Tips Pemakanan Ketika Bersahur

Tips Makan Sahur

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa selama satu bulan. Bersahur adalah rutin harian bagi umat Islam di bulan puasa. Pengambilan makanan yang betul penting ketika bersahur untuk mengekalkan tubuh badan supaya bertenaga dan cergas serta kekal sihat. Berikut merupakan tips bagi umat Islam yang berpuasa ketika bersahur.

  1. Jangan tinggal sahur

Bersahur merupakan sunnah yang perlu diikuti. Lebih afdhal jika dilewatkan sahur, sehingga masuknya waktu imsak. Apa yang penting, jangan tinggal sahur. Hal ini kerana bersahur akan membekalkan tenaga sepanjang hari bagi mereka yang berpuasa.

  1. Ambil karbohidrat yang kompleks

Karbohidrat yang kompleks membuat tubuh seseoarang yang berpuasa akan lebih kenyang pada siang hari. Ambil sumber protein dan karbohidrat yang berserat. Contoh bagi karbohidrat yang kompleks ialah nasi putih yang ada serat, roti perang atau nasi perang.

  1. Elakkan pengambilan garam

Elakkan pengambilan garam bagi mengurangkan rasa haus. Pengambilan garam akan menyebabkan badan kurang air. Untuk mengelak dehidrasi, kurangkan atau elakkan pengambilan garam.

  1. Elakkan pengambilan kafein

Minuman yang mengandungi kafein seperti Nescafe, teh dan juga minuman bergas harus dielakkan. Hal demikian kerana pengambilan kafein  menyebabkan tubuh akan lebih cepat singkirkan air.

  1. Jangan minum terlalu banyak air

Jangan minum terlalu banyak air kerana semakin banyak kita minum air, makin cepat badan buang air. Maka, makin cepat rasa haus. Oleh hal demikian, jangan terlalu banyak minum air ketika bersahur.

  1. Kekalkan 8 gelas air sehari

Pengambilan air masak yang banyak penting untuk tubuh badan bagi proses detox dan untuk mengelakkan masalah perut buncit.  Ada sesetengah orang beranggapan dengan meminum banyak air masak akan membuat masalah berat badan semakin parah. Sebenarnya tidak, semakin banyak minum air masak, semakin sihat badan kita, jika tidak percaya, jangan terkejut jika perut semakin kempis dengan mengamalkan minum air masak.

Namun begitu, ada waktu-waktu yang betul untuk meminum air masak. Berikut adalah waktu untuk pengambilan air masak sebanyak 8 gelas sehari :

1 gelas ketika bangun sahur

1 gelas selepas bersahur

1 gelas semasa azan maghrib

1 gelas selepas solat maghrib

1 gelas selepas makan

1 gelas selepas solat isyak

1 gelas selepas terawih

1 gelas sebelum tidur

 

  1. Ambil oat dan kurma untuk bersahur

Makanan sahur yang paling tahan lama dan membekal banyak tenaga ialah oat. Jadi, adalah baik bagi kita untuk mengambil oat sebagai makanan bersahur. Selain itu, kurma juga adalah makanan yang baik untuk bersahur. Buang biji dan rendamkan kurma di dalam air masak sebelum tidur, minum air itu ketika bersahur. In shaa Allah, akan memberi tenaga dan kekal kenyang sehingga waktu berbuka. Untuk rasa yang enak, ada sesetangah orang minum air susu yang dikisar bersama kurma. Rendamkan 3 biji kurma dalam air masak sebelum tidur, kisar bersama susu segar dan oat ketika waktu sahur. Memang sedap untuk diminum.

Loading...

Tags: #bersahur #bersahur cara sihat #health #menu bersahur #Ramadan 2017 #ramadhan #sahoor #tips bersahur #tips makan sahur #tips pemakanan #tips pemakanan bersahur

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Tips Pemakanan Ketika Bersahur"