Cara Memerdukan Suara & Memanjangkan Nafas Untuk Menyanyi!

Merdukan Suara, Tips Menyanyi

Bagi seseorang yang suka menyanyi, untuk mendapatkan vokal yang baik, ianya memerlukan kawalan suara dan nafas yang agak panjang. Terutama bila masuk ke peringkat-peringkat korus yang memerlukan pitching dan nada yang tinggi, semestinya memliki nafas yang panjang menjadi penentu sama ada anda dapat membawa sesebuah lagu itu dengan baik ataupun tidak.

Sebagaimana atlet yang berlari dalam acara 400 meter, mereka yang mampu mengawal pernafasan dan mempunyai stamina yang tinggi, akan dapat berlari dengan lancar tanpa masalah. Sedangkan yang tidak pandai mengawal pernafasan pula, akan tertewas di pertengahan acara.

Tips Memanjangkan Nafas Untuk Menyanyi

1. Tahan Nafas

Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung adalah dada. Teknik yang efektif dalam memanjangkan adalah teknik pernafasan perut. Bukan pernafasan dada.

Setiap hari, lakukan latihan menahan nafas (nafas perut). Contohnya, hari ini anda dapat menahan nafas selama 20 saat, esok pula 20 saat dan begitulah seterusnya. Atau anda boleh mengikut cara orang lama, iaitu tahan nafas dalam air seperti dalam kolam atau sungai selama mungkin. InsyaAllah jika kerap berlatih, nafas anda akan menjadi panjang.

Cara kedua pula, senaman tarik-tahan-teluar. Mula-mula, tarik nafas(nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga perut penuh, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembus sedikit demi sedikit selama 10 saat. Kemudian tambahkan kadar pada keesokan harinya pula seperti menjadi 15 saat, 20 saat dan seterusnya.

2. Jaga Pemakanan

Selain itu, pemakanan dan peminuman juga perlu dijaga. Jamal Abdillah ada berkongsikan tips, ketika beliau hendak membuat persembahan, biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan makanan-makanan pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan nafas menjadi pendek serta semput

3. Rajinkan Bersenam (Lakukan 3 kali seminggu, 20 minit bagi setiap sesi)

Dengan bersenam akan menjadikan badan cergas, pernafasan pun akan menjadi teratur. Jika anda malas bersenam, nafas akan cepat semput. Selalulah jogging pada waktu pagi supaya anda menjadi fit and fresh. Cara-cara berjogging adalah seperti berikut :

  • Mulakan latihan pertama dengan jogging dengan kelajuan biasa selama 20 minit. Kemudian latihan kedua tambahkan 5 minit, dan seterusnya.
  • Bila anda sudah selesa dengan cara pertama, tambahkan kaedah pecut dalam latihan tersebut. Contohnya anda pecut selama 2 minit selepas jogging selama 10 minit.
  • Sebelum melakukan latihan, bernafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas ikut hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik ikut hidung dan menghembus ikut mulut.
  • Untuk memudahkan latihan, lakukan senaman pada waktu pagi dan waktu terbaik adalah selepas solat subuh.
  1. Jeritan Batin

Ambil baldi atau pergi ke sungai, tarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian masukkan kepala ke dalam air tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari, kemudian cuba nyanyikan lagu yang bertempo panjang.

Suara yang bagus pasti kita semua menginginkannya apalagi bagi seseorang yang hobby membaca Qur’an, berikut ini cara-cara agar anda memiliki suara bagus tersebut.

Tips Mengasah & Mermerdukan Suara

1. Menjernihkan Kerongkong

Selepas bangun dari tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi kerana apabila anda sudah memberus gigi, lendir itu akan susah untuk keluar.

2. Titiskan Air

Titiskan air dalam lubang hidung. Lendir dalam hidung dan berdekatan kerongkok akan keluar.

3. Minum Air Suam

Biasakan diri untuk minum air suam pada waktu malam. Jangan terus diminum air tersebut, kumurlah dahulu air suam itu, kemudian lepaskan ke dalam perut sedikit demi sedikit sehingga dapat dirasakan di kerongkong.

4. Jaga Pemakanan dan Minuman

Jangan mengambil makanan yang banyak minyak dan bersantan. Jangan minum air berais (air sejuk) dengan kerap dan terlalu banyak. Banyakkan minum air mineral yang suam sahaja. Kurangkan minuman yang berkafein seperti teh dan kopi.

5. Latihan Vokal

Lakukan latihan vokal dengan menyanyikan lagu yang memiliki nada rendah. Ketika menyanyi, keluarkan suara dengan jelas tanpa ditahan. Menyanyi dengan kuat agar pita suara terbiasa dan dapat melebar.

Seterusnya, nyanyikan tanda nada do, re, mi, fa, so, la, ti, do dalam nada rendah. Kemudian nada sederhana dan akhir sekali nada maksimum(seperti menjerit), agar pita suara menjadi elastik dan anda terbiasa dengannya.

Akhir sekali, biasakan untuk menyanyi lagu yang bernada tinggi (lagu rock). Mula-mula anda akan rasa susah, tapi lama-kelamaan mesti akan terbiasa. Lakukan latihan vokal ini minimum satu jam sehari agar suara menjadi lebih mantap.

IMG_20171206_114610-150x150 Cara Memerdukan Suara & Memanjangkan Nafas Untuk Menyanyi!

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara memanjangkan nafas #cara membaguskan dan meringankan suara dengan minuman #cara membaguskan suara #cara membaguskan suara dengan cepat #cara membuat suara merdu #cara memerdukan suara #cara memerdukan suara dalam 1 minggu #cara menyanyi dengan betul #cara tinggikan suara nyanyian #memerdukan suara menyanyi #ramuan agar suara merdu #tips memanjang nafas nyanyian #tips memanjangkan vokal #tips memerdukan suara #tips memerdukan vokal #tips menyanyi

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.