6 Drama Korea Terbaik Boleh Buat Anda Menangis!

Drama Korea Sinopsis

Bila anda menonton drama Korea, terdapat banyak plot dan jalan cerita yang mampu membuat anda ketawa mahupun menangis. Terdapat drama yang agak kelakar pada permulaannya yang mampu membuat anda tertawa dan pada penghujungnya akan membuat anda menangis. Ada juga yang mempunyai jalan cerita yang sedih sehingga membuat air mata anda tidak dapat ditahan untuk keluar mengalir.

Bagi pengakhiran drama, sudah tentu bukan kesemuanya mempunyai pengakhiran yang menggembirakan. Terdapat juga drama yang berakhir dengan kematian, kesedihan dan sebagainya. Pada pos kali ini, penulis ingin menyenaraikan 6 drama Korea yang dipilih sebagai drama terbaik yang akan membuat anda menangis. Ia berdasarkan plot, pengakhiran cerita, soundtrack dan babak sedih di dalam drama tersebut yang pasti akan menyentuh hati dan akan membuat air mata anda mengalir.

Berikut adalah senarai drama dan sinopsis ringkas tentang drama tersebut.

  1. That Winter, The Wind Blows (2013)

That-Winter-The-Wind-Blows-2003-300x300 6 Drama Korea Terbaik Boleh Buat Anda Menangis!

Dibintangi oleh Jo In-sung, Song Hye-kyo, Kim Bum dan Jung Eun-ji. Drama ini disiarkan bermula 13 Februari hingga 3 April 2013 di saluran SBS sebanyak 16 episod. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki dan wanita yang buta, yang tidak percaya pada cinta. Oh Soo (Jo In-Sung) adalah seorang anak yatim yang patah hatinya selepas kematian kekasih hati pertamanya. Dia meneruskan kehidupannya yang  tidak bermatlamat sebagai penjudi yang hebat. Oh Young (Song Hye-Kyo) pula seorang anak orang berada yang tinggal bersendirian, dirinya mengalami cacat penglihatan setelah kedua ibu bapanya bercerai. Oh Soo berpura-pura sebagai  abang angkat kepada Oh Young dengan niat untuk mendapatkan harta kekayaan dari Oh Young untuk melunaskan hutangnya. Masa berlalu, cinta berputik antara mereka berdua. Plot dan pengolahan cerita yang menarik dalam drama ini pasti akan membuat penonton tidak dapat mengawal air mata.

  1. The Snow Queen (2007)

The-Snow-Queen-300x300 6 Drama Korea Terbaik Boleh Buat Anda Menangis!

Drama sebanyak 16 episod ini dibintangi oleh Hyun Bin dan Sung Yu-ri, disiarkan di saluran KBS2 dari 13 November 2006 hingga 8 Januari 2007. Mengisahkan Han Tae-wong (Hyun Bin), seorang pelajar genius yang memasuki sekolah tinggi berprestij dan bertemu dengan pesaingnya iaitu Kim Jung-kyu yang pada asalnya bermusuhan dengannya, tetapi mula menjadi kawan baik. Pada masa yang sama, Tae-wong berkenalan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang dibuli dan mereka sering bertemu tetapi masing-masing tidak mengetahui nama. Kanak-kanak perempuan itu menceritakan tentang kisah dari buku cerita The Snow Queen kepada Tae-wong yang sering dibacakan oleh ibunya yang telah tiada. Mereka berjanji untuk bertemu kembali, tetapi perkara itu tidak pernah berlaku kerana berlaku tragedi yang menyebabkan Jung-kyu membunuh diri dan Tae-wong menyalahkan dirinya atas kejadian itu. Tae-wong berhenti dari sekolah, meninggalkan ibunya dan menghilangkan diri. 8 tahun kemudian, Tae-wong yang sudah berumur 25 tahun menjalani kehidupan yang berbeza dan masih dihantui memori yang lepas. Tae-wong bertemu Kim Bo-ra (Sung Yu-ri), seorang gadis cantik, anak seorang hartawan tetapi berhati dingin dan menderita penyakit yang dihidapinya semenjak kecil. Selepas beberapa babak pertemuan antara kedua watak ini, mereka saling jatuh cinta, tetapi konflik terjadi setelah Tae-wong mengetahui Kim Bo-ra adalah kanak-kanak perempuan yang ditemuinya 8 tahun lepas dan dia adalah adik perempuan Jung-kyu. Dia cuba menjauhkan diri, menolak cinta dan menyembunyikan identiti sebenarnya dari pengetahuan Bo-ra. Jalan cerita dan pendedahan demi pendedahan dalam drama ini sangat menarik sehingga mampu membuatkan penonton menangis. Jika anda ingin mengetahui kesudahan drama ini, tontonlah drama ini dan penulis yakin anda akan menangis dengan pengakhirannya.

