Cara Menyimpan Ikan Supaya Kekal Segar Dan Tahan Lama

Tips Simpan Ikan Dalam Peti Sejuk

Bagi anda yang sibuk dan berkerjaya, pastinya menjadi masalah untuk ke pasar setiap hari bagi membeli lauk basah seperti ayam, daging dan ikan.

Oleh sebab tu, bagi yang tidak mempunyai kesempatan masa, membeli lauk mentah dalam kuantiti yang banyak sekali atau dua kali seminggu adalah cara terbaik bagi anda.

Namun, lauk mentah yang dibeli haruslah disimpan dengan cara yang betul supaya tahan lebih lama dan tidak busuk.

Pada pos kali ini, penulis ingin berkongsi cara-cara untuk menyimpan ikan di dalam peti ais supaya tahan lebih lama.

Ikan segar perlu disimpan dengan cara yang betul supaya rasa, zat dan nutrisinya tidak hilang.

Langkah pertama yang paling penting ialah bersihkan dan cuci dahulu dengan air. Sebagai muslim, kita seharusnya makan makanan yang bersih. Apabila mencuci semua ikan, sebaiknya sambil berselawat. Proses mencuci ini akan memudahkan kita apabila hendak memasak. Tetapi terdapat juga cara yang tidak memerlukan langkah ini terlebih dahulu bagi mengekalkan rasa manis dan sedap ikan.

Cara Menyimpan Ikan Supaya Kekal Segar Dan Tahan Lama

Cara 1 : Balut Dengan Surat Khabar

  1. Siang ikan dan bersihkan secara biasa.
  2. Biarkan ikan kering dan masukkan ke dalam beg plastik.
  3. Balutkan dengan surat khabar lama.
  4. Simpan di bahagian sejuk beku.

Cara 2 : Masukkan Air

  1. Siang ikan dan cuci sehingga bersih.
  2. Susun ikan di dalam bekas.
  3. Masukkan air dan limau sehingga memenuhi bekas.
  4. Simpan di bahagian sejuk beku.

Cara 3 : Keringkan Air

  1. Siang ikan dan cuci ikan sehingga bersih.
  2. Susun ikan di dalam bekas ataupun masukkan dalam plastik.
  3. Sediakan banyak bekas plastik mengikut hari untuk memasak.
  4. Tapis air dari bilasan cucian.
  5. Simpan di bahagian sejuk beku.

Cara 4 : Mengekalkan Rasa Manis Ikan

  1. Buangkan isi perut ikan tetapi jangan dibasuh.
  2. Bungkus dengan surat khabar kemudian simpan dalam peti ais.
  3. Basuh ikan hingga bersih hanya apabila akan dimasak.
  4. Cara ini dapat juga mengekalkan kesegaran ikan.

Cara 5 : Mengekalkan Kesegaran Ikan

  1. Susun ikan dalam bekas dan isikan air dalam bekas sama hingga menutupi ikan.
  2. Simpan bekas dalam peti sejuk, bukan di bahagian sejuk beku.
  3. Ikan akan kekal segar walaupun selepas beberapa hari.

Untuk mengekalkan kesegaran ikan, boleh juga jika disimpan dalam bahagian sejuk beku, tetapi pastikan ikan disusun setiap seekor berasingan atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak dalam satu plastik yang sama. Isi plastik dengan air hingga menutupi ikan.

Mengapakah perlu menyimpan ikan secara berasingan untuk kuantiti yang akan dimasak? Hal ini kerana kesegaran ikan akan hilang sekiranya ikan keluar masuk peti ais dengan kerap.

Oleh sebab itu, disyorkan menyimpan ikan secara berasingan bagi ikan yang besar, atau beberapa ekor ikan untuk sekali masak. Keluarkan ikan yang hendak dimasak sahaja apabila anda ingin memasak.

Semoga tips dan cara di atas dapat membantu.

Loading...

Tags: #cara mengekalkan kesegaran ikan #cara mengekalkan rasa manis ikan #cara menyimpan ikan #cara menyimpan ikan agar tetap segar #cara menyimpan ikan dalam eti sejuk #cara menyimpan ikan dalam peti ais #cara menyimpan ikan laut di freezer #cara simpan ikan dalam peti ais supaya tahan lama #cara simpan ikan tahan lama #rahsia simpan ikan tahan lama #tips menyimpan ikan tetap segar

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.