Merancang Jantina Bayi Anda, Ini Petua Patut Anda Baca!

Girl Kissing Boy

Entri kali ini khas untuk pasangan suami isteri yang belum mempunyai anak mahupun sudah mempunyai anak. Tidak salah dibaca oleh golongan yang bujang sebagai pengetahuan berguna sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Ada sesetengah pasangan, dikurniakan semua anak lelaki, dan ada pula yang dikurniakan semua anak perempuan. Contohnya pasangan yang sudahpun mempunyai dua orang anak perempuan misalnya, dan mahukan anak lelaki pula. Mungkin suami dan isteri berkeinginan untuk mendapat anak yang berlawanan jantina dengan anak-anak yang telah dikurniakan kepada mereka.

Apabila suami dan isteri yang baru berkahwin berbincang tentang jantina anak yang diingini, pasti sudah mencapai kata sepakat sama ada inginkan anak lelaki ataupun anak perempuan menjadi anak sulung. Jika anak lelaki menjadi anak sulung, dengan anggapan bolehlah si anak lelaki menjadi ketua keluarga dan menjaga adik-adiknya kelak apabila mungkin ibu bapa sudah tiada di dunia.

Tetapi, ada juga suami isteri yang berbincang dan mencapai kata sepakat mahukan anak perempuan menjadi ketua kepada adik-adiknya. Kerana sifat kakak dan sifat kewanitaan yang dimiliki, bolehlah membantu meringankan tugasan ibu di rumah selain menjaga adik-adik.

Namun pun begitu, bolehkah anda sebagai pasangan memainkan peranan dan bertindak dalam menentukan jantina bayi yang akan dikandung? Jawapannya ya! Dengan izin dan rezeki dari yang Maha Esa, pasti anda boleh mencuba dan berikhtiar dalam mendapatkan jantina anak yang diingini.

Selain dari kaedah teknologi moden, anda juga boleh mengamalkan beberapa cara semulajadi untuk meningkatkan peluang jantina anak yang anda mahu. Antaranya adalah seperti berikut.

Masa yang tepat

Sebelum itu mari kita kenali dahulu apakah yang menyebabkan perbezaan jantina bayi yang bakal dilahirkan.

Bayi perempuan:

  • Kromosom-X.
  • Bergerak lebih lambat
  • Hidup lebih lama

Bayi lelaki:

  • Kromosom-Y
  • bergerak lebih laju
  • Jangka hidup lebih pendek

Menurut The Shettles Method yang dipelopori oleh Dr. Landrum Shettles pada tahun 1960, sperma X-Kromosom (perempuan) bergerak lebih lambat berbanding Y-kromosom (lelaki) dan hidup lebih lama. Oleh itu, boleh cuba untuk melakukan hubungan intim sebelum waktu subur isteri iaitu dua atau beberapa hari lebih awal.

Jika hubungan seksual dilakukan sebelum haid datang, peluang untuk mendapat anak perempuan adalah lebih tinggi berbanding anak lelaki. Hubungan intim perlu dilakukan sebelum hari ovulasi. Jangan bersama suami 5 hari dari hari ovulasi, Ini boleh dikesan dengan menggunakan ovulation test kit. Kiraanya adalah antara hari ke-11 hingga hari ke-19 dari hari pertama haid bulan tersebut.

Tetapi jika anda melakukan hubungan kelamin selepas haid, contohnya sebaik sahaja selepas haid, kemungkinan anda boleh mendapat anak lelaki adalah lebih besar. Bersama pada hari subur atau hari isteri berovulasi adalah penting. Kiranya pula adalah antara hari ke-21 sehingga hari ke-28 sebelum haid, daripada kiraan hari pertama selepas waktu subur. Untuk memastikan waktu anda bersesuaian dengan pilihan jantina anak yang anda inginkan, buat pengiraan seminggu awal atau seminggu selepas haid datang.

Kedalaman zakar di dalam faraj

Jika anda merancang mahukan anak lelaki, suami perlulah melepaskan air mani dan penetrasi dengan kadar paling dalam di dalam faraj isteri. Dan jika mahukan anak perempuan, kedalaman zakar di dalam faraj tidaklah perlu terlalu dalam. Lelaki membawa dua jenis kromosom iaitu kromosom X dan kromosom Y, manakala wanita hanya membawa satu jenis kromosom sahaja iaitu kromosom X. Gabungan kromosom XX akan membentuk jantina bayi perempuan manakala gabungan kromosom XY akan membentuk jantina bayi lelaki.