  1. 49 Days (2007)

49days-300x300 6 Drama Korea Terbaik Boleh Buat Anda Menangis!

Drama bergenre fantasi dengan 20 episod yang disiarkan dari 16 Mac hingga 19 Mei 2007 di saluran SBS ini dibintangi oleh Lee Yo-won, Jung Il-woo, Nam Gyu-ri, Bae Soo-bin dan Seo Ji-hye. Drama ini mengisahkan Song Yi-Kyung (Lee Yo -won) yang kematian teman lelakinya melakukan percubaan bunuh diri tetapi digagalkan oleh seorang pemuda. Namun, akibat perbuatannya terjadi kemalangan jalan raya yang mengorbankan seorang gadis.  Kejadian itu menjadi titik pertemuan dua watak utama dalam drama ini apabila Shin Ji-hyun (Nam Gyu -ri) yang hidup dalam kesenangan dan bertunang dengan seorang lelaki sempurna, Kang Min-ho (Bae So-bin) berasa hairan ketika tersedar dari pengsan akibat kemalangan dan mendapati dia tidak dapat berinteraksi dan membuat sentuhan fizikal dengan sesiapa serta melihat sendiri jasad dibawa ke dalam ambulans. Hanya seorang penunggang motosikal yang dapat melihatnya. Ji -hyun bertemu semula penunggang motosikal itu yang mendedahkan dirinya adalah scheduler, malaikat yang ditugaskan. Memandangkan belum tiba saat Ji-hyun untuk mati, dia diberi satu peluang untuk kembali ke dalam jasadnya dan teruskan hidup jika dapat menyelesaikan satu tugasan iaitu dalam tempoh 49 hari, dia harus mendapatkan 3 air mata orang yang tulus mencintainya.

  1. A Love To Kill (2005)

K-drama-A-love-to-kil-300x300 6 Drama Korea Terbaik Boleh Buat Anda Menangis!

Dibintangi oleh Rain, Shin Min-ah, Kim Sa-rang dan Lee Ki-woo. Drama ini disiarkan di saluran KBS2 dari 31 Oktober hingga 20 Disember 2005 sebanyak 16 episod. Mengisahkan dua beradik iaitu Kang Bok-Gu (Rain) dan abangnya yang terpisah semenjak kecil. Pertemuan semula dengan abangnya setelah dewasa hanya berlaku sekejap sahaja kerana abangnya mengambil keputusan untuk mmebunuh diri setelah kecewa dengan kekasih hatinya, Cha Eun-suk (Shin Min-ah, seorang aktres yang telah bertunang. Ketika abangnya tengah dalam keadaan tenat, Kang Bok-Gu telah mengetahui punca abangnya ingin membunuh diri. Kang Bok-gu menyalahkan Eun-suk atas apa yang terjadi kepada abangnya dan bersumpah untuk membalas dendam. Bok-gu memulakan langkah dengan menjadi pegawai keselamatan kepada Eun-suk. Masa berlalu, Eun-suk yang sebenarnya dipaksa bertunang telah jatuh hati kepada Kang Bok-gu. Konflik terjadi apabila Kang Bok-gu mendapati dirinya juga jatuh hati pada Eun-suk. Konflik demi konflik, kebenaran dan kesengsaran, dendam dan cinta yang penuh onak serta pengakhiran drama ini yang tidak dijangka pasti akan membuat penonton menangis.

