Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang sering menghadapi masalah sakit kepala. Keadaan cuaca yang panas, stress dan tidak cukup oksigen di dalam otak antara penyebab berlakunya masalah sakit kepala.
Bila sakit kepala, kebanyakan orang akan mengambil Panadol sebagai penawar. Tahukah anda, jika terlalu kerap memakan Panadol boleh memberi kesan yang buruk pada tubuh badan kita? Sudah pasti anda tidak mahu perkara buruk terjadi pada tubuh badan. Tapi usah risau kerana ada cara untuk menghilangkan rasa sakit kepala tanpa perlu makan Panadol.
- Rendamkan kaki dalam air suam
Dengan cara merendamkan kaki ke dlaam air suam, ia membuatkan tekanan darah turun dari kepala. Pastikan ianya air suam, bukannya air panas.
- Epal hijau
Ambil sebiji epal hijau yang dibelah dua dan ambil 2 gelas air. Rebuskan epal hijau dan minum air rebusan epal hijau tersebut begitu sahaja tanpa gula.
- Duduk tegak
Duduk dengan postur badan yang menegak boleh menghilangkan rasa sakit kepala. Ketika anda duduk dalam posisi membongkok, leher akan menahan berat kepala sehingga otot menegang. Jadi, ubah posisi duduk menjadi menegak.
- Makan makanan pedas
Makan pedas boleh menyembuhkan rasa sakit kepala. Bila anda rasa sakit kepala, carilah makanan pedas kegemaran anda. Ia memang akan membuatkan sakit kepala anda hilang.
- Bawang putih
Bawang putih bukan sahaja penting dalam masakan, tapi ia juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala. Hiriskan nipis-nipis bawang putih, letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.
- Bernafas lebih efisien
Bilakah kali terakhir anda menarik nafas sedalm-dalamnya sambil pejamkan mata? Kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara betul. Kemungkinan sakit kepala disebabkan kekurangan oksigen di dalam otak. Oleh itu, aturkan pernafasan dengan baik, tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan.
- Mandi air panas
Satu lagi cara untuk hilangkan rasa sakit kepala ialah dengan mandi air panas atau berendam dalam air panas. Ia mampu meredakan sakit kepala kerana melancarkan perjalanan darah dalam badan.
- Rehat dan tidur
Pastikan rehat dan tidur yang secukupnya untuk mengelakkan sakit kepala yang berlarutan. Tidur yang mencukupi pada waktu malam adalah penting untuk mengelak diri dari rasa sakit kepala. Waktu tidur yang baik adalah pada pukul 9 malam sehingga pukul 5 pagi.
Tags: #hilang kepala pening #hilangkan sakit kepala #hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat #penawar sakit kepala #petua hilangkan sakit kepala secara semulajadi #sakit kepala #tips hilangkan migraine #tips hilangkan sakit kepala