Krisdayanti Kongsi Rahsia Kekal Cantik Jelita Sehingga Sekarang

Wajah Krisdayanti KD

Siapa yang tidak mengenali diva kelahiran Indonesia bernama Krisdayanti ini.

Bukan sahaja terkenal di negara asalnya malah nama figura ini wangi mengharum ke seluruh nusantara termasuklah di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Selain dikurniakan suara yang merdu bak buluh perindu, kecantikannya tidak pernah pudar dan masih menawan sehingga hari ini meskipun kini berusia 42 tahun.

Dipetik dari portal majalah In-Trend, pelantun lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu ini berkongsi empat rahsia kecantikannya buat para peminat di Malaysia. Nak tahu rahsianya, jom baca artikel ini!

1. Pastikan Kulit Anda Sentiasa Bersih

“Jaga kulit agar sentiasa bersih dan lembut. Rahsia dandanan prima saya terletak pada kulit yang sihat dan kenyal. Sebanyak banyak pakar kulit menyediakan perawatan wajah mulai proses pengelupasan hingga ke memecahkan lemak,” katanya.

2. Sentiasa Guna Pelembap Wajah

“Pelembap wajah itu suatu keperluan. Sebagai wanita yang mementingkan penampilan diri, saya seringkali memilih pelembap yang mengandungi unsur lindungan tabir suria UV. Kulit yang kenyal dan lembap sangat mudah menerima sapuan bedak dan kosmetik di wajah,” jelasnya.

3. Amalkan Guna Pelembap Bibir

“Sebelum tidur, saya amalkan menggunakan pelembap bibir terutamanya ketika bibir mengalami kekeringan. Sia-sia sahaja bergincu mahal namun bibir merekah atau mengelupas,” katanya.

4. Sentiasa Segar Dan Wangi

“Selain kecantikan wajah, tubuh badan mestilah segar dan wangi sepanjang hari. Saya sentiasa menyediakan body cologne, pengharum mulut dan kertas penyerap minyak di dalam tas tangan. ‘Mereka’ adalah penolong darurat di saat saya berasa tidak selesa dengan diri apabila berhadapan dengan masyarakat,” jelasnya.

 

azlan-150x150 Krisdayanti Kongsi Rahsia Kekal Cantik Jelita Sehingga Sekarang

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Macam Krisdayanti #diva indonesia #KD #Krisdayanti #Krisdayanti Kongsi Rahsia Cantik Jelita #Krisdayanti Kongsi Rahsia Kekal Cantik Jelita Sehingga Sekarang #Petua Kecantikan Krisdayanti #rahsia kecantikan #Rahsia Kecantikan Krisdayanti

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.