Air Zam Zam sudah tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia. Dari kecil hingga ke warga emas, kesemuanya mengetahui tentang keberkatan air suci ini.
Saban tahun, air Zam Zam dijadikan ‘buah tangan’ bagi yang mengerjakan ibadah haji dan umrah untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga dan sanak saudara setelah pulang dari tanah suci Mekah.
Kewujudan air Zam Zam merupakan salah satu daripada kebesaran Allah SWT kepada umat Islam menerusi peristiwa Nabi Ismail AS dan ibunya Siti Hajar.
Terletak di kawasan Masjidil Haram, air Zam Zam ini dikawalselia sepenuh oleh pihak kerajaan Arab Saudi dengan membina sebuah loji pemprosesan dan pembotolan air Zam Zam dibawah Projek Air Zam Zam Raja Abdullah Ibn Abdul Aziz.
Paling menarik, air Zam Zam tidak pernah kering dan habis walaupun usianya telah mencecah ribuan tahun di mana airnya diambil dan digunakan berjuta-juta jemaah haji dan umrah.
Malahan, air mukjizat ini mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya dari aspek kesihatan diri. Untuk tatapan para pembaca, penulis kongsikan tentang 5 manfaat di sebalik air Zam Zam. Jom semak!
1. Penghilang Rasa Lapar & Haus
Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:
“Sebaik-baik air di muka bumi ialah air Zam Zam. Air Zam Zam merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.” – (HR dari Ibnu Abbas).
Selain menghilang rasa dahaga dan kelaparan, air mukjizat ini juga memberikan kesegaran dan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang meminumnya. Insya-Allah.
2. Lancarkan Peredaran Darah
Secara semula jadi, air Zam Zam mampu melancarkan peredaraan darah pada tubuh manusia. Kebiasaannya, peredaraan darah terganggu apabila timbunan lemak yang dikenali sebagai kolestrol menyempitkan saluran pembuluh darah akibat tidak mengawal pemakanan yang berlemak dan berminyak.
3. Baik Untuk Tulang Dan Gigi
Anggota badan seperti tulang dan gigi memerlukan zat Kalsium untuk menjaga ketahanannya. Tahukah anda, air Zam Zam mengandungi sumber kalsium yang tinggi berbanding air yang lain. Dengan mengamalkan air suci ini, mampu mencegah proses perebutan pada tulang dan gigi anda.
4. Merawat Kulit Wajah
Di bidang kecantikan, air Zam Zam memain peranan dalam merawat kulit wajah kita semua. Salah satunya dengan memperbaharui sel-sel kulit mati kepada sel-sel yang baharu. Penggantian sel kulit mati bertujuan untuk mencerahkan dan menjadikan kulit wajah lebih sihat dan anjal seperti bayi. Air Zam Zam boleh digunakan semasa mencuci muka seperti biasa atau digunakan ketika berwuduk.
5. Tingkatkan Energi Wanita Hamil
Masalah kepenatan seringkali dihadapi oleh wanita yang hamil diluar sana. Bagi mengatasi masalah ini, wanita hamil digalakkan meminum air Zam Zam untuk meningkatkan energi terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian seperti mengemas atau membersihkan rumah. Bahkan, air suci ini dapat menguatkan lagi pangkal rahim selama hamil.
Tags: #Air Zam Zam #air zam zam original #asal usul air zam zam #cara minum air zam zam #Istimewanya air zam-zam #jual air zam zam #Kebaikan Air Zam Zam #Kelebihan Dan Keajaiban Air Zam Zam #khasiat air zam zam #Manfaat Air Zam Zam #sejarah telaga air zam-zam #telaga air zam zam