sendiri
Agar anak lebih berminat mahu menggosok gigi, maka biarkan mereka menentukan ubat gigi dan berus gigi seperti apa yang mereka inginkan. Berus gigi dengan bentuk dan warna-warna cantik banyak tersedia di super market, maka ajaklah anak untuk memilih salah satunya yang mereka inginkan. Dengan demikian mereka akan lebih bersemangat untuk menggosok gigi.
- Memberikan ganjaran
Selain tu anda boleh juga menanamkan minat anak-anak menggosok gigi degan memberi hadiah dan ganjaran. Contohnya, jika selepas anak menggosok gigi, mereka akan diberikan ganjaran untuk dibawa bermain di taman permainan dan apa sahaja yang anda rasa sesuai. Yang penting cuba bina minat anak-anak anda untuk memberus gigi setiap kali mandi.
- Menggosok gigi bersama-sama
Mengajarkan anak untuk menggosok gigi tidak cukup hanya dengan teori, anak juga perlu mengetahui jika orang tuanya melakukan hal yang sama. Untuk itu, tidak ada salahnya jika anda menunjukkan contoh kepada anak ketika menggosok gigi. Saat menggosok gigi bersama, anda boleh mengajar dan menunjukkan mereka tentang cara menggosok gigi yang betul agar anak terbiasa untuk menggosok gigi dengan betul. Jadikan tabiat menggosok gigi sebagai aktiviti yang menggembirakan bagi anda dan anak-anak, supaya mereka berasa seronok dan ingin mengulanginya.
Rujukan : https://bidanku.com http://lovelyadlinalin.blogspot.my (2014)
Tags: #ajar anak gosok gigi semenjak kecil #cara memujuk anak menggosok gigi #cara menanam minat anak menggosok gigi #cara mudah ajar anak gosok gigi #cara pujuk anak gosok gigi #memupuk anak menggosok gigi #mengatasi anak yang malas menggosok gigi #menjaga kesihatan gigi