Tips Memilih Buah Tembikai Masak Ranum & Manis

Tips Memilih Buah Tembikai Masak Ranum & Manis

Tembikai atau nama botaninya Citrullus lunatus juga dikenali dengan nama Timun Cina di Pantai Timur dan Semangka di Indonesia. Ia merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam keluarga Cucurbitaceae (Wikipedia, 2016)

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Walaupun tembikai mudah untuk didapati di pasaran, namun satu masalah yang sering timbul ialah bagaimana untuk memilih tembikai yang masak ranum, dengan rasa yang manis dan berjus. Kadangkala apabila membeli tembikai, isinya tidak seperti yang dijangkakan. Warna yang tidak merah terang dan rasa yang tawar.

Masih ramai yang tidak tahu bagaimana cara-cara untuk memilih buah tembikai yang masak ranum dan semestinya tembikai yang manis adalah pilihan semua. Usah risau, berikut adalah beberapa tips untuk memilih buah tembikai yang masak ranum.

  1. Perhatikan tangkai tembikai

Tangkai yang kering bermakna tembikai telah matang sempurna dan jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum matang. Jika tembikai datang dengan sedikit bahagian tangkainya yang menyambungkan buah pada pokok, cuba tarik atau buangkanya. Jika ia sukar tertanggal, ini menunjukkan buah tembikai tersebut masih belum cukup masak.

  1. Lihat permukaan kulit tembikai

Kaedah kedua ialah dengan melihat permukaan kulit tembikai. Jika ia sudah masak ranum dan sedia untuk menjadi hidangan, ia tidak berkilat dan dan permukaan kulitnya lebih kesat. Sebaliknya bagi yang masih belum cukup masak. Permukaanya berkilat dan licin.

  1. Lihat bahagian kuning

Area kuning pada kulit tembikai adalah tempat dimana tembikai terletak di atas tanah. Tembikai yang matang sempurna akan berwarna kuning krim dan kadangkala oren. Jika kawasan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.

  1. Perhatikan Ukurannya

Pilihan terbaik dalam memilih tembikai adalah tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Tembikai yang matang akan lebih berat dari ukurannya. Pilihlah tembikai yang berat berbanding dengan saiznya.

  1. Perhatikan Bentuk Corak Sesawang

Guratan pada kulit tembikai yang kelihatan seperti sesawang adalah disebabkan lebah yang menyentuh serbuk debunga berulang kali ketika tembikai masih dalam bentuk bunga. Makin banyak jaringan bermaksud makin manis tembikai.

Rujukan :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tembikai (2016)
https://www.whataboutwatermelon.com/
Loading...

Tags: #5 Teknik Pilih Buah Tembikai Manis #buah tembikai #cara beli tembikai #Cara Nak Pilih Buah Tembikai Manis #Cara Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Terbaik #Pilih Buah Tembikai Yang Manis dan Terbaik #semangka #timun cina #Tip Memilih Buah Tembikai Yang Ranum Dan Sedap #Tips Bagaimana Untuk Pilih Buah Tembikai Yang Manis #tips memilih tembikai yang manis #tips memilih tembikai yang masak ranum #tips memilih tembikai yang tiptp #tips memiloh tembikai yang matang #tips pilih tembikai merah dan manis #Tips Pilih Tembikai Yang Manis Dan Baik

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.