Kromosom X merupakan perenang yang bergerak lambat, hidup lebih lama, tahan asid dan kuat manakala kromosom Y merupakan perenang yang laju, hidup lebih singkat dan tahan alkali. Oleh itu, jika suami melakukan penetrasi atau memasukkan zakar terlalu dalam, kemungkinan Y akan sampai ke telur atau ovum adalah besar. Jadi, peluang untuk hamil anak lelaki akan lebih tinggi berbanding anak perempuan. Satu tips untuk peluang hamil anak perempuan juga, selepas bersama, amalkan tidur mengiring sebelah kiri dan mengiring sebelah kanan bagi yang mahukan anak lelaki.

Melalui pemakanan

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

  • Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 – 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan serta merta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus.

Manakala terdapat petua lain melalui pemakanan si ibu dan si ayah hasil rujukan penulis di sebuah blog iaitu jika anda merancang mahukan anak perempuan, isteri haruslah memperbanyakkan makanan berasid seperti daging, limau, asam, nenas dan lain-lain. Suami pula harus mengamalkan makanan berciri sebaliknya iaitu makanan beralkali seperti sayuran, buah-buahan, kekacang, makanan pedas, susu, keju dan putih telur. Jika mahukan anak lelaki, jenis pemakanan suami isteri perlu ditukar iaitu suami perlu memperbanyakkan makanan berasid dan isteri pula melebihkan makanan beralkali.

Bagi si ibu yang ingin mendapatkan anak perempuan, elakkan mengambil makanan bergaram dan juga garam kerana garam akan membunuh peluang anda untuk mendapat bayi perempuan. Elakkan pengambilan buah-buahan segar, bayam, tomato, coklat, kopi dan teh. Sebaliknya jika ingin mendapat anak lelaki, makanlah makanan bergaram dan elakkan makan makanan berasid, kerana ia akan membunuh sperma lelaki.

Corak pemakanan ini perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Ini perlu bagi mempersiapkan tubuh dan sistem badan kita mengikut keadaan yang diinginkan, iaitu sama ada beralkali atau berasid.

Tahap Keasidan

 Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

  • Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid.
  • Untuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali.

Jika merancang untuk mendapat anak lelaki, isteri boleh mencuci faraj dengan menggunakan air yang dicampurkan dengan satu sudu soda supaya faraj lebih beralkali. Oleh itu, dicadangkan supaya isteri membasuh kemaluan dengan bikarbonat yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat atau sodium bikarbonat boleh didapati di farmasi-farmasi.

Manakala jika mahukan anak perempuan, dicadangkan supaya isteri membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair ataupun air yang dicampur dengan satu sudu cuka sebelum melakukan persetubuhan supaya faraj lebih bersifat asid.

 Tahap kepuasan isteri

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

  • Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.
  • Untuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Faktor klimaks dalam hubungan seksual juga penting bagi menentukan jantina bayi yang bakal dikandung. Bagi mendapatkan anak lelaki, isteri perlu klimaks terlebih dahulu sebelum suami. Ini berlaku kerana apabila isteri klimaks, cecair alkali akan dilepaskan. Namun, jika sebaliknya berlaku, iaitu suami klimaks terlebih dahulu sebelum isteri, kemungkinan besar anda boleh mendapat anak perempuan kerana keadaan di dalam faraj adalah lebih berasid.

Petua dan amalan-amalan lain

  • Banyakkan amalan berdoa sebelum bersama, sambil berniat untuk jantina anak yang anda dan pasangan inginkan selain memperbanyakkan bacaan surah Yusuf dan Maryam. Amalkan pembacaan Surah Maryam sebelum kandungan mencecah 3 bulan jika inginkan anak perempuan manakala amalkan pembacaan surah Yusuf sebelum kandungan mencecah 3 bulan jika inginkan anak lelaki.
  • Lakukan hubungan intim pada waktu siang untuk mendapat anak perempuan manakala lakukan hubungan intim pada waktu malam untuk mendapatkan anak lelaki.

Walaupun kita telah mengikuti semua langkah diatas, perlulah diingatkan semuanya terserah kepada Allah untuk memberi apa sahaja yang terbaik buat kita. Kita hendaklah berusaha dan bertawakal kepada Allah kerana Allah sebaik-baik perancang. Semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan dan kita sebagai manusia yang lemah hanya boleh merancang.

Rujukan :
http://nakhamil.com
http://www.ibuzarith.com
Loading...

Tags: #kelurga suami isteri #petua keluarga #petua pemakanan untuk mendapat anak #petua untuk dapat anak lelaki #petua untuk dapat anak lelaki dan perempuan #petua untuk dapat anak perempuan #tips perancangan keluarga

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Merancang Jantina Bayi Anda, Ini Petua Patut Anda Baca!"