Tips Mudah Harumkan Bilik Tidur Supaya Tidak Berbau Hapak

Hilangkan Bau Bilik Yang Busuk

Bilik tidur yang selesa bukan sahaja bersih dari habuk dan kotoran malahan berbau wangi dan menyegarkan.

Namun, longgokan buku lama, pakaian kotor atau sampah-sarap yang terbiar akan menimbulkan bau busuk dan kurang menyenangkan.

Tahukah anda, terdapat banyak bahan semula jadi di sekililing kita yang boleh digunapakai untuk mewangikan bilik tidur.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai tips harumkan bilik tidur dengan menggunakan bahan semula jadi. Check it out!

1. Daun Pandan

Tidak dinafikan, daun pandan menghasilkan wangian yang harum terutamanya jika digunakan di dalam bilik tidur anda.

Cincang beberapa helai daun pandan sehingga halus bersama beberapa kuntum bunga-bungaan dan dijadikan seperti pot pouri. Setelah siap, boleh gantung atau letakkan di dalam bilik tidur supaya wangian yang terhasil meresap di seluruh kamar anda. Paling penting, aroma daun pandan tidak disukai serangga seperti lipas.

2. Buah Limau Pulut

Selain mengatasi masakan kesihatan dan kecantikan rambut, buah limau purut boleh digunakan sebagai pewangi bilik tidur kita semua.

Semudah ABC, anda hanya perlu memotong beberapa biji buah limau purut lalu diletakkan di dalam bilik tidur anda. Biarkan selama 3 hingga 4 jam, pastinya bilik tidur anda akan wangi dan menyenangkan.

3. Daun Pudina

Daun pudina memiliki banyak manfaat buat kita semua. Selain memberikan kesegaran dalam minuman, daun ini juga digunakan untuk mengharumkan kamar tidur.

Caranya, rendamkan beberapa helai daun pudina di dalam bekas berisi air di dalam bilik tidur anda. Biarkan selama beberapa jam, wangian pudina yang menyegarkan akan menyelubungi di segenap ruang bilik tidur anda.

4. Bunga Cengkih & Kulit Kayu Manis

Siapa sangka, bunga cengkih dan kulit kayu manis dapat mengatasi bau yang kurang menyenangkan di dalam bilik tidur anda.

Rebus segenggam kulit kayu manis bersama-sama bunga cengkih sehingga mendidih. Setelah siap, ketepikan dahulu air rebusan tersebut sehingga sejuk.

Gunakan air rebusan bunga cengkih dan kulit kayu manis ini sebagai sabun pembersih dengan mengemop lantai dan kabinet di sekeliling bilik tidur anda. Pastinya, haruman rempah ratus air rebusan ini membangkitkan rasa ketenangan dan kesegaran buat anda.

azlan-150x150 Tips Mudah Harumkan Bilik Tidur Supaya Tidak Berbau Hapak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bilik tidur berbau #cara buat pewangi bilik #cara membuat pewangi rumah sendiri #Petua Wangikan Bilik Tidur Anda #pewangi tandas #Tips Bilik Tidur Harum #Tips Harumkan Bilik Tidur Anda

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.