5 Perkara Boleh Membuatkan Wanita Tidak kelihatan Menarik Di Mata Lelaki!

5 Perkara Boleh Membuatkan Wanita Tidak Kelihatan Menarik Di Mata Lelaki!

Setiap lelaki mempunyai pandangan berbeza-beza terhadap wanita yang ingin dicintai mereka.

Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah baik hati, lemah-lembut, bijak, berdikari, pandai memasak dan banyak lagi.

Namun, terdapat perkara-perkara lain yang membuatkan si teruna tidak jatuh hati kepada kamu.

Ladies, ternyata 5 perkara ini buat anda tidak kelihatan menarik di mata lelaki! Let’s find out!

1. Ingin Tahu Yang Keterlaluan

Pertama, perasaan ingin tahu yang keterlaluan boleh menjadi salah satu penyebab kenapa golongan lelaki tidak tertarik pada anda. Malah, semangat ingin tahu dalam segala hal mengenai dirinya ketika temu janji pertama membuatkan kaum Adam berasa kurang selesa dan sedikit tekanan terutamanya apabila ditanya tentang bekas kekasih atau kisah silam.

2. Suka Bersaing

Sikap suka bersaing dan tidak mengaku kalah terutamanya dengan jantina bertentangan boleh membuatkan anda kurang menarik di mata lelaki. Mereka akan menilai anda sekiranya terlalu tertumpu pada sesuatu dan dikhuatiri timbul rasa sentiasa ingin menang.

3. Berfikiran Negatif

Kepala anda dipenuhi pemikiran yang negatif terhadap semua orang termasuklah tentang kaum lelaki. Ladies, anda disarankan mencuba meninggalkan kebiasaan ini seandainya berhasrat untuk menjalinkan hubungan yang serius dengan seseorang manusia bergelar lelaki. Paling penting, selidik dahulu sebelum berfikiran buruk terhadap pasangan anda daripada meneka sesuatu yang tidak baik.

4. Suka Menyindir

Apabila bergurau dengan kawan-kawan, anda seringkali menggunakan kata-kata sindirin untuk memeriahkan suasana. Sayangnya, saat ingin menarik perhatian kaum lelaki dengan gurauan sindiran sebenarnya membuatkan anda kelihatan sombong dan jahat buat mereka. Bahkan, mereka akan berfikir bahawa anda seorang yang kurang menarik dan berasa kasihan pada anda.

5. Sering Menghantar Mesej

Menghantar mesej ringkas menerusi SMS atau WhatsApp terlalu kerap menjadikan anda kelihatan menjengkelkan dan dianggap berlebihan di mata lelaki. Kebanyakan lelaki akan berasa rimas dan tidak menyukai perbuatan ini lebih-lebih lagi dilakukan oleh golongan wanita.

azlan-150x150 5 Perkara Boleh Membuatkan Wanita Tidak kelihatan Menarik Di Mata Lelaki!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Kebiasaan Wanita Yang Tidak Menarik Pada Lelaki #5 Perkara Tentang Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki #cara lelaki memandang wanita #cara memikat hati lelaki pemalu #Cara Untuk Nampak Lebih Menarik #perempuan comel di mata lelaki #perkara tidak disukai lelaki #Perkara Yang Dibenci Lelaki Terhadap Wanita #rahsia pandangan mata lelaki terhadap wanita #Tip Menjadi Individu Menarik #wanita pendiam di mata lelaki

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.