  1. I’m Sorry, I Love You (2004)

Im-Sorry-I-Love-You-korea-drama-300x300 6 Drama Korea Terbaik Boleh Buat Anda Menangis!

Drama ini dibintangi oleh So Ji-Sub dan Im Soo-jung. Ia disiarkan di saluran KBS2 dari 8 November hingga 28 Disember 2004 sebanyak 16 episod. Mengisahkan seorang pemuda bernama Cha Moo-hyuk yang ditinggalakan keluarga kandungnya dan dibawa ke Australia oleh keluarga angkat, bekerja menipu wang pelancong di Australia dan bertemu dengan Song Eun-chae yang ditinggalkan kesusahan ketika datang melancong ke Melbourne. Moo-hyuk membantunya untuk pulang kembali ke Korea. Babak demi babak berlalu, Moo-hyuk secara tidak sengaja ditembak dua das di kepala ketika menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya. Doktor menyelamatkannya tetapi hanya mampu mengeluarkan satu peluru. Moo-hyuk tidak mempunyai masa yang banyak lagi untuk hidup dan dia kembali ke Korea untuk mencari ibu bapa kandungnya. Namun, apa yang ditemuinya adalah sesuatu di luar jangkaan. Percintaannya dengan Eun-chae, konflik keluarga, perkaitan antara watak-watak dan nasib diri yang menyedihkan membuatkan drama ini menjadi antara drama Korea yang paling menyedihkan lebih-lebih lagi pada pengakhiran ceritanya.

  1. Winter Sonata (2002)

Winter_Sonata-k-drama-300x300 6 Drama Korea Terbaik Boleh Buat Anda Menangis!

Drama Korea popular tahun 2002 ini disiarkan di saluran KBS2, dibintangi oleh Bae Yong-joon dan Choi Ji-woo. Ceritanya bermula apabila Kang Joon-sang, anak seorang pemuzik terkenal berpindah ke Chuncheon, sebuah bandar pedalaman di Korea Selatan. Dia bertemu dengan Yoo-jin dan mereka dua saling jatuh cinta. Joon-san yang cuba mencari siapa ayah kandung sebenarnya berjanji untuk bertemu dengan Yoo-jin pada suatu malam, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pada episod ini ketika Yoo-jin mengetahu pada keesokan harinya bahawa Joon-sang meninggal dunia dalam kemalangan, penulis yakin para penonton pasti akan menangis. 10 tahun kemudian, ketika hampir bertunang dengan rakan baiknya Sang-hyeok, Yoo-jin ternampak seorang lelaki yang mirip sekali seperti Joon-sang. Lelaki itu bernama Lee Min-hyeong. Yoo-jin terkenangkan kembali Joon-sang apabila dia bertemu dan bekerjasama dengan Min-yeong dalam satu projek seni bina. Konflik demi konflik dan jalan cerita yang menarik, mampu membuat penonton menangis dan menjiwai drama yang membuat anda tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku seterusnya, siapakah Lee Min-yeong sebenarnya dan berbagai lagi persoalan tentang kaitan antara watak-watak utama dalam drama ini. Selain daripada itu, susunan muzik drama ini boleh dikatakan terbaik dan tidak hairanlah drama ini menjadi sebutan dari dulu sehingga kini.

Loading...

Tags: #49 Days (2007) #A Love To Kill (2005) #drama cinta korea #drama korea pilihan #drama korea romantik #drama korea sedih #I Love You (2004) #I’m Sorry #KBS Drama #SBS Drama #sinopsis drama korea #That Winter #The Snow Queen (2007) #The Wind Blows (2013) #Winter Sonata (2002)

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.