Kenali Perbezaan 6 Jenis Lipstik Yang Terdapat Di Pasaran!

Produk Lipstik

Industri produk kecantikan seperti alat solek semakin berkembang pesat di seluruh dunia tanpa mengira jenama atau harga.

Seiring dengan perubahan teknologi masa kini, reka bentuk dan tekstur lipstik atau gincu semakin bervariasi mengikut selera si pemakai.

Bahkan, terdapat banyak istilah baharu yang unik ditemui jika anda membeli lipstik di kedai atau butik-butik kecantikan berdekatan.

Daripada binggung, apakata kita mengenali perbezaan 6 jenis lipstik yang terdapat di pasaran hari ini. Check it out!

1. Matte

Lipstik jenis matte mempunyai liputan (coverage) yang sangat tinggi, tahan lama dan tidak berkilauan. Malah, lipstik ini menjadikan bibir kelihatan sedikit berisi jika dikombinasikan dengan lip liner. Sayangnya, lipstik matte ini membuatkan bibir menjadi cepat kering dan tidak sesuai buat anda yang memiliki bibir kering.

2. Satin

Lipstik satin kelihatan sama seperti matte tetapi terasa sangat lembap apabila memakainya. Kalau anda memiliki bibir yang kering, lipstik jenis ini sangat sesuai untuk digunakan. Jika dibanding dengan matte, satin mempunyai coverage yang lebih rendah sehingga perlu memakainya berulang kali. Paling penting, anda tidak perlu lagi memakai lip balm jika menggunakan lipstik satin kerana ianya mengandungi pelembap tersendiri.

3. Cream

Sementara itu, lipstik jenis cream mempunyai tekstur yang berkrim dan wax dimana sangat lembut dan ringan apabila dipakai pada bibir anda. Meskipun terdapat pigmentasi yang tinggi, lipstik ini sangat tahan lama dan terasa lembap.

4. Glossy

Untuk info, lipstik atau lip gloss yang kelihatan glossy biasanya mengandungi minyak yang lebih banyak berbanding lipstik-lipstik lain sehingga membuatkan bibir menjadi berkilau. Lipstik jenis glossy juga memiliki kelembapan yang tinggi dan sangat bagus buat anda yang mengalami bibir kering. Antara ciri-ciri lip gloss adalah mempunyai warna yang lembut dan mudah hilang atau luntur.

5. Frosty

Pada hari ini, lipstik frosty lebih dikenali sebagai lipstik metallic kerana ternampak seperti kilauan metallic. Lazimnya, lipstik frosty mempunyai pelembap yang sedikit lalu membuatkan bibir anda cepat kering. Oleh itu, dahulukan memakai lip balm sebelum memakai lipstik frosty.

6. Lip Stain/Lip Tint

Realitinya, lip stain atau lip tint sangat berbeza dengan lipstik-lipstik yang lain di atas. Lipstik ini diperbuat daripada air, gel dan alkohol. Apabila diaplikasikan pada bibir, warna lipstik tersebut kelihatan seolah-olah menjadi seperti warna asal bibir si pemakai walaupun teksturnya sangat cair. Disebabkan mengandungi alkohol, membuatkan bibir anda cepat kering.

azlan-150x150 Kenali Perbezaan 6 Jenis Lipstik Yang Terdapat Di Pasaran!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #jenis jenis lipstik wardah #jenis lipstik dan gambarnya #jenis lipstik untuk bibir hitam #jenis lipstik untuk bibir kering #jenis lipstik yang bagus untuk bibir tebal #Jenis-jenis Lipstik #Jenis-Jenis Lipstik dan Cara Penggunaannya yang Perlu Wanita Tahu #Jenis-Jenis Lipstik Di Pasaran #Jenis-jenis Lipstik Untuk Mempercantik Bibir Wanita #Kenali 7 Jenis Lipstik Ini dan Cara Pengaplikasiannya #Kenali Jenis Gincu Di Pasaran #macam macam lipstik maybelline #macam macam lipstik pixy #macam warna lipstik natural #Perbezaan Produk Lipstik Di Pasaran #Produk Gincu Yang Wajib Diketahui Wanita #produk lipstik

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.